Tak lama selepas itu , datuknya meninggal dunia ketika Aliana berusia 15 tahun . Dia terpaksa hidup mandiri sehingga dia menubuhkan syarikat dia sendiri dan menjadi CEO .
Dia harus memvatalkan pertunangannya dengan Jega. Oleh itu dia harus berkahwin secepat mungkin tetapi bukan dengan Jega . Dengan itu Jega tidak akan mengganggu Aliana .
' Jessica . Tak lama lagi kau akan berlutut di hadapan aku nanti ketika kau hancur ' . Senyum jahat muncul di wajah Jega . Dia telah merancang sesuatu yang akan menghancurkan syarikat Aliana .
____________________
Kembali ke restoran tempat Simon berada .
Setelah selesai makan, Simon memanggil pelayan untuk membuat pembayaran .
" Jumlahnya $6,100 " kata pelayan itu.
Mendengar harga makanan itu , Simon tidak merasa terkejut sekali . Harga makanan itu sesuai dengan kelazatan makanan itu .Simon terus mengeluarkan kad banknya untuk membuat pembayaran .
" Saya bayar guna kad bank " kata Simon lalu menyerahkan kad bankanya kepada pelayan itu untuk membuat pembayaran .
Pelayan itu mengambil kad bank itu dari Simon lalu menggesek kad itu. Sejumlah angka pada mesin menunjukkan baki Simon .
Pelayan yang melihat angka itu merasa terkejut sekali .
Dia pada awalnya mengira Simon tidak akan mampu membayar hidangan tadi. Selepas dia melihat angka itu , penilaian dia terhadap Simon pun berubah .
' Orang kaya memang pelik-pelik semuanya ' kata pelayan itu dalam hatinya .
Setelah selesai membuat pembayaran , Simon terus melangkahkan kakinya keluar dari restoran itu .
Simon ingin pergi ke kedainya untuk meninjau keadaan di sana . Semasa dalam perjalanan menuju ke sana , Simon dapat merasakan ada orang yang mengikutinya sejak dia keluar dari restoran tadi .
Simon terus masuk ke arah lorong yang kosong. Walaupun telah menunggu mereka untuk muncul di hadapan dia , mereka tidak muncul di hadapan Simon .
Tidak dapat menunggu lagi , Simon terus mengeluarkan suaranya supaya mereka keluar.
" Aku tahu korang telah ikut aku sejak aku keluar dari restoran tadi . Keluar sekarang juga!!" kata Simon dengan nada yang tegas . Dia ingin lihat siapa yang mengikuti dia . Sebelum ini dia pernah diikuti kumpulan bersenjata atau gangster .
Pada waktu juga dia belasah kumpulan itu sehingga mereka terpaksa dihantar ke hospital .
Orang bersembunnyi di sebalik bangunan itu merasa terkejut sekali . Ini kerana sepanjang melakukan pekerjaan ini , mereka tidak pernah dapat dikesan oleh orang lain . Sekarang Simon dapat mengesan mereka lagi mengejutkan . Mereka keluar dari tempat bersembunnyi mereka .
Mereka adalah orang yang berpakaian hitam pada malam itu . Mereka mengikuti Simon untuk melindungi dia daripada bahaya . Ketua kumpulan berpakaian hitam juga ikut bersama .
Simon melihat orang berpakaian hitam sekitar 30 orang dan seorang berpakaian kemas . Sepertinya dia adalah ketua kumpulan berpakaian hitam ini .
' Kumpulan kali seperti sudah terlatih dan mungkin lebih dari kumpulan sebelum ini' kata Simon dalam hatinya .
Tanpa membuang masa , Simon telah bersiap sedia untuk melawan orang berpakaian itu . Dia terus mengeluarkan aura membunuhnya .
Kumpulan pakaian hitam itu dapat merasakan aura yang dikeluarkan oleh Simon . Mereka tidak tahu kenapa Simon seperti mahu menyerang mereka . Mereka di sini hanya untuk melindungi Simon .
Ketua pakaian hitam itu melangkah dengan laju menuju ke arah Simon berdiri . Simon telah bersedia untuk melakukan gerakannya .
Sebaik sahaja ketua kumpulan pakaian hitam itu tiba di hadapan Simon , dia terus menundukkan badannya dan berkata sesuatu yang mengejutkan Simon dan orang berpakaian hitam itu .
" Maaf Tuan K" kata ketua berpakaian hitam itu . Ekspresi wajahnya menunjukkan seperti seseorang baru melakukan kesalahan yang berat . Semua orang berpakaian hitam terkejut dengan kata-kata ketua mereka itu . Ini kerana 'Tuan K' yang dimaksudkan ketua mereka adalah bos besar mereka .