SALAH SIAPA
SEPERTI yang dijanjikan, hujung minggu itu Rasha, Amanda dan Devianna keluar bersama tapi terpaksa mengikuti cadangan yang diberi oleh Sagara. Hari itu mereka berjalan mengelilingi pusat membeli belah dan membeli baju baru untuk sambutan hari jadi Amanda keesokkan harinya.Devianna dan Rasha hanya mampu bersabar dengan kerenah Amanda yang sangat memilih dan cerewet tentang baju. Dia juga memilih baju yang harus mereka berdua pakai pada hari kejadian. "Sha, kamu coba dress ini ya dan Vivi coba yang ini." Dia menghulur dua dress yang berwarna 'baby blue' kepada kedua mereka.Warna yang sama cuma design yang berbeza. Mereka berdua pun menggantikan pakaian dan mencuba dress yang sudah dipilih Amanda tadi. Tidak sampai 5 minit, keduanya keluar dari 'fitting room'. Amanda menyuruh mereka berdua berpusing ala orang yang memperagakan pakaian.Dia kemudian mengangkat kedua ibu jarinya tanda setuju. "Finally!" Ujar Rasha dan Devianna serentak. Amanda pula tersengih. Setelah puas mencari baju, mereka dibawa oleh Amanda ke klinik perawatan muka dan setelah selesai mereka terus ke kedai makan pesisir pantai untuk makan malam.Selesai membuat pesanan, mereka melepaskan nafas berat. Penat agaknya. Devianna yang duduk berhadapan dengan Rasha dan Amanda merasa sesuatu yang agak pelik. "Sha, Mand, cowo itu kok dari ngeliat ke arah kita. Apa aku salah?"Rasha dan Amanda pun berpaling, melihat kearah yang di tunjuk Devianna. "Oh, itu! Kamu ga salah kok. Emang dia lagi ngeliat kita. Kok ada sih orang gila itu disini." Muka Amanda dan Rasha berubah setelah melihat Danial disana. "Husnuzon saja lah, kebetulan mungkin." Kata Rasha."Tapi feeling aku ga enak deh. Emang dia siapa?" Devianna mengeluarkan telefonnya dan kemudian mengambar Danial dan menghantar gambar itu kepada Argion. Amanda juga mengeluarkan telefonnya kemudian menghantar pesanan kepada Sagara dan Iefan supaya mereka datang ke tempat itu.Rasha mengeluh. "Menyusahkan saja." Dia juga sebenarnya risau diganggu lagi oleh lelaki tak guna itu. Amanda memandang Devianna yang tertanya-tanya. "Itu mantannya Rasha yang selingkuh bareng Lydia. Terus hingga sekarang suka banget gangguin Rasha. Sha, aku ngerasa dia ngestalk kamu deh. Ga mungkin cuma kebetulan. Udah berapa kali dia selalu tiba-tiba ada dimana kita pergi.""Aku pun taktahu lah." Rasha sekali lagi mengeluh. Dan benar saja, lelaki itu tiba-tiba bangun menghampiri mereka. Berdiri tepat dihadapan Rasha. "Sha, I want to talk with you." Dia merenung Rasha berharap Rasha mahu untuk dibawa berbincang.Rasha membuang pandangannya. "I don't want to. Kau ni, apa masalah kau? Kau stalk aku ke? Kat mana aku ada, kat situ lah kau." Danial laju menggeleng. "No, Sha. Sebab tu saya nak bercakap dan berbincang dengan awak. Please. Sekali ini saja.""Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap aku taknak, aku taknak lah!" Semakin tinggi suara Rasha tapi masih cuba mengawal kerana disana ramai orang. Risau pula orang melihat mereka bergaduh disana seperti orang tiada akhlak.Danial mendengus kasar. "Fine, kalau awak taknak saya bagitahu disini saja. Di depan adik kepada lelaki yang awak gilakan sangat tu." Amanda mengerut dahinya. Apa pula kaitan dengan dirinya dan abangnya? Apa rancangan lelaki gila ini?Danial kemudian mengeluarkan telefonnya kemudian meletakkan telefon itu diatas meja makan. "Tengoklah! Tengok puas-puas. Lelaki yang awak gilakan tu tak da lah baik manapun. Disebabkan dia, saya dan Lydia putus dan Lydia sekarang pregnant. Pregnantkan anak Sagara."Rasha dan Amanda mengerut dahi setelah melihat gambar itu. Gambar Lydia dan Sagara diatas katil dan separuh dari badan tertutup dengan selimut. Gugur jantung Rasha melihat gamabr itu. Tapi semua itu tidak mungkin! Selama ini apa saja yang dilakukan oleh Sagara, dia pasti tahu kerana lelaki itu tidakpernah ketinggalan untuk mengabarinya."Kau ingat aku bodoh ke nak percaya gambar yang kau edit ni?!" Rasha menengking