Pergunungan Warlock terletak di dalam wilayah New Chesnut, sebuah pergunungan yang terkenal kerana terdapat banyak binatang buas dan tanaman ubat-ubatan. Namun tidak ramai kultivator yang mampu untuk memasuki kawasan pendalaman hutan. Di kedalaman hutan terdapat banyak bintang buas yang ganas dan menakutkan. Di wilayah New Chestnut terdapat 2 klan yang terletak tidak jauh dari kawasan pergunungan Warlock. Ramai kultivator dari 2 klan ini akan memburu di kawasan hutan pergunungan Warlock. Samada bersendirian atau berkumpulan, pertumpahan darah sering berlaku di kawasan pergunungan ini. Ini disebabkan kerana perebutan hasil buruan atau perselisihan faham antara kultivaor. Tapi ini adalah adat resam dalam dunia kultivasi, yang kuat akan sentiasa menindas yang lemah.
Di puncak gunung Warlock terdapat sebuah gua yang dikelilingi array, terlindung dari pandangan sesiapa pun. Dua sosok tiba-tiba muncul di dekat gua itu, seorang pemuda dan seorang lelaki tua berambut putih.
"Ini akan menjadi gua perlatihanmu untuk satu masa . Sehingga tahap kultivasimu cukup untuk berkelana dan berdiri di kakimu sendiri. Kultivasimu sangat jelek sekarang. Bahkan binatang buas tahap rendah akan tertawa melihatmu" kata Yoda sambil tersenyum. Peter hanya mampu mencibir bibirnya tidak menafikan kata-kata gurunya.
"Masuk ke dalam dan aku akan memberimu sesuatu" kata Yoda sambil berjalan ke dalam gua. Peter mengikutinya.
Di dalam gua , suasananya adalah seperti gua biasa. Tidak ada yang istimewa. Di dalam hanya terdapat bongkah batu yang rata, untuk duduk berkultivasi, dan sebuah meja batu. Keadaannya hanya rata-rata. Yoda duduk di bongkah batu dan menyuruh Peter duduk di depannya.
Tiba-tiba dia mengeluarkan sebuah kiub di telapak tangannya. Kiub itu bersinar keemasan , memancarkan energy yang kuat dan kuno. Sekitar kawasan dalam gua di sinari warna keemasan , energy kuat ini menusuk ke dalam jiwa Peter.
"Benda ini di panggil kiub alam semesta kuno, ini akan menjadi milikmu nanti dan akan mengubah 360 darjah hidupmu" jelas Yoda memecahkan keheningan suasana. Peter hanya terdiam, ketakjubannya terhadap kiub alam semesta masih belum berakhir.
"Aku akan menanamkan kiub ini kedalam jiwamu dan kamu akan menjadi perwaris kiub alam semesta kuno ini. Aku akan menjelaskan kepadamu nanti kegunaan kiub ini" kata Yoda lemah. Memberikan kiub itu kepada Peter bermaksud zaman kehebatannya sudah berakhir. Tapi memberikannya kepada muridnya adalah jauh lebih baik dari di ambil oleh Astroz.
Yoda mengangkat kiub itu ke paras dada Peter. Tubuh Yoda memancarkan cahaya putih, rambut putih menerawang seperti ditiup angin. Dia membuka segel kiub alam semesta kuno .Yoda telah menyegel kiub alam semesta kuno semasa dia ditangkap oleh kerajaan Apocalypse Star untuk mengelakkan dikesan keberadaan kiub itu di tubuhnya. Yoda kemudian perlahan menolak kiub itu ke dada Peter dan berkata " kamu akan merasa sedikit sakit nanti, tahan dan cuba untuk sesuaikan keberadaan kiub ini ke dalam jiwamu". Peter mengangguk.
Proses menanam kiub itu ke jiwa Peter hanya mengambil masa beberapa detik. Peter kemudian merasa sedikit sakit di benak jiwanya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dadanya semakin sakit. Jiwanya bagai terkoyak. Peter berusaha mengatur nafasnya dan menahan kesakitaan itu.
Setelah 30 minit berlalu, sakit itu semakin kurang. Peter membuka matanya. Pakaiannya basah kuyup dengan peluh. Nafasnya sesak. Dadanya masih sakit tapi semakin baik.Dia memandang gurunya yang duduk di depannya.
