webnovel

BAB 8

" Sillia , pastikan kamu memasukkan wang hasil jualan tu nanti ke dalam akaun bank saya " kata Simon lalu memberikan nombor akaun bank kepada Sillia .

" Baik bos " kata Sillia .

Simon menyelesaikan urusannya di sini sebelum jam makan tengah hari . Simon pergi restoran terdekat untuk makan tengah hari .

Simon memilih restoran yang terkenal di kawasan itu iatu Restoran Vress . Dari jauh Simon dapat melihat kebanyakan orang bergaji besar makan di restoran itu . Simon masuk ke dalam restoran lalu memilih tempat duduk di tepi tingkap . Dari sini , Simon dapat melihat pemandangan di luar restoran .

Sebaik sahaja Simon duduk , pelayan restoran itu datang membawa menu ke arah Simon .

" Encik nak pesan apa ?" tanya pelayan restoran itu.

Simon melihat menu yang disajikan oleh restoran itu . Pada akhirnya , Simon hanya memilih makanan yang terkenal di restoran . Simon terus memesan menu itu .

" Saya nak memesan hidangan ini " kata Simon kepada pelayan restoran itu . Jarinya menunjukkan ke arah menu yang dipesannya .

Pelayan restoran itu merasa terkejut sekali dengan pesanan Simon . Ini kerana hidangan yang dipesan oleh Simon adalah hidangan yang paling mahal di restoran itu . Harga makanan itu cukup untuk menampung keperluan harian lima orang dalam sebulan . Harga makanan itu adalah $6,700 .

Pelayan restoran itu melihat Simon semula . Dia ingin menanyakan kalau Simon mampu bayar hidangan itu . Ini kerana penampilan Simon seperti orang yang tidak mampu membayar hidangan itu .

" Encik , adakah anda pasti hendak memesan hidangan ini ?" tanya pelayan restoran itu .

" Ya , saya nak pesan hidangan ini " selepas itu Simon terus diam dan mengeluarkan sebarang suara lagi . Dia tahu bahawa penampilannya tidak kemas . Pakaiannya hanya beharga sekitar $20 .

Setelah pelayan restoran itu telah memastikan pesanan Simon , dia terus pergi dari situ dan pergi ke arah dapur restoran itu .

Setelah itu , Simon mengeluarkan telefonnya dan bermain permainan video sementara menunggu hidangan siap .

" Yo , bukankah ini budak pandai " kata seseorang kepada Simon

Semasa Simon tengah bermain permainan video, dia mendengar suara yang dia kenal sekali . Simon mengangkat kepalanya dan melihat ke arah sumber suara itu .

Seorang lelaki berdiri di hadapan Simon . Di sebelahnya ada seorang perempuan. Sepertinya lelaki ini ingin belanja perempuan itu makan. Tetapi kenapa pulak lelaki ini menyapa dia seperti mereka akrab .

Tiba-tiba Simon seperti pernah melihat orang dikenalnya semasa di sekolah menengah .

Simon menggali semula ingatannya sewaktu sekolah menengah dahulu . Tetapi dia tidak pernah kenal ataupun mengingat orang yang di hadapannya .

" Maaf , kamu siapa?" tanya Simon . Tiba-tiba saja lelaki ini datang di hadapan dia .

Mendengar pertanyaan Simon , muka lelaki itu menjadi warna merah seperti mahu marah .

' Dia tanya aku siapa. Beraninya kau Simon ' kata lelaki itu dalam fikirannya .

" Aku Gerd " kata Gerd Jismin . Dia adalah antara orang yang iri dengan Simon sewaktu sekolah menengah . Simon selalu mendapatkan tempat pertama setiap kali ujian.

Simon banyak dikagumi orang ramai ketika itu tetapi Simon tidak pernah memandang mereka . Menjadi terkenal juga impian Gerd sewaktu itu .

Akibat iri dengan Simon , Gerd selalu mengacau Simon waktu itu tetapi semuanya sia-sia saja.

Dia dipermalukan Simon di depan semua orang . Pada hari itu juga , Gerd berdendam dengan Simon dan mengacau sehingga ke hari ini . Dia juga adalah seorang di balik layar yang menyebabkan Simon tidak mempunyai pekerjaan. Dia menghantar pengintip untuk melihat pergerakan Simon . Setiap kali Simon mencari pekerjaan , dia akan mengugut orang yang ingin merekrut Simon .

Ayahnya adalah orang ketujuh paling kaya di kota ini . Keluarganya juga mempunyai kekayaan bernilai $279 juta . Ini yang menyebabkan Gerd menjadi sombong di kota ini . Dia hanya mengharapkan kekayaan keluarganya untuk menindas yang lemah.