"Pardon, ken ik u?" - Harris Rynold "I just love you the way you smile." - Airish Humaira Mengisahkan tentang seorang gadis muda polos yang bernama Nur Airish Humaira mahu mencari apa erti kehidupan padanya. Airish ingin mengharungi liku-liku kehidupan demi mencari cinta sejatinya. Namun dia memiliki personaliti Introvert, iaitu seorang yang pendiam menyebabkan dia sulit mencari kawan apatah lagi teman istimewa. Tetapi, adakah benar lelaki sejati wujud? Adakah benar-benar ada lelaki yang akan mencintainya seadanya? Tengku Harris Rynold, seorang jejaka tampan kacukan Belanda, pulang ke Malaysia selepas sekian lama berada di Amsterdam. Harris bertemu dengan Airish secara tidak sengaja di lapangan terbang dan terjadi suatu insiden yang memalukan di antara mereka. Airish terus berusaha melarikan diri daripadanya. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Takdir mempertemukan mereka lagi dalam keadaan tidak diduga, namun entah mengapa semakin Airish mengelak, semakin Harris mendekat. "You have to marry me, but this is the contracted marriage only." - Harris Rynold Disebalik sikap dingin Harris, terselit sifat prihatin yang mendalam terhadap Airish namun dia tidak menyedarinya. "Sebab aku dah jatuh cinta dekat kau, baka!" - Airish Humaira "Airish, verlaat mij niet..." - Harris Rynold Namun, adakah kebahagiaan menjadi milik mereka? Pelbagai cabaran dan halangan terus menanti mereka. Mengapa Airish berasa seolah dia seperti seorang 'Cinderella' yang dicari oleh sang putera untuk memulangkan kembali kasutnya? Apakah Airish berjaya menemui cinta sejatinya? Temui jawapan kamu dalam bacalah novel ini :)
PEMANDANGAN nan indah sangat memukau pandangan matanya. Nur Airish Humaira mengocek kedua-dua belah matanya sambil melihat awan putih bergerak-gerak di atas langit yang membiru.
'Ya Allah, cantiknya...' Desis Airish perlahan di dalam hatinya.
Kini, Airish pulang ke negara tercinta, iaitu Malaysia, selepas 5 tahun berada di Osaka, Jepun usai menamatkan pengajian ijazahnya di sana.
Airish mendekatkan telapak tangannya pada cermin tingkap kapal terbang Malaysian Airlines System (MAS) Malaysia. Kelihatan tersergam indah pemandangan laut yang biru yang luas di dataran bawah.
"I'm coming home..." Bisik Airish dalam nada suara perlahan kepada dirinya sendiri.
Tidak lama kemudian, dia merasa kepenatan dan terlena dalam tidur.
***
5 jam kemudian...
Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
*Beep!*
*Nguung*
*Sret*
Usai melepasi balai ketibaan, Airish menarik bagasi di tangannya. Dia mengerling ke kanan serta kiri untuk mencari kelibat abangnya.
Namun, kelibat abang Airish tidak kelihatan di mana-mana. Kedua orang tuanya pula sedang sibuk bekerja sekarang.
"Ish, mana Amir ni? Tadi cakap nak jemput aku kat sini." Rungut Airish sambil merenung telefon pintar di tangannya sambil berjalan ke depan.
Tanpa disedarinya, Airish tidak sengaja melanggar bahu seseorang sehingga kedua-duanya jatuh serentak.
"Auch!"
"Agh!"
Individu yang di langgarnya jatuh terduduk di atas lantai dan topi putih di kepalanya turut terjatuh. Telefon pintar miliknya juga terlepas daripada tangannya.
Di saat yang bersamaan juga, telefon pintar yang dipegang Airish turut terlempar jauh daripada tangannya, manakala segala isi dalam bagasi yang dipegang tangan kirinya berhamburan keluar.
"Oh, tidak! Ya Tuhanku!"
Airish menjerit sambil memegang kepalanya melihat kejadian memalukan ini.
'Aaaahhh!!! Beg akuuu!'
Airish tidak memandang wajah di hadapannya, sebaliknya, dia terus bangun dari lantai sambil mengemas kembali barang2 serta pakaian yang terkeluar daripada begasinya.
