webnovel

Bab 5

"Papa tak sihat ? Papa sakit ke ? Something happen ? Pucat sangat ni muka."

Tangan lembut Kyra menyentuh dahi papanya. Memang muka papanya kelihatan pucat. Macam orang sakit. Dia bergegas balik setelah mendapat panggilan dari papanya. Lemah saja suara papanya di telefon tadi. Risau dibuatnya.

"Papa okay. Mungkin papa kurang rehat. Ada something papa nak bincang dengan Kyra. Sorry buat Kyra risau. Sampai balik cepat macamni. Mesti banyak kerja lagi kat butik tu kan.?"

Tangan Dato Malek menyentuh tangan Kyra. Menenangkan Kyra yang kelihatan risau dengan keadaan dirinya.

"Papa kena banyak rehat, asyik kerja je. Tengok sekarang dah sakit. Apa sangat kerja kat butik tu nak bandingkan papa yang Kyra sayang ni. Papa nak bincang apa ? Kyra rasa papa kena rehat dulu. Kesian papa tak larat. Muka ni dah pucat. Kak leha dah buat kan bubur ? Takkan ? Okay wait , biar Kyra buatkan."

Kyra bingkas berdiri tapi cepat saja Dato Malek memegang bahunya menahan dari keluar.  Melihat muka murung papanya. Kyra kembali duduk di katil. Risau hatinya.

"Papa nak cakap dengan Kyra. Sekarang. Benda penting."

Serius saja muka Dato Malek. Menatap anak mata Kyra.

"Papa okay ke ? Apadia ? Papa jangan buat Kyra takut. Kenapa ni ?"

Suara Kyra macam hendak menangis. Risau dengan papanya. Tiba tiba saja kelakuan papa pelik harini. Apa yang tak kena.

"Papa tak pernah mintak apa apa dari Kyra kan. Kyra dah besar sekarang. Kyra dah pandai jaga diri. Tapi papa rasa , tu tak cukup. Papa rasa Kyra akan selalu jadi anak kecik papa. Anak manja papa."

Lembut Dato Malek membelai rambut Kyra. Tangan kirinya pulak memegang lembut tangan Kyra.

"Paaa , jangan buat Kyra risauu. Sakit sangat ke ? Kepala papa sakit ? Nak pergi hospital ?"

Risau suara Kyra. Macam hendak menangis.

"Takk , papa okay . Sekarang boleh Kyra ikut cakap papa ?"

"Of course Kyra ikut. Takkan Kyra nak bantah cakap papa. Okay cakap apa yang papa nak. Kyra buat . Okay ?

"Papa nak Kyra kawin dengan Tengku Farathid."

"Whatttttt?"

Membutang mata Kyra , kepalanya di geleng geleng. Perkataan itu bagaikan halilintar yang  menyambar di telinganya. Mimpi ke apa ni. Salah dengan ke.....

"Papa cakap apa ? Kyra salah dengar ke ? Papa bergurau ke ?"

Bertalu talu pertanyaan dari Kyra. Otak dia seakan berhenti . Memikirkan kata kata yang di dengarkannya tadi.

"Tak , papa tak bergurau. Papa serious. Papa nak Kyra kawin dengan Tengku Farathid."

Bagai batu besar menghempap kepalanya. Kyra kelu. Bibirnya terketar ketar. Matanya mula berkaca.

"Noo paa. Papa cakap apa ni ? Siapa ? Kyra tak kenal kawan papa tu. Kenapa papa buat macamni ? Kyra dengan Zacran pa. Kenapa Kyra kena kawin dengan dia? Papa tahu Kyra sayang Zac kan. Kenapa papa macamni?"

Suara serak Kyra keluar. Menahan tangis . Kyra mengawal sebaknya. Tangannya pada Dato Malek ditarik perlahan. Dia mula berdiri.

"Papa nak Kyra kawin dengan Tengku Farathid. Bukan Zacran. Tolong dengar cakap papa Kyra."

"Kenapa ? Kenapa Kyra kena kawin dengan dia ??  Kyra tak kenal dia. Kyra tak nak kawin dengan dia. Kyra tak nak kawin dengan kawan papa tu. Papa boleh mintak benda lain. Jangan mintak benda ni paaa. Kyra boleh ikut semua cakap papa. Tapi bukan yang ini."

Airmata Kyra jatuh jua. Laju membasahi pipi mulusnya. Dato Malek memejamkan matanya. Cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara. Sakit hatinya bila cuba menyakiti anaknya sendiri. Dia terpaksa.

"Papa tak kira , papa nak Kyra kawin dengan dia. Lupakan zacran. Dia lagi sepadan dengan Kyra. Papa tak nak Kyra ada apa apa hubungan dengan Zacran lagi. Dua minggu dari sekarang . Majlis Kyra dengan Tengku Farathid akan berlangsung. Muktamad."

Tegas dari Dato Malek. Kyra menggeleng gelengkan kepalanya. Menolak. Airmatanya makin laju . Dia meluru ke arah papanya. Dia berlutut di tepi papanya. Memegang paha papanya. Merayu. Dato Malek membatukan diri di atas katil. Cuba menahan emosinya.

"Paaaa , Kyra merayu . Jangan buat macamni. Papa taknak tengok anak papa happy ? Kenapa papa jadi macamni? Kyra tak nak kawin dengan dia. Kyra tak kenal dia paa. Tolongggg. Kenapa Kyra kena kawin dengan dia."

Dato Malek membatukan diri sahaja. Tiada kata kata lagi keluar dari mulut dia. Dia tegas dengan keputusannya.

"Kenapa papa buat kyra macamni. Kalau mama ada dia takkan buat Kyra macamni. Dia mesti nak Kyra happy. Mama je yang sayang Kyra. Papa tak."

Kyra terus menangis memandang lantai. Airmatanya seakan tak mahu habis. Derah membasahi pipi. Dato malek memegang lembut bahu Kyra. Mengambilnya duduk disebelah . Kyra hanya menurut lemah. Pandangannya kosong. Kyra kembali duduk di atas katil sebelah papanya. Diam. Hanya airmata yang berjalan laju.

"Papa tahu Kyra sayang papa. Papa sayang Kyra lebih dari segalanya. Papa cuma taknak Kyra hidup susah. Papa nak Kyra bahagia. Dia janji dengan papa , dia akan ambil semuanya kalau Kyra tak kawin dengan dia , papa tak mampu . Tak mampu nak jaga Kyra."

Sebak suara Dato Malek. Dia menunduk memandang lantai. Tak mampu untuk menatap mata anaknya. Dia malu , tak mampu menjaga Kyra sebaiknya. Kenapa Kyra. Kenapa bukan gadis lain... Muka Kyra memerah menahan marah. Tengku Farathid. Lelaki tak guna. Berani berani dia mengugut papa.

Api kebencian membara di dalam hati Kyra. Tak mungkin dia akan berkawin dengan lelaki seperti itu . Menyalah gunakan kuasa dan duit untu memeras orang. Papanya sendiri.

"Dia janji dengan papa , dia akan bahagiakan Kyra. Dia akan sayang Kyra kalau Kyra kawin dengan dia. Kyra jangan risau. Dia akan jaga Kyra dengan baik. Pecaya cakap papa okay ?"

"Kyra tak kenal dia pa. Macam mana Kyra boleh hidup dengan orang psycho macam dia. Dia gila. Sumpah."

Semakin benci Kyra dengan lelaki ini. Lelaki yang cuba porak peranda kan kehidupannya dengan papa. Tengku Farathid Marteen.