webnovel

Setelah mendengar berita tentang kematian Yuan Shilan, Nalan Hongye terkaku buat masa yang lama. Wen Yuan lantas beredar dari bilik tersebut bersama pelayan-pelayannya.

Dia masih teringat akan kali terakhir dia melihat wajah wanita yang dingin itu. Wajahnya telah dibaluti kemas. Walaupun lukanya tidak dapat dilihat, namun ia amat mudah untuk membayangkan betapa teruknya kecederaan tersebut berdasarkan darah yang melencuni kain balutannya.

Dia memandang wajah Nalan Hongye dengan tenang dan berkata, "Walaupun kalau bukan sayalah orangnya, saya pasti orang itu bukanlah awak."

Nalan tersenyum ringan. Disebabkan oleh status dirinya, ia agak tidak manis untuk dilihat orang apabila dia melawat seorang gundik yang baru sahaja dipulau. Namun, akhirnya wanita itu tetap melawatnya. Pada saat itu, dia masih tidak memberi sebarang reaksi walaupun dia telah dicemuh beberapa kali. Dia hanya melihat wanita itu dan mengeluarkan kata-kata yang sering bermain jauh di sudut hatinya, "Walaupun kalau orandnya bukan awak, tapi awak tak perlu buat semua ini. Awak tak tahu ke yang seluruh dewan persidangan memang dah tunggu saat ini untuk berlaku?"

"Siapa yang ada masa untuk berlawan dengan mereka?" Yuan Shilan tergelak dingin, bibirnya mengukir sebuah senyuman ngeri. "Saya tak nak menghabiskan masa saya dengan menunggu seseorang yang tak cintakan saya."

Nalan Hongye menyambung, "Bagaimana pula dengan Tuanku? Awak tak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dia ke?"

Yuan Shilan membalas perlahan dengan wajah yang kejam, "Saya tak mahukan sesiapa yang bukan milik saya."

Di dalam Istana Dongnan tersebut, Nalan Hongye bersandar pada kerusinya dan lantas mengukir sebuah senyuman.

Adakah semua itu benar? Benarkah dia memang tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap pemuda itu? Jika ia benar, mengapa pula dia sanggup mencederakan dirinya untuk seseorang yang dia tidak cintai? Mengapa pula dia ingin menyesali takdirnya yang dipenuhi dengan kesepian dan kesendirian itu? Mengapa pula dia ingin mati?

Walau apa pun, dia masih lagi seorang anak muda yang naif dan juga degil. Hanya disebabkan hal-hal tersebutlah dia boleh berkelakuan sebegitu. Dia tidak pernah terfikir bagaimana terseksanya keluarga jika wanita itu membunuh diri begitu sahaja.

Kediaman di sebelah belakang istana merupakan sesebuah kawasan yang amat menakutkan. Ia telah membuatkan ramai penghuninya hampir gila, termasuklah wanita muda yang mencederakan dirinya dengan mengelar wajahnya berulang-ulang kali sebelum membunuh diri.

Yuan Shilan menganggap kematiannya bakal membebaskan pemuda itu daripada rasa bersalah dan seterusnya akan mengingati wanita itu buat selama-lamanya. Namun, dia langsung tidak menyedari yang kejadian itu hanya bakal mencetuskan riakan yang kecil dan tidak akan berkekalan. Topik tersebut hanyalah akan diungkit dengan santainya oleh para gundik yang lain semasa mereka sedang menjamah hidangan bersama-sama. 

Istana ini telah menyebabkan banyak pengorbanan sia-sia. Dalam aliran masa yang tidak pernah berhenti, setelah melewati banyak bulan dan tahun, siapalah yang akan mengingatinya

"Bodoh betul!" Nalan Hongye mengeluh ringan. Dengan status diri Yuan Shilan, wanita itu sepatutnya boleh menjalani sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan kemewahan. Akan tetapi, dia tidak mempunyai akal yang panjang mahupun sikap toleransi yang cukup mantap.

"Puan Maharani?" Panggil Wen Yuan yang sedang berdiri di muka pintu sambil memegang semangkuk ubat.

Nalan Hongye hanya telah menggamit supaya wanita tersebut memasuki kamarnya dengan bersahaja sebelum mengambil mangkuk daripada tangan pelayannya itu. Walaupun ubat itu terasa pahit, namun dia langsung tidak tersentak semasa dia menelan beberapa suapan.

