webnovel

Bab 5

Syarikat Amorba Sdn. Bhd.

Malam yang menggelisahkan. Datuk Ameer - seorang lelaki berumur lewat 50-an berambut putih disisir kemas bergerak mundar mandir di ruangan biliknya. Cemas menghantui jiwa. Setelah setahun keberadaan Mardhiyah di Malaysia, dirinya baru mengetahui yang anaknya itu muncul kembali setelah sembilan tahun menghilangkan diri. Apatah lagi, Mardhiyah dilindungi oleh director rumah sakit jiwa yang menempatkannya.

Misteri kepergian Mardhiyah juga menjadi tanda tanya dalam mindanya. Berbagai cara dia telah lakukan untuk mengesan kedudukan Mardhiyah sewaktu wanita itu berada di Australia. Ke semua cara itu dipatahkan begitu sahaja dengan penuh misteri.

Siapa yang membantu dan melindungi Mardhiyah? Siapa pula yang memusnahkan caranya untuk mengesan keberadaan Mardhiyah? Persoalan yang masih jauh untuk bertemu noktah. Dalam cemasnya itu memikirkan tentang misteri Mardhiyah, seorang wanita berambut pendek dan berpakaian serba gelap masuk ke dalam bilik tersebut.

"Datuk…" sapa wanita itu. Tangan kanannya menggenggam sebuah fail berwarna hitam.

Datuk Ameer menoleh dengan wajahnya yang bengis. Janggut tebalnya yang berwarna putih itu diusap seketika.

"Pastikan kau bawa berita gembira Maya."

Maya menundukkan wajahnya yang berubah cemas.

"Datuk… Organisasi Pemuja Malam setuju untuk berkerja sama dengan kita."

Datuk Ameer mengangguk-angguk. Dia mendekati tubuh Maya sambil menyentuh manja wajah wanita itu. Ada kalanya, dia mengusik pakaian Maya yang terlihat ketat tersebut. Maya hanya mampu mendiamkan diri dengan tingkah kurang sopan atasannya itu.

"Itu yang aku nak dengar." Datuk Ameer mencapai kerusi yang berhampiran dengannya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi itu.

"Apa lagi?"

Maya menyerahkan fail hitam itu kepada Datuk Ameer.

"Ini… maklumat yang saya berjaya kumpul daripada Mardhiyah."

Datuk Ameer mencapai fail hitam tersebut. Dia membelek-belek maklumat yang terkandung. Secara tiba-tiba, wajahnya berubah tegang. Peristiwa hilangnya Mardhiyah sembilan tahun yang lalu semakin meresahkan. Apatah lagi, kembalinya wanita itu ke tanah air berada diluar pengetahuannya.

"Betina ni perlu dibunuh!" Datuk Ameer melempar fail itu ke hadapan Maya. "Macam mana kau tak tahu yang dia dengan Yanti dah ada dekat Malaysia setahun yang lalu?"

"Maafkan saya, datuk. Berdasarkan pencarian yang kumpulan Black Cobra kita jalankan, Mardhiyah dilindungi oleh seseorang daripada Australia. Orang tu… adalah orang sama yang membunuh semua Agent yang kita hantar ke negara tu, Agent yang ditugaskan untuk mencari keberadaan Mardhiyah. Saya dah cuba cari tahu siapa orang ini tapi… dia terlalu sulit untuk dikenal pasti."

"Bodoh! Agent yang aku hantar pun tak berguna. Beberapa banyak duit lagi aku kena labur hanya untuk pastikan betina ni mati! Yanti macam mana?"

"Puan Yanti berkerjasama dengan kumpulan Selempang Tuah, datuk. Kumpulan ni dah jaga Puan Yanti sejak setahun yang lalu. Beberapa anggota Black Cobra yang cuba menculik Puan Yanti juga ditembak mati oleh kumpulan ni."

"Celaka punya Jaafar! Pasti dia nak kan kawasan aku. Macam mana Yanti boleh berkerjasama dengan kumpulan Selempang Tuah? Setahu aku… dia tak pernah terlibat dengan dunia gelap ni. Lagi satu, kau langsung tak tahu siapa orang yang melindungi Mardhiyah tu?"

Maya menggelengkan kepalanya.

"Saya hanya dapat maklumat tentang gelaran dia. Nama dia… Maliki."