Danial. Danial berdecak. "Awak nak bukti apa? Nak saya call Lydia sekarang? Untuk buktikan kat awak yang gambar ni semua dan apa yang saya cakap semuanya betul.""Iya! Telfon aja. Siapa takut." Balas Sagara yang tiba-tiba muncul disitu bersama tiga orang kawanya yang lain. Danial melepas nafas kasar. Sagara kemudian menarik kolar bajunya. "Ayo dong, ditelfon! Kok malah bengong." Kata Sagara tanpa melepaskan Danial. Danial yang pendek dari Sagara, sedikit menjengket.Danial menolak tangan Sagara, dan kemudian mengambil telefonnya lalu menghubungi Lydia. Tidak lama, panggilan itu pun terjawab. "Lyd, disini ada Sagara, Rasha dan yang lain, jelaskan semua."Dia membesarkan suara telefonnya suapay semua yang disana mendengar kata-kata Lydia. "Aku hamil. Anak Sagara dan gambar itu benar. Kalau Gara ga ingat, waktu itu birthday party Jason. Aku mabuk, Sagara juga. Dan akhirnya, kita terlanjur."Rasha cuba mengingati. Memang benar, Sagara ada meminta izin untuk ke majlis itu bersama kawan-kawan lain. Tapi seingatnya, tidak sampai jam 12 tengah malam Sagara pulang terlebih dahulu dan kemudian membawanya ke warung berdeketan kerana lapar."Bodo amat! Gini ya Lydia, kalau mau bikin cerita itu biar logic dong! Gue aja pulang awal waktu birthday party Jason dan seinget gue, gue ga mabok. Udah bego, gila lagi. Taubat deh lo!" Jawab Sagara.Lydia dan Danial kehilangan kata. Lydia memadam panggilan itu dan Sagara kembali menarik kolar baju Danial kemudian melepaskan satu tumbukan kuat di muka Danial. "Cukup ya! Kesabaran gue udah habis. Lo, bakal gue aduin ke admin kampus. Gue udah cukup bukti kalau lo selama ini nyontek hasil senior untuk semua assignment lo dan bukan cuma itu, gue bakal nyari bukti kalau lo ngehamilin Lydia. Hidup lo ga bakal tenang!"***SETELAH pulang, Sagara mengajak Rasha untuk bertemu di padang basket. Sagara duduk disana, diam. Rasha berjalan sendiri dari rumah ke padang itu. "Kenapa tak tunggu Rasha?" Tanya setelah sampai disana.Sagara tersenyum kelat. "Aku khawatir. Khawatir kamu marah sama aku dan ga percaya aku." Jawabnya kemudian menunduk. Rasha mengusap lembut kepala Sagara, seperti yang Sagara selalu lakukan kepadanya."Abang, Rasha percaya dengan abang. Takkan lah tak percaya, ketara sangat mereka berdua menipu." Rasha cuba memujuk. "Lagipun, abang bukan orang yang suka minum minuman keras. I know you lah!" Dia kemudian mengenggam tangan Sagara. Sagara tersenyum, dan sedikit lega. Nasiblah Rasha mempercayainya.Sagara mengeluarkan satu kotak kecil dari poketnya kemudian menghulurkan kotak itu kepada Rasha. "For you." Katanya singkat. Rasha mengambil kotak itu membukanya. Seutas rantai yang buahnya 'custom made' berinisial AR. "Cantiknya! Bila abang beli?""Aku custom order waktu kita jalan nyari hadiah Amanda terus aku ambil tadi. Itu inisial nama kita. Aditya dan Rasha. Ini bukti kalau aku serius. Anggap aja ini sama kayak promise ring. Aku ga mau beli cincin karna kamu ga suka jadi aku beliin rantai aja." Jawab Sagara panjang lebar.Rasha mengeluarkan rantai itu kemudian memberikan kepada Sagara. Sagara menyambut, dan kemudian memasang rantai itu dileher Rasha. "Terima kasih ya, abang. Rasha suka." Kata sambil tersenyum dan memegang buah rantai itu. "Mesti mahal kan?" Sambungnya.Sagara mengeleng. "Kalau buat kamu, semuanya ga mahal." Jawab Sagara kemudian mencuit hidung munggil Rasha. "Jangan pernah dilepas ya, sampai suatu hari nanti aku udah beliin kamu cincin nikah dan rantai nikah." Dia menyambung. Rasha menangguk sambil tersenyum malu. Mukanya berubah kemerahan sedikit."Jadi, abang dah tanda Rasha. Macam mana Rasha nak tanda abang pula? Hm..." Rasha meletakkan tangannya di dagu tanda berfikir. Sagara ketawa kemudian mencubit lembut Rasha. "Kamu tuh gemes sekali. Geram deh. Aku juga punya, tapi cincin. Liat." Dia menunjukkan jarinya manis kepada Rasha.Rasha menilik cincin tersebut. "Wah! Abang engraved ke?" Tanyanya setelah melihat di permukaan