Wen Yuan merenung ke arah semangkuk gula kecil yang terdapat di sana. Dia ingin mengatakan sesuatu namun melupakan hasratnya.

"Ini arahan-arahan saya. Gundik Yuan itu seorang yang berbudi pekerti, pemurah dan juga baik hati. Setelah kematiannya yang disebabkan penyakit tenat, dia bakal dinaikkan darjat kepada gundik peringkat keenam dan disemadikan di dalam makam di bahagian barat. Keluarganya bakal dirahmati dengan 1,000 tahil emas sementara kakandanya bakal dinaikkan pangkat kepada seorang pegawai."

Wen Yuan terpaku apabila dia melihat Nalan dengan penuh kekeliruan. Ya, dia mempunyai kuasa untuk memasuk campur dalam urusan politik dan juga mengawal perihal-perihal pegawai Song yang berpangkat empat dan ke bawah. Namun, semenjak dia jatuh sakit, dia telah menyerahkan segala kuasanya selama lebih dua tahun. Berbaloikah segala tindakan yang telah diambil Nalan buat seorang gundik yang bersalah ini?

Nalan Hongye tidak menjelaskan dengan lebih lanjut semasa dia menyambung, "Tuanku sedang sibuk dengan hal-hal di dewan persidangan. Jangan beritahu dia tentang kematian Gundik Yuan. Perintahkan kepada pegawai-pegawai itu semua supaya menjaga mulut mereka."

Wen Yuan mengangguk dan hanya menuruti perintah tersebut.

Istana itu segera dihurungi kesepian. Nalan Hongye yang bersusah-payah cuba untuk mengutarakan kata-katanya itu sebentar tadi kini terasa penat. Dia kemudiannya berbaring sambil berkerut sebelum menggunakan jari-jemarinya untuk mengurut ubun-ubun Taiyangnya.

Walaupun pemuda itu telah memulau wanita tersebut, dia masih mempunyai perasaan terhadapnya. Lagipun, dia telah mencintai dan mengasihi wanita itu. Pemuda tersebut pasti akan berasa sedih atas pemergiannya. Kini, disebabkan oleh kecelaruan yang sedang berlaku di sempadan barat laut yang ditambah lagi dengan konflik dalaman yang sedang tercetus di dalam dewan persidangan, pemuda itu sememangnya sudah terlalu sibuk.

Setelah Nalan Hongye menelan semua ubatnya, dia cuba untuk melelapkan matanya. Dia yang sedang mamai lantas termenung apabila memikirkan nasib yang telah menimpa Gundik Yuan. Mungkin dalam beberapa tahun lagi pemuda itu akan melupakan tentang pemergian kekasihnya itu juga. Walaupun jika dia mengenangi wanita itu, dia pasti tidak akan terlalu menyimpan perasaan yang terlalu mendalam buat seseorang yang telah meninggal 'disebabkan oleh penyakit'.

Malam yang sunyi dan dingin itu hanya telah diterangi dek cahaya lilin sahaja. Dekri maharaja yang dikeluarkan daripada Istana Dongnan telah tersebar ke istana-istana lain, membuatkan para ketua istana di sana menyedari apakah niat sebenar maharani tersebut. Walaupun mereka tidak berpuas hati dengan Yuan Shilan dan keluarganya, namun tiada sesiapa yang berani mengemukakannya. Beberapa hari lalu, Cik Puan Cheng sendirinya telah datang untuk memohon keampunan wanita itu. Ini telah menandakan sesuatu hal yang penting, iaitu maharani masih lagi memegang pengaruh kuasa jadi tiada sesiapa yang boleh memandang rendah terhadapnya.

Bahagian belakang istana masih terasa tenang. Setiap malam, pasti bakal ada sebuah persembahan tarian dan nyanyian yang diiringi dengan bunyi alatan muzik. Segala muslihat-muslihat dan rancangan jahat bagaikan telah dilitupi dek salji yang tebal ataupun dek kemeriahan suasana malam itu. Di dalam istana yang megah itu, wanita itu telah dilupakan seumpama bunga yang sudah layu.

