webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · Integral
Sin suficientes valoraciones
37 Chs

Apa yang dirangcangkan Jane dan Elaine?

Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta, Daniel mengarahkan Ben, pemandu mereka supaya menyiasat mengenai Zein dan Healington Hotel.

Jane hanya mendiamkan diri, tak mahu membuatkan keadaan semakin teruk sehingga Daniel bertindak seperti dulu.

Itu yang dia paling takut!

Daniel memusingkan tubuhnya menghadap Jane dengan tersenyum jahat.

"Macam mana dengan majlis tadi? Are you enjoying them?" Daniel cuba menarik perhatian Jane tika menyedari yang Jane sedang termenung seolah2 sedang memikirkan lelaki yang menjadi pesaingnya, lelaki yang sentiasa berada dalam hati Jane.

'Jane membekukan diri sambil melihat ke arah luar tingkap, orang-orang yang bekeliaran pada waktu malam, bergurau, bergelak ketawa, menikmati makanan yang dijual di tepi jalan, berselfie dan banyak lagi bersama-sama dengan pasangan, keluarga ataupun kawan-kawan masing-masing membuatkan Jane mula merindukan mereka yang dia tinggalkan.

'Jane terkesan dengan suasana seperti itu'

'Dia merindukan keluarganya, kawan-kawan, pekerja-pekerjanya di Bakery, kerjayanya, Zein. Dia rindukan kehidupan indahnya yang dulu. Yang sentiasa happy di sisi orang yang dia sayangi'

"Kenapa senyap? Sebab you happy tengok lelaki kesayangan you hina I cukup2 tadi? Or you takut I buat something pada dia?" soal Daniel seperti psikopat.

'Jane berpaling memandang Daniel apabila mendengar perkataan terakhir itu'

'Smirk' Daniel tersenyum jahat sendirian apabila menyedari yang Jane takut dengan ugutannya.

Ugutan itu yang membuatkan Jane akur dengannya selama ini.

"Stop it Daniel! I dah ikut segala arahan you selama ni. You jangan berani sentuh Zein lagi. Kalau Tak.." kata Jane sambil menatap tajam wajah Daniel.

"Kalau tak? Apa? Cakaplah! You ingat I takut dengan ugutan you tu" sindir Daniel sambil ketawa.

"I akan tinggalkan you juga Daniel. Macam I sanggup tinggalkan Zein dulu. Macam mana I sanggup buang hidup, keluarga, kerjaya I. Don't try my patience. You know me." ugut Jane.

Jane menatap tajam dengan riak serious ke arah Daniel yang sedang memandangnya.

'Daniel terdiam apabila mendengar kata-kata Jane yang penuh yakin itu'

"Fine!" Daniel akur tak mahu mengganggu Zein lagi kerana dia tak mahu kehilangan Jane sekali lagi.

Mereka berdua mendiamkan diri sehinggalah tiba di Villa.

Masing-masing membawa diri, membuat hal masing-masing.

*Bilik Daniel.

Daniel segera membuka dan menaip nama Zein di Google. Mencari setiap maklumat mengenai Zein dan Hotel Healington.

Bukan di telefon sahaja, di laptop kerjanya juga terpapar maklumat mengenai Zein.

Daniel seperti orang gila, menghabiskan masa di hadapan laptop dan telefon semata-mata kerana ingin tahu tentang Zein.

Orang-orang upahannya juga dikerah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam mengenai Zein. Demi mendapatkan maklumat terperinci itu, Daniel sanggup membayar orang-orang upahannya dengan harga tinggi.

Dia terlalu takut kehilangan Jane.

Dulu dia sedar akan kebodohan dirinya sendiri, tapi kini bila Jane sudah ada dekat dengannya, Daniel jadi lebih takut dan obses.

Kalau boleh, setiap masa, dia mahu berada dekat dengan Jane.

Setiap masa dia menerima maklumat mengenai apa yang dibuat oleh Jane. Kemana dia pergi, apa yang dia pakai hari itu. Daniel amat BERSYUKUR! kerana dia menyekat Jane telefon pintar mahupun laptop selama Jane tinggal bersamanya.

Telefon rumah yang ada pun Hanya disambungkan dengan pengawal Villa, Elaine, doktor peribadi mereka berdua Dan juga semestinya Daniel!

Elaine? Telefon dia? Semasa dia memulakan tugas atau melangkah masuk saja ke kawasan Villa, telefon pintarnya akan diambil oleh bodyguard di pondok jaga di hadapan Villa (sama seperti Jane). Sekiranya ada panggilan, bodyguard itu sendiri yang akan memberikan telefon Elaine sambil dipantau ketat. Tak mahu Ada kesilapan, tak mahu telefon pintar Elaine itu sampai ke tangan Jane.

*YUP!! Sampai macam tu sekali!

Tak pernah ke Jane cuba sorok2 call orang luar? Atau Elaine bantu Jane?

Banyak kali! Tapi gagal! Why?

Sebab security ketat!

Itu pun nasib baik, rancangan mereka berdua tak diketahui bodyguard ataupun Daniel.