Datuk Ameer dibuai kejutan. Memorinya seakan pernah mendengar gelaran itu di dunia gelap. Gelaran yang pernah menghantui kumpulan-kumpulan samseng di seluruh dunia.

"Biarkan Yanti buat masa ni. Aku tak nak berperang berperang dengan Kumpulan Jaafar. Selagi mereka tak ganggu kawasan perniagaan aku, kita biarkan dia orang terlebih dahulu. Masalah terbesar kita adalah Mardhiyah. Dia tahu rahsia-rahsia yang aku simpan selama ni. Jika dia buka mulut, aku mati dan kau pun mati. Yanti, Jaafar, semuanya pasti tengah tunggu memori Mardhiyah untuk sembuh. Dia orang menantikan masa untuk menjatuhkan aku."

"Apa… yang kita perlu buat dengan Mardhiyah, datuk?"

"Kita tak boleh bunuh dia dengan cara yang terbuka sebab aku tahu, pasti ada mata-mata yang sedang memerhatikan pergerakan kita sekarang. Kita akan cuba cara yang tak logik, cara Pemuja Malam yang penuh dengan magis. Siapa yang mereka hantar untuk bantu aku?"

"Berdasarkan panggilan daripada salah satu ketua mereka di England, mereka akan mengirimkan Psiko untuk berjumpa dengan datuk secara bersemuka. Minggu hadapan, dia akan sampai sini."

"Secara bersemuka? Ni kali pertama Pemuja Malam mengutus seseorang untuk berjumpa dengan aku. Apa tujuan dia orang?"

"Saya… tak pasti datuk. Ketua mereka kata, akan ada rundingan tambahan diantara datuk dengan Psiko."

Datuk Ameer mengangguk-angguk.

"Sambut kedatangan Psiko dengan baik. Berikan dia tempat tinggal dan hiburan yang dia perlukan. Buat masa ni, arahkan Naldo bersama dengan anak buah dia berundur daripada memerhatikan Mardhiyah. Black Cobra akan bantu Psiko."

"Kawan… Mardhiyah macam mana datuk?"

"Safiyah…" Datuk Ameer tergelak kuat. "Dia bukan siapa-siapa, hanya penghibur buat Mardhiyah di masa lalu. Dia akan mati juga suatu hari nanti."

Maya menganggukkan kepala.

"Ada apa-apa lagi datuk?"

"Sekarang, we talk about bussines. Apa perkembangan perniagaan kita?"

"Ermmm… penyeledupan gadis dari Thailand ke Kedah masih dalam proses dan pengedaran dadah di kawasan-kawasan kita ada beberapa gangguan daripada orang awam, tapi Naldo dah settle kan. Perniagaan lain okey, berjalan seperti biasa."

Datuk Ameer tergelak riang.

"Good Maya." Datuk Ameer mula memerhatikan tubuh Maya dari atas ke bawah. "Aku nak hiburan. Aku nak lupakan masalah Mardhiyah malam ni. Hantar beberapa gadis muda ke Klub Twin. Aku dah bosan dengan tubuh kau."

"Baik datuk." Maya menundukkan wajahnya. Dia bergerak keluar daripada ruangan itu. Kedua tangan digenggam erat penuh geram dikala mindanya teringat memori-memori pahit tubuhnya dipermainkan oleh lelaki tua itu umpama barang yang tidak berharga.

Safiyah mengelamun memandang kaca Tv yang memaparkan drama melayu di malam hari itu. Namun mindanya kali ini tidak menggambarkan kenangan Mardhiyah, mindanya kini menggambarkan kenangan di antara dirinya dengan Rai di masa lalu.

Imbas kembali…

Lorong di bahagian luar bilik guru berubah heboh. Pelajar-pelajar sekolah sedang menyaksikan aksi kejar mengejar di antara Rai dengan dua orang pelajar lelaki dari tingkatan lima yang sedang membawa lari beg Safiyah. Dari bahagian belakang Rai, Safiyah dan Mardhiyah turut mengejar kedudukan pelajar itu.

Rai berlari laju. Tanpa mengambil masa yang lama, Rai berjaya mencapai kolar baju sekolah salah satu daripada pelajar tersebut tepat di hadapan bilik guru. Rai menarik kuat baju lelaki itu hingga tubuh lelaki tersebut terhempap ke lantai dengan kuatnya. Dia menindih tubuh lelaki itu dengan tubuhnya. Tangan kiri menggenggam kolar baju pelajar itu.