'Memalukan...' Dia mengetap dan menggigit bibir bawahnya.
Selepas itu, Airish memandang sebuah topi yang berwarna hitam dan mengambilnya untuk diletakkan dalam bagasi.
"Pardon, dat is mijn pet. "
'Huh? Apa? I beg your pardon? Eh bukan bahasa Inggeris ni...'
Airish ternganga apabila mendengar bahasa dan kalimat aneh keluar daripada bibir individu di hadapannya. Seketika, dia terdiam kaku sambil memegang topi hitam itu.
'Bahasa apa tu?'
Kemudian, Airish perlahan-lahan melihat ke individu yang sedang berdiri di hadapannya. Alangkah terkejutnya Airish apabila dia melihat raut wajah yang sangat mempesonakan matanya.
Kelihatan seorang jejaka muda yang tampan sedang merenung Airish. Anak matanya berwarna biru muda seperti lautan yang indah. Matanya yang sangat elok terletak dengan hidung mancung di antaranya.
Manakala, kening lelaki tampan itu agak tebal namun kelihatan sederhana. Bibirnya pula kemerahan bak buah delima. Rahang dan dagunya sangat menarik perhatian dan menambahkan lagi karisma jejaka idaman dalam dirinya. Kulitnya berwana keputih-putihan seperti artis terkenal dari luar negara. Anak mata lelaki itu merenung dalam ke arah Airish.
"Excuse me, I want my cap back."
Laungan suara yang penuh karismanya mengejutkan Airish yang masih termenung dengan mulut ternganga.
'Oh my God...'
Airish berada dalam keadaan kelam kabut seketika sebelum bangun menghadap individu di hadapannya. Suaranya sedikit gementar sambil memberikan topi hitam itu kembali pada dia.
"Oh-oh...I'm sorry, here's your cap."
Muka Airish berwarna sedikit kemerahan kerana menahan malu yang mendalam. 'Aduh...malunya. Dahlah baju dan barang aku terkeluar, boleh pulak aku tersalah ambil topi dia untuk letak dalam bag aku. Aaahh!!!'
Lelaki itu hanya tersenyum nipis melihat gelagat Airish yang lucu.
"Thanks."
"You are welcome, sir."
Airish hanya mengangguk menahan malu sambil meneruskan kembali mengemaskan pakaiannya. Dia berpura-pura confident.
'Confident kena nombor satu bos! Harus control malu!'
Lelaki itu mengambil telefon pintar yang berada di kakinya lalu memandang ke arah Airish dan berkata dengan nada yang perlahan.
"I get to go now. Have a nice day, miss."
Selepas itu, individu tersebut pergi dengan terburu-buru sebelum menghilang daripada pandangan mata Airish.
Airish ingin sahaja menjerit di situ kerana malu namun apabila dia sedar dia masih berada di lapangan terbang, dan ramai orang di sekitarnya, dia memutuskan untuk tidak melakukannya.
Selepas Airish mengemas pakaiannya, dia menyedari bahawa zip bagasi miliknya telah rosak. 'Aduh...Ni mesti sebab bawak balik barang banyak sangat...'
"Hah..."
Airish mengeluh perlahan sebelum mengambil telefon pintar di kakinya. Namun, alangkah terkejutnya Airish apabila melihat telefon yang dipegangnya.
"Ini bukan fon aku...!"
Dia panik sebentar dan terlopong mulutnya memandang telefon pintar itu. Kelihatan telefon yang dipegangnya memiliki design yang sama namun bukan telefon miliknya. Nampaknya, nasib Airish begitu malang harini.
'Jangan-jangan....'
Mata Airish membulat tatkala mengingat kembali jejaka tampan yang melanggarnya tadi. Badannya menggeletar ketakutan apabila membuat suatu kesimpulan.
'Mamat orang puteh tu!'
Bersambung...
Hi semua! Saya merupakan author biasa dan saya berasal dari Malaysia. Saya akan berusaha menulis dan menamatkan novel ini. Harap anda semua suka membaca cerita saya. Jangan lupa tambahkan ke library dan vote! Terima kasih! (≧▽≦)✧