cincin itu ada insial nama mereka cuma diterbalikkan, RA. Sagara kemudian mengangguk. "Iya, aku beli ditoko yang sama. Juga dari bahan yang sama dengan rantai kamu. Jadi, ini tandanya kalau Rasha punya Aditya."Rasha ketawa. "Ada-ada saja!"Sagara menarik tangan Rasha kemudian mengenggam tangan itu. "Sha, nanti kalau kamu udah selesai kuliah dan waktu itu aku udah ada career ku kita nikah terus ya?" Rasha menatap Sagara, tidak dapat berkata-kata."Ga usah khawatir, aku udah bilang ke keluarga mu. Dan kata mereka, terserah kamu yang penting waktu itu kamu udah lulus kuliahnya dan aku udah punya pekerjaan. Itu ja syarat dari mereka. Keluarga ku, aku udah tanya oma dan Amanda. Mereka yang penting. Mereka setuju. Mereka suka kamu. Gimana mau ga?"Rasha cuba membetulkan kedudukannya. "Bila masa pula abang call ibu dengan ayah?" Sagara tersenyum. "Sebelum aku ngajak kamu pacaran aku udah telfon mereka dan minta izin. Terus minggu lalu juga, sehari setelah aku order rantai dan cincinnya. Persedian awal, sayang.""Tapi abang dapat ke tunggu Rasha? Abang dah nak habis kuliah tinggal satu sem saja lagi. Rasha pula masih ada satu tahun setengah." Tanyanya untuk kepastian sebelum membuat Keputusan untuk bersetuju atau tidak dengan ajakan Sagara.Tangan Sagara kemudian beralih ke kedua belah pipi Rasha. "Jangankan satu tahun, sepuluh tahun pun aku sanggup kok nungguin. Yang penting, orang itu kamu." Jawabnya cuba meyakinkan Rasha. Rasha akhirnya mengangguk. "Baiklah, lepas kuliah kita nikah tapi ada syaratnya."Sagara mengangkat keningnya. "Apa, sayang?" Rasha senyum menunjukkan giginya yang tersusun kemas. "Abang tak boleh halang Rasha kalau Rasha nak bekerja. Boleh?" Sagara menghembus nafas lega. "Aku pikir apa. Kalau soal itu, aku ga pa-pa sayang. Aku ga nyekat apa pun kemahuan kamu kecuali kalau itu salah.""Hehe... Ok! That's it. Dah jom balik. Dah lewat. Esok kita semua sibuk ya merayakan ulang tahun princess Amanda." Rasha mengajak mereka balik. Dia berdiri kemudian menghulurkan tangannya ke Sagara. Sagara menyambut dengan senyuman manis dibibir. Mereka berdua berjalan beriringan menuju kerumah masing-masing.***PETANG itu kecoh rumah dua anak dara itu, termasuklah Devianna yang menginap disitu semalam. Mereka bersiap menggunakan gaun yang mereka beli semalam, dan masing-masing sibuk berdandan. Para lelaki pula sudah tadi meninggalkan perkarangan rumah menuju ke restoran yang sudah ditempah oleh Iefan untuk menyambut hari jadi Amanda.Mereka ke sana terlebih dahulu kerana ingin mengambil kek dan sekaligus menghias sedikit bilik yang yang mereka tempah. Tepat jam 7, ketiga anak dara itu pula yang meninggalkan perkarangan rumah. Devianna menawarkan diri untuk memandu kereta Amanda ke sana."Vi, benar ini jalannya?" Tanya Amanda setelah mereka menuju kearah lain. Devianna mengangguk. "Benar kok. Ini jalan pintasnya." Kata Devianna bersahaja. Mana mungkin Devianna tidak tahu susur jalur di Bali sedangkan dia memang anak kelahiran Bali. Rasha yang duduk di kerusi penumpang belakang hanya mendiamkan diri.Dia kemudian memberi 'live location' kepada Sagara. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati. Sepanjang perjalanan Amanda seakan gelisah. "Kok kerasa jauh sih Vi? Bukannya kamu bilang ini shortcut ya?" Tanyanya lagi ke Devianna."Benar kok Mand, eh bentar. Aku tiba-tiba pengen pipis. Ga pa-pa kan kalau kita singgah dulu di kedai itu? Aku mau minjam toiletnya." Tanya Devianna. Amanda dan Rasha hanya mengangguk. Mereka pun berhenti di sana.Yang mengejutkan, Devianna berhenti di tengah jalan bukannya di siring jalan atau berdekatan dengan kedai itu. Devianna segara turun dari kereta kemudian berlari ke seberang jalan, dimana kedai itu berada. Rasha dan Amanda gelabah, melihat kereta mereka diberhentikan oleh Devianna di tengah jalan.Belum sempat melepaskan tali pinggang keselamatan, tiba-tiba truk dari arah depan dengan laju menghampiri kereta mereka dan kemudian,BRUUKKK!!!