Pam!

Tanpa basa basi, satu tumbukan di lepaskan tepat ke wajah lelaki itu.

"Wei mangkuk! Kau nak buat apa dengan beg Safiyah?"

"Rai… tolong dengar dulu…"

Satu tumbukan di lepaskan lagi tepat di bahagian hidung pelajar lelaki tersebut.

Pam!

Pelajar lelaki itu hampir pitam dengan tumbukan kencang dari Rai. Hidungnya mula mengalirkan darah.

"Aku tanya… kau jawab!" Rai melepaskan kemarahannya seakan dirinya bukan lagi Rai yang gadis-gadis sekolah idamkan. Safiyah dan Mardhiyah juga tergamam memandang Rai yang sekelip mata berubah menjadi seorang lelaki yang menakutkan itu.

Pap!

Beg Safiyah dilemparkan ke bahagian samping Rai.

Rai menoleh dengan wajah tegangnya ke arah pelajar lelaki yang satu lagi, lelaki yang melempar beg tersebut. Pelajar lelaki itu berdiri tidak jauh daripada kedudukan Rai dengan tubuhnya yang bergetar kuat.

"Rai… Ajis nak letak surat cinta dia aje dalam beg Safiyah…" sahabat Ajis bersuara dengan penuh ketakutan.

Rai melepaskan genggaman tangan kirinya daripada Ajis.

"Tak ada siapa yang boleh sentuh barang-barang dia kecuali aku." Rai mencapai beg Safiyah lalu berdiri dengan segaknya bagai pahlawan sekolah yang tidak berarah. Tanpa dia sedari, Cikgu Melati sudahpun berdiri dihadapan pintu bilik guru. Cikgu Melati juga tergamam seketika memandang Rai.

Rai menoleh ke arah Cikgu Melati. "Cikgu…" dia menunduk sedikit. Dia bergerak pula menghampiri Safiyah yang terdiam seribu bahasa dengan aksinya itu.

"Nah!" Rai menyerahkan beg Safiyah.

Safiyah kembali tersedar. Dia mencapai begnya daripada genggaman Rai. Kedua matanya terpana seketika melihat pemuda itu sanggup membela dirinya meski pun situasi itu berlaku atas dasar salah sangka.

"Cikgu… saya salah." Rai tersenyum kecil ke arah Cikgu Melati. Di bergerak sendiri masuk ke dalam bilik guru untuk meminta hukuman.

Cikgu melati dibuai kekeliruan melihat tingkah Rai. Dia memandang Safiyah.

"Safiyah, dia… kau punya kekasih hati ke?"

Safiyah menggelengkan kepala.

"Ya cikgu…" Mardhiyah menyampuk.

"Hei Mar!" teriak Safiyah.

Cikgu Melati tersenyum sinis.

"Patutlah… tak apa. Nanti saya hukum boyfriend kau ya. Jangan nangis." Cikgu Melati mengusik. Dia masuk semula ke dalam bilik guru untuk memberikan Rai hukuman.

Ruangan kelas tingkatan 5 Anggerik berubah sepi. Pada waktu rehat itu, semua pelajar bergerak ke kantin manakala Safiyah dan Mardhiyah pula menjamah bekal yang diberikan oleh ibu Safiyah di atas mejanya. Secara tiba-tiba, Rai membawa dua bekas besar berwarna biru berisi lauk udang kara masak manis ke arah Safiyah dan Mardhiyah.

"Nah!" Rai meletakkan dua bekas besar itu di atas meja Safiyah.

Safiyah mengerutkan dahi. Pemuda yang sering menyakitkan hatinya itu datang dengan tingkahnya yang berbeza daripada sebelum ini.

"Kau kenapa?" soal Safiyah penuh tegang.

"Korang berdua asyik makan sayur kangkung dengan nasi tu aje. Aku tolong kau makan benda yang lain." Rai menaikkan keningnya.

Mardhiyah bergerak membuka bekal yang berikan.

"Mmm… lobster Fiy!" tanpa menghiraukan reaksi Safiyah, Mardhiyah mengambil salah seekor udang kara yang ada dalam bekal biru tersebut.