"Lebih banyak keberanian yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan berbanding mati." Senyuman yang terukir pada wajah Nalan Hongye itu seringkali tampak bersahaja. Dia meraih pandangannya untuk melihat langit di luar tingkap sebelum dia ternampak sekilas akan sebuah bayangan hijau.

Pemuda itu berdiri jauh dan hanya melihat wanita itu sahaja, tangannya menggenggam pedang berat itu di sisi. Terdapat keheningan yang dapat dirasai berlegar-legar di sekeliling pemuda yang berdiri tegak itu. Pada hari pengebumian ayahandanya, pemuda itu telah berdiri di sebelah puteri yang sedang berkabung ini untuk berkata ayat ini.

"Tapi…"

Angin mula bertiup dengan lebih kencang di luar istana. Salji yang menimpa bumi semenjak dari malam semalam pun masih belum surut lagi. Ditambah pula dengan angin kencang, emping-emping salji tersebut lantas berlegaran di udara. 

"Kenapa awak tiba-tiba hilang keberanian pula?"

Yushu lantas teringat akan hari pemergian Xuan Mo. Hujan lebat sedang membasahi permukaan bumi. Para doktor sudah dilencuni dek air hujan.

Pada pagi berikutnya, cuaca telah menjadi terik pula. Wanita itu mengarahkan para pembantu istana supaya mengeringkan buku-bukunya di perkarangan halaman. Namun, pada petang itu, pasukan tentera dari Lautan Dongnan tiba-tiba telah mengiringi sebuah kereta kuda untuk memasuki kawasan bandar sebelum menuju terus ke kediaman Xuan Mo.

Raut wajahnya pucat semasa pemuda itu dikendong keluar dari kereta kudanya dengan pertolongan orang lain. Xuan Mo segera melangkah ke dalam bilik bacaannya untuk menukar pakaian lalu bersiap sedia untuk memasuki dewan istana. Namun, sebelum dia dapat melangkah keluar dari pintu bilik tersebut, dia telah merebah ke atas lantai bersama lopak darahnya sendiri. Wanita itu berdiri di sisinya dan meminta pertolongan tanpa daya sementara para pembantu kediaman yang lain semuanya mengerumuni kejadian itu dengan tergesa-gesa. Mereka lantas memanggil seorang pakar perubatan setelah mendukung Xuan Mo ke dalam kediaman .

Pada masa itulah hujan mula turun melencuni bumi dan ia tidak berhenti selama tujuh hari dan tujuh malam. Rakyat jelata semuanya telah menyatakan si para dewa pun sedang menangisi nasib Raja Xuan. 

Kumpulan demi kumpulan doktor bergegas ke dalam kawasan istana untuk menganalisis keadaan pemuda itu dan mereka semua telah menyatakan kesudahan yang sama kepada wanita itu.

Xuan Mo telah menerima kecederaan yang sungguh parah. Dia telah kehilangan banyak darah, badannya pula terlalu lemah setelah bertempur buat masa yang lama tanpa sebarang rehat. Dia telah memaksa dirinya untuk mengembara jauh tanpa memberi ruang buat tubuhnya untuk pulih sepenuhnya sementara organ-organnya pula telah terjejas dengan teruk… Namun, wanita itu tidak dapat mendengar apa-apa lagi. Dia hanya dapat melihat beberapa orang tua yang sedang beredar dengan keheningan dan kesayuan yang bermain-main di wajah mereka.

Dia berfikir sendirian, 'Apa yang mereka sedang cakapkan? Kenapa mereka tak tolong pulihkan dia? Dia seorang yang berkebolehan dan cukup kuat untuk meraih pedang melebihi 40 kilogram dan juga lembing yang lebih berat dari 50 kilogram. Dia tercedera sikit saja, jadi apa masalahnya? Kenapa dia berbaring saja di atas katil dan tak bangun-bangun? Dokumen perkahwinan tuan puteri pertama dah pun diluluskan, bermaksud Maharaja Yan bakal berangkat esok… Dia seorang pegawai penting di Song, jadi kenapa dia tidak akan mengiringi Maharaja itu sebelum dia berangkat?'

