webnovel

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
17 Chs

ELEMENTAL 5 : AKADEMI MAGIX

"Nama aku Wasil Akram.. panggil Wasil je.. hehe"

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, Izzat dan Wasil sudah selesai bersarapan. Kini mereka sedang berborak di bilik Izzat.

"Mata kau... kau pakai contact lens ker?"

Izzat bersuara, dia begitu takjub dengan iris keemasan milik Wasil.

"Kontrak land? Ape tu?"

Wasil menjawab namun riak wajahnya berubah sedikit.

"Bukan kontrak land, contact lens la"

"Owhh, aku bukan asal tanah Melayu ni pertama kali aku sampai sini.. haha"

Jelas Wasil sambil menggaru bahagian belakang kepalanya yang tidak gatal. Mata Izzat membesar.

"Tanah Melayu? Maksud budak ni Malaysia ke?"

Izzat berbisik di mindanya. Setahunya, dulu sebelum negara Malaysia merdeka, memang dipanggil tanah Melayu. Tapi itu kira-kira 5 dekad yang lepas.

"Aku putera kedua Kerajaan Elektro, untuk bagi kau faham, aku dari dimensi lain."

"Dimensi lain? Kau biar bet-"

"Kau sendiri nampak dengan mata kau ape yang dah jadi semalam kat hutan tu."

Belum sempat Izzat menghabiskan bicaranya, Wasil membidas pernyataan Izzat.

Keadaan sunyi seketika sebelum Wasil membuka mulut,

"Sebenarnya aku dah melanggar peraturan Dimensi kami, aku tak boleh berkomunisasi dengan kau.. manusia tanah Melayu."

Izzat mendengar dengan khusyuk.

"Dimensi aku dengan dimensi kau banyak perbezaan."

"Maksud kau?"

"Maksud aku, dimensi kau korang berpandukan logik dan sains... tapi dimensi kitorang sebaliknya, dunia kitorang di kawal oleh kuasa-kuasa elemental.. setiap orang di dunia kitorang mempunyai kelebihan elemental tersendiri.."

Panjang lebar Wasil menerangkan. Izzat terkedu mendengar penjelasan daripada budak dimensi lain itu.

"Kau cakap dunia kau ade kuasa-kuasa elemental kan.. kau kuasa ape?"

"Macam yang kau saksikan semalam, aku pengguna unsur petir."

Jawab Wasil ringkas.

"Waahh... biar betul"

Riak wajah Izzat berubah, dia kagum mungkin.

"Terima kasih sebab selamatkan aku semalam."

Wasil bersuara.

"Haha.. aku buat ape je?"

"Kau pun ade kuasa jugak kan, Izzat?"

Giliran Wasil bertanya kepada Izzat. Dia tertanya-tanya setelah melihat kebolehan budak tanah Melayu yang mampu menyerap kuasa kegelapan semalam.

"Aku mana ade kuasa, aku pun tak pasti ape yang sebenarnya berlaku semalam.."

"Kalau kau boleh buat macam semalam maksudnya kau ade kuasa lah tuu"

Wasil masih memberi tanggapan yang sama.

"Ape kata kau join aku masuk Akademi Magix"

"Akademi Magix? Nama sekolah ke tu?"

"Haah, tempat di mana mereka boleh meningkatkan kebolehan mengawal kuasa magix."

Wasil menerangkan.

"Aku pun baru nak join tahun ni."

Putera Elektro itu menambah.

✨✨✨

"Bonda, Hadi tak nak masuk akademi tu.. tak minatlah"

Suara seorang budak lelaki kedengaran sedang memberontak.

Di dalam sebuah bilik, kelihatan seorang budak lelaki sedang berbicara dengan wanita yang digelar bonda.

Budak lelaki tersebut memiliki rambut hitam yang panjang sehingga menutup sebahagian wajahnya. Anak matanya berwarna ungu jelas kelihatan.

"Hadi, kamu kena masuk. Kamu kena tingkatkan kemahiran kamu dalam mengawal kuasa magix kamu."

Permaisuri Rani merangkap bonda kepada Hadi cuba memujuk anaknya.

Hadi merupakan seorang budak yang tidak gemar bersosial, makna kata lain dia seorang yang introvert.

Namun dia memiliki seorang sahabat karib yang dia kenal sejak kecil lagi bernama Azyad, seorang putera juga dari kerajaan jiran iaitu Kerajaan Flama. Mereka berdua sering berjumpa kerana orang tua mereka sering menjalankan hubungan diplomatik antara empat kerajaan besar Dimensi Magix iaitu Kerajaan Flama, Tekno, Elektro dan Windisia.

"Majlis pembukaan akademi Magix akan diakan lebih kurang seminggu lagi, lebih baik kamu bersiap sedia."

Jelas bondanya sebelum permaisuri itu keluar daripada biliknya. Hadi terdiam seribu bahasa. Jauh dalam sudut hatinya dia tidak sukakan sekolah.

Sedang termenung sendirian, lamunannya hilang apabila jam tangan yang dipakai pada tangan kanannya mula berdering.

"Kring.. Kring.."

Jelas pada skrin terpapar nama sahabat baiknya Azyad Taqiy. Tanpa melengahkan masa Hadi terus menjawab panggilan itu.

"Hadi, kau okey ke ni?"

Suara Azyad kedengaran sebaik sahaja Hadi menjawab. Di permukaan skrin jam tersebut terhasil suatu hologram susuk tubuh Azyad. Namun hologram itu berwarna biru. Sebahagian tubuh azyad yang terpapar pada hologram itu kelihatan kebiruan. Teknologi kerajaan ini mendahului segala teknologi kerajaan lain.

"Aku okey je..."

"Kau tipu.. aku dapat tahu dengan tengok muka kau je haha"

Azyad tertawa melihat sahabat baiknya yang cuba menyembunyikan masalah.

"Kau tengah risau pasal Akademi Magix ke"

"Macam mane kau tahuu?"

Hadi sedikit terkejut.

"Aku kan kawan baik kau.. aku kenal kau"

"Hmm"

Sepatah Hadi membalas.

"Dah tak payah lah fikir, apa kata petang ni kita jumpa"

"Jumpa kat mana.. nak buat ape?"

Dahi Hadi mula berkerut.

"Alah.. kau ingat tak gua yang kita jumpa kat sempadan masa tu"

"Haa.. ingat ii"

"Jom lah kita explore benda baru"

"Bagus jugak idea kau..."

"Okey set! Jumpa kau petang ni kat situ jam 5 petang okey byee"

Belum sempat Hadi menjawab, Azyad terlebih dahulu yang meletakkan panggilan tersebut. Hologram yang muncul di atas permukaan skrin pada jam tangan Hadi terus lenyap.

"Buat ape aku nak risau.. aku ade Azyad"

Getus suara hatinya perlahan.

-bersambung-

Terima kasih kerana sudi membaca.. sekiranya korang ade pertanyaan ke pembetulan ke tips nak share ke.. boleh terus mesej aku.. Im learning.. Arigatou

Ezakiel02creators' thoughts