"Bagus..semuanya berjalan dengan baik" Yoda tersenyum melihat pemuda dihadapannya yang terlihat seperti baru siap berperang dengan binatang buas yang menakutkan.
"Hurmm..aku akan memberitahumu mengenai kiub alam semesta ini. Benda ini telah menyebabkan aku menerima nasib yang seperti sekarang ini. Benda ini akan menyebabkan kamu terbunuh dalam 1 malam jika ada orang mengetahui keberadaan di tubuhmu".
"Walaupun keberuntungannya menentang syurga, kiub itu harus berada di dalam dirimu tanpa ada sesiapa mengetahuinya , sehingga tahap kultivasimu berada di puncak 3 benua ini" jelas Yoda.
"Kiub alam semesta kuno adalah sebuah demensi atau benua kuno yang sangat luas, aku telah berkelana didalam alam kuno itu selama beribu tahun tapi tidak pernah mencapai hujung demensi itu. Di dalam demensi kuno terdapat banyak binatang buas kuno, tumbuhan kuno, pelbagai warisan bela diri, artifak dan senjata yang sangat bernilai" Yoda berkata sambil memandang tepat ke mata Peter.
"Bahkan menurut mitos, berkemungkinan ada tempat yang menjadi portal teleport ke 4 dunia kuno .Dunia kuno yang sangat besar. Guru tidak mempunyai peluang untuk menemukan tempat itu." Yoda pernah mencuba untuk mencari portal teleport itu tapi kebanyakan tempat di kiub alam semesta kuno dilindungi oleh banyak binatang buas yang berada diranah yang sangat tinggi.
"Untuk di masa akan datang ,kamu akan berada disana untuk berlatih dan meningkatkan ranah kultivasimu. Didalam kiub alam semesta masa akan 10 kali lebih cepat, 10 hari berlatih di sana bererti 1 hari di luar. Ini akan menjadi efektif dalam perlatihanmu" Yoda memandang Peter yang duduk kaku memandangnya dari tadi. Dia kemudian memberi 1 spatial ring kepada Peter.
"Di dalam ring itu ada beberapa obsidian stone yang menyimpan beberapa teknik bela diri. Kamu boleh memilih yang sesuai denganmu. Kamu boleh menyerap blue crystal itu untuk mempercepatkan kultivasi dan memperkuatkan fondasimu."
"Kamu kena mengingat untuk berada didalam gua ini sehingga kamu mencapai ranah divine sea. Ini mungkin mengambil masa 10 tahun didalam alam kuno, bergantung dengan tekad dan bakatmu. Guru tidak mempunyai banyak masa untuk disampingmu, jadi berusahalah."
Peter kemudian mengangguk. Dia memandang gurunya. "Guru..guru mengatakan ada banyak tumbuhan di dalam kiub alam semesta...hurmm bolehkah aku mengumpulnya untuk meracik pil?". Yoda tersenyum melihat muridnya itu. "hahaha kiub itu kepunyaanmu sekarang. Kamu bebas untuk melakukan apa saja. Tapi ingat..jika tujuanmu untuk menjual pil yang kamu buat, capai ranah divine sea dahulu".
"Baiklah guru. Aku akan berusaha dan tidak akan mengecewakan guru".
"Hurmm.. 10 tahun atau 20 tahun di dalam kiub alam semesta kuno hanya masa yang singkat di luar". Yoda kemudian memberikan 1 lagi spatial ring kepada Peter.
"Di dalam ada obsidian stone yang menyimpan banyak teknik peracikan pil. Kamu mempunyai burning flame untuk meracik pil?" tanya Yoda.
"Ada guru" kata peter sambil mengeluarkan purple flame di tangannya. Purple flame berada di rank 500 dalam senarai burning flames.
"Apakah itu kamu katakan burning flame? hahahaha..dalam spatial ring itu ada phoenix flame dan tungku untuk meracik pil" kata Yoda sambil tertawa.
Peter terkejut . Phoenix flame berada pada rank 33 dalam burning flames. Peter tersenyum gembira. Gurunya telah banyak membantunya untuk memulakan perjalanan kultivasinya. Dia pasti akan berusaha di masa depan.