webnovel

kisah perjalanan hidupku

mengisah seorang lelaki bernama Zack atau aku bukan nama sebenar mencari jati diri, cinta dan pertemanan. saksikan kisah Zack dalam menempuh dunia tanpa akhir cerita ini tidak berkait yang hidup atau yang mati. kisah ini hanyalah fantasi penulis atau gambaran penulis jika ada terguris hati dengan cerita ini saya berbesar hati memohon maaf

Muhammad_Akmal_99 · Otras
Sin suficientes valoraciones
8 Chs

Semua berjaya sesuai harapan

Kejayaan demi kejayaan telah di capai oleh diriku melalui hasil kerja keras, dorongan dari orang yang tersayang dan perjuangan tanpa henti. Aku berjaya hari ini, hasil daripada dorongan semangat daripada Siti Syahirah dan kawan-kawan seperjuangan ku termasuk lah kekeluargaku tanpa mereka di sisi ku aku bukan siapa-siapa bahkan aku tidak mampu berjaya hingga saat ini. Mereka ibarat cahaya yang menuntun jalan yang benar.

Sekarang aku sudah berjaya menepati janji ku sendiri dengan menaik status sosial yang tinggi melalui kejayaan menulis novel dan akhirnya aku menjadi terkenal dengan hasil kerja keras novel ketiga iaitu aku seorang lelaki. Akhirnya tiba masa aku ingin memiliki Siti Syahirah dengan meminta nya menjadi teman wanita ku seperti dulu kerana status sosial kami sudah tidak terlalu jauh berbeza kerana sama-sama pengiat seni tanah seperti aku penulis novel tempatan dan Siti Syahirah merupakan ratu antarabangsa dan merangkap pelakon antarabangsa.

Ini kali pertama aku menelefon Siti Zubaidah kerana dulu aku tidak sanggup menelefon nya kerana status sosial kami berbeza. Aku sebenarnya mementingkan status sosial kerana itu aku tidak menefonnya sehingga aku setara dengan dirinya baru aku menelefon. Kali pertama aku menelefon Siti Syahirah lalu Siti Syahirah mengangkat telefon dengan rasa teruja kerana ini pertama kali dia mendapat telefon daripada aku. Aku memintanya untuk pergi ke tasik yang dulu menjadi tempat berehat ketika kami bercinta mungkin ini mampu menaikkan nostalgia zaman dulu-dulu. Aku ingin Siti mengingatkan zaman percintaan ku dengan dirinya sehingga pada waktu aku ingin meluahkan perasaan ini di hadapan dirinya bermodalkan kenangan romantik kita zaman dulu kala.

Setelah Siti sampai, aku telah merancang semua dari awal dengan taburan bunga di atas jalan yang menuju lurus di mana tempat aku berada selain itu, aku juga turut membuat tempat untuk kami makan bersama dengan di hiasi lampu indah berkelip-kelipan di tepi tasik dengan suasana hening di malam hari di sambut eringan kumbang-kumbang. Akhirnya Siti Syahirah sampai aku memegang pergelangan tangan nya lalu membawa nya ke tempat special yang telah aku sediakan sambil memberi sekuntum bunga mawar yang indah. Siti Syahirah terkejut dengan tindakan aku ini, dulu ketika aku tidak terkenal aku melayan Siti dengan tidak acuh sekarang sudah terkenal dengan menjadi seorang lelaki yang romantik.

Siti Syahirah terdiam sebentar, lalu aku dengan sekuat hati untuk mengatakan perasaan ini, Siti Syahirah terimalah aku sebagai teman hidup mu dan jadikan lah aku sebagai suami, aku ingin kamu menjadi ibu dari anak-anak ku, aku ingin kamu menjadi buah hatiku dan seterusnya menjadi isteri ku. Aku berjaya hingga hari ini kerana dirimu merupakan malaikat bagi ku yang selalu di samping ku susah mahupun senang. Aku ingin kamu terima aku seadanya jika kamu terima aku, aku merupakan orang yang paling bahagia dan aku berjanji jika kamu menerima aku, aku berusaha untuk membuat mu bahagia jika aku tak mampu membuat mu bahagia, kamu boleh tinggalkan aku dan mencari orang yang lebih baik daripada ku.

Dengan perkataan itu, Siti Syahirah mengangguk tanda setuju kerana dalam hatinya ada aku yang bersarang di hatinya sejak dulu lagi. Setelah Siti Syahirah menerima lamaran ku aku membawa Siti Syahirah mengelilingi dunia dengan mengaku bahawa ratu cantik antarabangsa adalah milikmu dengan memaparkan seluruh dunia bahawa Siti Syahirah merupakan bakal isteri ku.

Dalam hal ini, aku kembali menjalin hubungan dengan Siti Syahirah hingga ke jinjang perkahwinan. Sejak aku melamar Siti Syahirah aku mula sibuk dengan membuat persiapan perkahwinan, meluangkan masa dengan Siti Syahirah dan sibuk dengan kerjaya baru sebagai pengiat seni tanah air. Selain itu, aku masih aktif mengerjakan kerja-kerja di pejabat syarikat AKMA. Sebenarnya aku ingin berhenti daripada syarikat tersebut kerana suatu alasan iaitu kerana mereka membuang aku seperti sampah apabila karya aku jatuh dan sekarang mengutip kembali di sebabkan kini aku sudah berjaya dan karya ku sudah banyak tercalon dalam anugerah dan sebahagian besar berjaya merangkul anugerah tersebut. Dalam hal ini, aku sebenarnya menolak keras tawaran mereka tapi dengan janji manis mereka aku di buai mimpi indah dan aku menerima janji mereka seperti aku boleh masuk pejabat bila-bila masa, mereka akan suport pengeluaran novel dan menaik pangkat yang lebih tinggi lagi.

Akhirnya aku yang sekarang bukan aku yang dulu, aku sekarang sudah memperluas kan ilmu dan memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk karya-karya yang dihasilkan. Harapan yang aku genggam dulu sudah menjadi kenyataan tetapi aku tak boleh leka kerana bila-bila masa harapan tersebut akan terkubur bersama ku.