Wanita itu menapis segala bunyi di sekelilingnya sebelum berlari ke arah pemuda itu. Dia mencuit-cuit lengan Xuan Mo dengan ringan seperti tahun-tahun yang lalu, memanggilnya, "Tuan, bangunlah…. Tuan, bangunlah…"

Namun, Xuan Mo tetap terkaku dan matanya masih tertutup rapat. Dia berkerut ketat seolah-olah dia tidak dapat melepaskan sesuatu. Lengannya terasa sejuk bagaikan sebongkah ais. Wanita itu segera berasa semakin cemas tetapi tidak menggunakan sebarang tenaga semasa dia menarik-narik lengan pemuda itu. Dia menjerit berkali-kali, "Tuan, bangunlah…. Tuan, bangunlah…"

Bunyi esakan lantas memenuhi ruang udara. Beberapa orang pembantu istana segera mengeluarkan sapu tangan mereka untuk mengelap air mata dengan senyap. Namun, wanita itu tiba-tiba terasa marah pula. Dia lantas berpaling untuk menghalau mereka semua keluar.

Hujan di luar turun dengan semakin lebat. Angin sejuk segera menghembus masuk ke dalam bilik semasa pintu bilik dibuka, mengepak-ngepakkan pakaian nipis milik wanita itu. 

Seorang doktor melangkah ke hadapan dan berbisik, "Puan, Tuan Xuan tak akan dapat pulih lagi. Puan kena jaga diri Puan."

Wanita ini merupakan seorang yang lemah-lembut dan berbudi pekerti seumur hidupnya, mentaati ibu bapanya, menuruti segala hasrat dan keinginan mereka, tidak lupa juga mendengar kata suaminya. Dia tidak pernah menolak. Namun, pada saat ini, disebabkan kemarahannya, dia terus menampar doktor tersebut dan menempik, "Mengarut!"

Doktor berusia itu tetap berdiam dan memandangnya dengan penuh tenang, perasaan simpati terlintas pada anak matanya. 

Wanita itu akhirnya menyerah. Lututnya longlai lalu dia pun terjatuh ke atas lantai, pengsan.

Semasa wanita itu tersedar dari pengsan, Xuan Mo juga telah bangun. Semua orang-orang bawahannya kini sedang berada di halaman perkarangan di luar, memasuki bilik tersebut dalam berkumpulan untuk mendengar kata-kata terakhirnya. Orang ramai segera memberi laluan buat isterinya yang sedang mengendong anak kecilnya untuk menuju ke dalam bilik. Dia berdiri di bawah sebatang pokok yang terletak di hadapan bilik sambil memerhatikan cahaya lilin yang samar-samar kelihatan pada tingkap bilik. Ia terasa seperti bertahun-tahun dahulu sewaktu pertemuan mereka buat pertama kali.

Wanita itu masih muda pada waktu itu, menuruti belakang bapanya bersama-sama adik beradiknya yang di sisi. Gaun putih ringkas yang dipakainya di dalam kalangan ahli aristokrat ini telah membuatkan dirinya terasa terasing. Pemuda itu sedang berdiri di koridor, kelihatan kacak dan memukau. Senyumannya terasa mesra dan lembut bagaikan angin musim bunga.

Orang-orang gajinya telah mengekorinya sambil membawa bersama sekaki payung. Yong'er masih lagi kecil dan mukanya pula sangat montel. Anak kecil itu berbaring di dalam dakapan bondanya dalam keadaan mengantuk, malah sekali-sekali dia akan menguap. 

Mereka yang lain telah berborak buat masa yang sungguh panjang. Namun, tiada sesiapa yang memulaukannya disebabkan oleh statusnya sebagai isteri Xuan Mo. Wanita tersebut dapat mendengar bisikan orang ramai di sekelilingnya yang sebahagian besarnya adalah mengenai perkahwinan puteri sulung. Mereka juga telah berbincang mengenai isu-isu lain seperti cara untuk mengendalikan negara, cara untuk memperkukuhkan pengaruh kuasa mereka dalam dewan persidangan baru, cara untuk mengelak konflik dengan pegawai-pegawai Yan dan juga cara untuk menyepadukan dewan persidangan Yan supaya dapat menolong puteri sulung. Tambahan pula, beberapa orang suruhan Xuan Mo juga telah menyatakan mereka ingin menyampaikan beberapa pucuk surat kepada Yan Xun. 

Akhirnya, khalayak ramai di halaman perkarangan itu bersurai juga sedikit demi sedikit. Perkarangan itu lambat-laun dihurung kesepian dan hanya bunyi titisan air hujan sahaja yang dapat didengari.