"Nak buat baik pula. Lepastu kau buli aku lagi." Safiyah memalingkan wajahnya.

Rai tergelak kuat.

"Jangan salah sangka gadis kampung. Aku bukan buat baik dengan kau. Aku kesian. Semua orang makan dekat kantin kau aje makan dekat sini."

"Hei!" Safiyah berdiri daripada duduknya. Wajahnya berubah tegang. "Kau ingat aku nak sangat ke makanan mewah kau?"

"Aku nak Fiy." Mardhiyah menyampuk.

Safiyah merenung tajam kedua mata Mardhiyah. "Mar!" bentaknya pula.

"Biarlah dia. Dia nak. Kalau kau tak nak, jangan makan." Rai tersengih. Dia bergerak meninggalkan Safiyah dan Mardhiyah.

Safiyah memuncungkan bibirnya. Penuh geram jiwanya dipermainkan oleh pemuda tampan tersebut. Dia duduk kembali. Kedua mata melirik udang kara yang ada dalam bekal biru itu.

"Makan aje Fiy. Dia takde niat pun nak sakitkan hati kau. Dia nak perhatian kau." Mardhiyah tersenyum ke arah Safiyah sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

"Perhatian la konon." Safiyah mencapai seekor udang kara daripada bekal biru iru.

"Eleh, tak nak la konon." usik Mardhiyah.

Safiyah mengerutkan dahinya.

"Aku tak pernah makan benda alah ni. Sekali ni aje."

Mardhiyah tergelak kuat melihat telatah sahabat baiknya yang penuh dengan lakonan tersebut.

Safiyah menghela nafas yang panjang. Kenangan Rai membuatkan emosinya bagaikan lautan. Ada kalanya surut dan ada kalanya pasang. Dia juga tidak menyangka, setelah sembilan tahun terpisah, dia berjumpa semula dengan lelaki yang pernah mewarnai hidupnya di masa lalu sama sepertimana yang terjadi dengan Mardhiyah.

"Fiy…" Tasya datang membawa beberapa cucuk sate daging di atas sepinggan piring kaca.

Safiyah menoleh.

"Mari sini secucuk."

"Eh, ak nak aku. Ambik sendiri dekat dapur." Tasya duduk di samping Safiyah.

Safiyah dengan pantas merampas secucuk sate daripada Tasya.

"Pemalas." Tasya melemparkan jelingan kecil.

"Apa kata bos kau pasal aku?" Safiyah menggigit sate tersebut.

Tasya memandang wajah Safiyah dengan seribu tanda tanya.

"Hantar la dia balik Tasya. Biarkan kata-kata aku tu mengimbas kembali kenangan aku dengan dia. Kalau dia dah ingat, dia akan terima aku juga."

Psikologi? Hati Tasya mempersoalkan kata-kata Rai. "Dia kata dia akan datang sendiri cari kau."

Safiyah mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula macam tu?"

"Ya lah, kau tiba-tiba bad mood. Pulang macam tu aje. Mesti kau tak nak datang lagi dekat syarikat dia."

Safiyah memuncungkan bibirnya. Kata-kata Tasya ada benarnya.

"Fiy… macam mana kau boleh kenal bos aku? Bekas kekasih kau ke?" Tasya menaikkan keningnya.

"Ish! Kekasih apanya? Tak nak aku dengan dia. Cerita pasal dia pun aku tak nak. Kau tanya la dia sendiri."

Tasya tergelak kecil.

"Jangan benci sangat Fiy… nanti terjodoh pula."

"Tu bukan masalah jodoh la. Tu masalah dia yang suka buli aku masa sekolah dulu."

"Oh… korang berdua pernah satu sekolah?"

"Pernah lah. Dengan Mardhiyah sekali. Tapi… Ish! Malas lah nak ingat."

"Selalunya kan Fiy, orang yang suka buli kita ni… sebab dia tertarik dengan kita tau."

"Ikut dia la. Aku tak suka dia."

Tasya mengangguk-angguk bersama senyuman kecil yang tidak pudar pada wajahnya. Mindanya seakan mampu meramal ke arah manakah perkenalan Safiyah dan Rai bakal berakhir. Pertemuan semula yang menentukan arah hati kedua jiwa.