webnovel
#ACTION
#FANTASI
#MISTERI
#PERSAHABATAN
#SEJARAH

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
17 Chs
#ACTION
#FANTASI
#MISTERI
#PERSAHABATAN
#SEJARAH

ELEMENTAL 9 : RAPIER API

" Hadi !! kan aku dah cakap ... adoii " suara Azyad jelas kedengaran.

Azyad dan Hadi , kedua-dua mereka telah disedut oleh sebuah bebola kuasa yang digelar portal dan portal itu tepat membawa mereka bertembung dengan Wasil dan Izzat di dimensi Manusia.

Suasana sungguh terang akibat kemunculan bebola cahaya berwarna hijau tersebut di tengah-tengah suasana tegang yang sedang berlaku di halaman rumah milik Izzat dan Rania.

" Az- Azyad? Ha- Hadii?! " Walaupun dalam keadaan lemah Wasil masih mampu memberi reaksi terkejut melihat kedua-dua kenalan yang juga merupakan Putera diraja kerajaan Techno dan Flama.

Izzat yang masih terpinga-pinga cuba menangkap situasi yang sedang berlaku di hadapannya.

"Putera Wasil !?!! " Hadi dan Azyad hampir serentak menjerit - terkejut setelah cahaya yang silau menghilang.

" WELL... WELL... WELL.. REQUEST BACKUP NAMPAK ?! " Raksasa merah bertanduk itu melaung memotong bicara antara Azyad, Hadi , dan Wasil.

"Err, sape raksasa hodoh ni? " selamba Azyad bersuara.

" WOII BERANI KAU YE BUDAK " kata-kata Azyad membuatkan makhluk gergasi itu semakin marah.

Melihat keadaan Wasil yang sedemikian, Hadi pula bersuara.

" Tak kesah lah sape raksasa ni... tengok ape yang dia dah buat dekat Wasil." Azyad dan Hadi saling berpandangan.

Aura-aura magix mula mengelilingi kedua-dua sahabat baik itu.

" HEH, JOM LA GADUH! " sembang sang raksasa dengan bongkak sekali.

Mata Azyad memandang tajam ke arah raksasa yang berdiri kira-kira 2 meter darinya. Elemen-elemen api mula tersembur-sembur keluar daripada celahan sebelah tangan kanannya.

" Unsursemulajadi : Rapier Api " bisiknya perlahan sambil mengukir senyuman.

Tangan kanannya menggenggam erat sebilah pedang jenis Rapier. Rapier merupakan sejenis pedang yang lebih panjang dan tirus daripada pedang biasa. Ia juga ringan dan mempunyai kepantasan dalam mengayun.

Rapier milik Azyad kelihatan berapi terang dengan cahaya oren yang terhasil daripada elemen Api miliknya. Tanpa berlengah, Azyad terus melangkah pantas bergerak ke arah raksasa tersebut.

Sementara Azyad satu berlawan satu bersama raksasa tersebut, Hadi menggunakan peluang tersebut untuk menganalisis maklumat berkaitan raksasa itu hanya dengan menggunakan kaca mata unik miliknya.

" IMBASAN SELESAI

RAKSASA INI DIKENALI SEBAGAI MINOTAUR . IA MERUPAKAN RAKSASA HIBRID ANTARA LEMBU DAN MANUSIA.

KELEMAHAN : TIDAK MAMPU BERTAHAN DENGAN SERANGAN YANG BERTUBI-TUBI "

"Ouh, aku dah dapat maklumat yang aku cari hehe " Hadi tersengih sendirian.

Sementara itu,

" Siapa diorang ni ?" Izzat bersuara.

" Ka-Kau jangan risau, diorang ka- kawan aku. " Wasil masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan rakannya itu, Izzat semakin risau. Dia memegang erat tubuh Wasil yang bersandar padanya itu.

Tanpa disedari, kelihatan partikel-partikel cahaya berwarna kehijauan mengalir tenang dari telapak tangan Izzat kepada tubuh Wasil. Segala calar-balar dan luka-luka mula tertutup dan sembuh seperti sediakala. Namun, Izzat tidak menyedari akan hal itu. Dia terlalu fokus untuk menjaga rakannya itu.

Wasil yang berada di pangkuan Izzat dapat merasakan aura-aura yang sangat tenang menyelubungi dirinya. Walaupun luka-luka pada tubuhnya menghilang namun tenaganya masih kosong. Aura yang Izzat hasilkan hanya menyembuh fizikalnya sahaja, dia masih dalam keadaan lemah.

Shiingg!

Bunyi yang terhasil berdesing kuat apabila Rapier milik Azyad bertembung dengan perisai besi milik Raksasa merah itu.

Azyad menghayun rapier dengan tangkas sekali. Kepantasan tangannya boleh dikatakan berada di tahap yang sangat tinggi. Selain seni mempertahankan diri, Azyad juga berlatih seni pedang.

Tubuh raksasa itu mula kelihatan calar serta luka akibat hanyunan Rapier Azyad yang bertubi-tubi itu. Hampir-hampir sahaja raksasa itu tidak mampu menepis.

" Hadi, dah siap belum? " sambil menghayun senjata apinya Azyad melaung.

" Dah!" Sepatah Hadi membalas.

"Sedia untuk guna kombo kita yang kedua!" Sambungnya lagi. Azyad menangguk dan tersenyum. Dia segera mengundurkan diri ke belakang.

-BERSAMBUNG-