CCTV? Bersepah! Kecuali dalam Villa (bilik Daniel? Of course Ada!). Masa mula-mula Jane tiba, bersepah CCTV dalam Villa tapi atas permintaan dan rayuan Jane, Daniel arahkan CCTV tersebut dibuang.

Sebab tu Daniel tak takut Jane lari. Sebab dia tahu ugutannya sebelum ni berkesan dan security villanya ketat.

But! Jane sekarang bukan Jane yang dulu!

Daniel sendiri dapat lihat perubahan pada diri Jane.

Jane semakin lama seakan tidak lagi takut dengan ugutannya.

Semakin berani.

Itu yang membuatkan dia takut. Takut Jane tinggalkan dirinya sekali lagi.

*Bilik Jane

Sebaik sahaja Jane membersihkan diri dan menyarung baju tidur, pintu biliknya diketuk berkali-kali berirama (seakan signal) perlahan.

(*ketukan\signal yang Hanya diketahui antara Jane dan Elaine)

Jane terus menarik tangan Elaine masuk ke dalam biliknya dan segera mengunci pintu.

"Did you get it Ela?" tanya Jane dengan suaranya diperlahankan.

'Elaine menghulurkan barang bukti yang diminta Jane'

"This.. Miss, I hope you hide this and the other one well. Please miss, this is too dangerous for both of us. This is not all about Sir Elan, but relates to the other dangerous people" pesan Elaine sambil mengenggam erat tangan Jane.

"Don't worry Ela.. this won't hurt you. But Ela, I hope you will help me to bring down Daniel evil deeds. Please..." mohon Jane.

Rayuan Jane itu membuatkan Elaine semakin goyah Dan takut.

Takut kehilangan Jane. Sepertimana dia kehilangan anak perempuan kesayangannya.

Elaine sangat sayangkan Jane.

Dulu, sewaktu Elaine muda (16 tahun) dia mempunyai seorang anak perempuan, tetapi malangnya anak perempuan kesayangannya mati dalam sebuah kemalangan semasa keluar bersiar-siar bersama-sama dengan bekas suaminya dan juga kekasih hati baru bekas suaminya (17 tahun).

Kemalangan itu terjadi disebabkan kecuaian bekas suaminya sendiri kerana terlalu kemaruk bergurau senda dengan kekasih hati semasa memandu pulang ke rumah Jane setelah pulang bersiar-siar, sehinggakan anak perempuan kesayangan Elaine (Annie Sofea) yang ketika itu berumur 8 tahun mati.

Pada Elaine, setiap kali melihat Jane, dia seakan melihat anak perempuannya.

'Annie.. are you happy now honey? Are you looking at me there?' bisik hatinya setiap kali Elaine termenung seorang diri melihat memandang langit.

*Waktu pagi di taman bunga Villa itu.

Jane sedang sibuk menyiram bunga-bunga kesayangannya.

Elaine yang sejak pagi tadi tidak terlihat memanggilnya dari jauh.

"Jane? Where are you?" jerit Elaine dari jauh.

"Here Ela! Garden!" sahut Jane.

Dengar saja sahutan itu, Elaine segera menolak troli yang berisi sarapan pagi buat Jane mendekati taman bunga itu.

"Jane, your breakfast here. Come sit with me please. You not having your breakfast today because of Sir EIan right?" pinta Elaine seperti seorang ibu yang sentiasa risaukan anaknya.

Jane meletakkan bekas siraman itu Dan segera mendekati Elaine yang menantinya dengan sarapan pagi.

"Sorry to bother you Ela. You don't have to bring all of this here. I can have it later." Jane serba salah melihat kesungguhan riak wajah Elaine yang kerisauan akannya.

"It's fine Jane. Actually, I want to eat with you. Can I?" kata Elaine sambil tersenyum manis sehingga lekuk lesung pipitnya timbul.

Jane terus menganguk mengiyakan.

Dia turut teruja gembira apabila Elaine, orang yang dia paling rapat dan sayang sepanjang berada di Villa itu mahu bersarapan pagi dengannya.

Mereka berdua bersarapan pagi sambil bergelak ketawa.

Haruman bunga-bungaan dan warna-warna bunga di taman itu membuatkan segala kekusutan, kerisauan Jane dan Elaine hilang begitu saja.

Daniel?

Selepas sahaja bersarapan sorang diri, dia terus keluar dari Villa.

Ofkoslah dia sentap!

Sebab Jane tak mahu bersarapan pagi dengannya.

Pagi nya bermula dengan mood yang tak baik.

Hmph! Kasihan pula pekerja-pekerja dia nanti.

Mesti terkena tempias.

*Okay. Bila Elaine dan Jane berdua. Mereka seperti ibu dan anak. Like that. Tapi bila dalam Villa, di tempat umum, di depan bodyguard, especially di depan Daniel.. Elaine akan hormati status Jane.

Apa akan jadi selepas ini? Dari mana Elaine dapat maklumat kerja kotor Daniel? Berjayakah rancangan Jane, Elaine dan Zein?

JH_Dreamcreators' thoughts