webnovel

Kasih Yang Hilang 1

KYH 1 (Dugaan)

Eisha berjalan kaki menuju kerumahnya, setelah habis waktu persekolahan, Eisha terus pulang ke rumah tanpa berfikir panjang. Semasa perjalanan pulang Eisha terserempak dengan Maira dan kawan kawannya. Eisha sedaya upaya mengelakkan dari bertembung dengan mereka kerana takut mereka membuli Eisha.

Tetapi malangnya, Laila ternampaknya kelibatnya dan menghalang perjalanannya sambil mendepa tangannya bagi menghalang laluan.

"Ehhh, nak pergi mana tu?," soal Maira sambil memakan lolipop dimulutnya.

"Eh,budak nerd ni jalan kaki harini ye? Mana basikal kau?," soal Laila

"Opsss, terlupa! Mak dia tak mampu membeli basikal barunya," kata Jaja salah seorang rakai maira

Mereka ketawa dengan keadaan dirinya dan menarik tudung kepunyaan Eisha sehingga menampakkan anak rambutnya dan menyepahkan buku buku yang dibawa oleh Eisha.

"Kau ingat! Semua guru guru suka dekat kau? Kau boleh berlagak dengan kami?," soal Maira sambil memegang baju eisha

Lalu menolak eisha jatuh ke dalam Lopak, pakaian Eisha menjadi kotor dan berlumpur. Maira dan rakan rakanya ketawa dan meninggalkanya disitu tanpa menolongnya kembali.

Eisha pulang kerumah dengan pakaian begitu dan dilihat oleh ibunya.

"Ya Allah icha, kenapa baju ni?," soal ibu dengan kerisauan

Eisha menangis lalu terduduk disimen berdekatan dapur itu

"Kenapa ibu? Kenapa mereka buat icha macam ni? Apa salah icha ibu?," mengadu eisha didalam hati

"Icha, cuba bagi tahu ibu, apa sebenarnya yang terjadi?," soal ibu lagi

Eisha cuma mampu menangis dan menangis kerana dia tidak mampu untuk mengatakan hal itu dan dia bernasib baik kerana bukunya tidak terkena lumpur itu.

Setelah selesai mandi, Eisha turun ke bawah untuk makan malam, walaupun dia anak tunggal, dia memahami kepenatan ibunya berkerja seharian. Sejak kematian ayahnya beberapa bulan yang lalu, Eisha semakin mendiamkan dirinya, tidak berbual dengan orang lain, buat hal sendiri dan kerap meminggirkan dirinya sendiri.

Eisha belajar bersungguh sungguh sehingga dia mampu meraih keputusan yang cemerlang didalam percubaan SPM. Ibunya sangat bangga dengan pencapaian Eisha dan mendoakan agar keputusan SPM nanti cemerlang sebegitu. Eisha tersenyum dengan kata kata ibunya. Dan memeluk ibunya.

****

Eisha bangun dari tidurnya dan bersiap siap untuk pergi kesekolah kerana harini adalah hari terakhir peperiksaan SPM. Eisha bersemangat untuk pergi dan mengambil sarapan dan mencium ibunya.

Eisha sampai kesekolahnya pada pukul 7:30 AM dan peperiksaan bermula 8:30 AM. Eisha duduk di tempat yang tersorok supaya tidak terserempak dengan sesiapa untuk mengelakkan orang itu menganggunya.

"Mana icha erk? Sejak kematiaan ayahnya, icha dah banyak berubah, dia seakan akan tidak mahu rapat dengan kita," soal Lisa

Amir dan Ana pun rase begitu, mereka mencari eisha dan terlihat eisha duduk dibawah tangga berdekatan laluan masuk ke pejabat. Lisa,ana dan amir menyapa eisha. Eisha hanya mampu tersenyum dan mereka belajar bersama sama sementara menunggu panggilan untuk masuk ke dalam dewan.

Lisa hanya memandang muka eisha yang kusut itu lalu memegang tangannya sambil tersenyum. Eisha seakan akan faham dengan riak wajahnya. Setelah habis peperiksaan eisha pulang dan menuju kerumahnya sambil ditemani rakan rakanya. Dia memberi salam dan tiada siapa yang menyahut panggilannya.

Eisha berasa pelik dan cuba untuk membuka pintu rumahnya tetapi tidak boleh.

Rakan rakannya cuba untuk membukanya juga tidak boleh.

"Ichaaaa!!!! Mak kauuu!!!!," Jerit Amir

Eicha bergegas menuju ke suara amir dan melihat ibunya terbaring didapur sambil berlumuran darah dibadanya. Eisha menyambut ibunya dan menangis supaya ibunya bertahan.

"Lisaa call polis dan ambulance!! Cepattt!!!," jerit eisha

Lisa pergi ke ruang tamu dan menelefon polis dan ambulance.

Polis sampai di tempat kejadiaan dan polis menyiasat keselurah kes tersebut. Ibu eisha dimasukkan kedalam hospital kerana keadaan ibunya masih lagi bernyawa dan dimasukkan ke wad ICU. Eisha trauma dengan apa yang berlaku dan takut kehilangan ibunya itu.

"Keluarga puan Ainun bin ismail?," jerit doktor

Eisha bergegas bangun dan pergi ke arah doktor.

Doktor menerangkan apa yang berlaku dan ibunya terselamat tetapi masih lagi dalam keadaan yang tak sedarkan diri. Dan berkemungkinan ibunya akan koma. Eisha terkejut mendengar perkara itu dan terduduk seketika.

Setelah beberapa minggu kemudian,

Polis dapat mennangkap orang yang cuba untuk membunuh ibunya itu iaitu seorang penagih dadah yang cuba masuk ke rumahnya untuk merompak dan cubaan membunuh. Eisha tinggal dirumah neneknya dikampung. Neneknya sangat menyayangi eisha kerana eisha adalah cucu tunggalnya.

Eisha tinggal disitu bersama ibunya yang lumpuh separuh badan dan juga mengalami stroke akibat pukulan dikepalanya. Keputusan SPM akan diumumkan pada 23 mac ini, dan Eisha masih lagi mencari duit dengan bekerja di sawah milik neneknya.

Eisha ingin menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur dalam bidang peguruaan, Eisha ingin menjadi pensyarah di Universiti. Eisha mengumpul duit dari hasil menuai padi dan beberapa kerja yang lain.

Walaupun keluarganya mampu untuk menanggung pembelajaran eisha tetapi dia taknak membebankan mereka. Nenek eisha mempunyai sawah seluas 10 ekar dan tanah rumah itu walaupun ia diatas nama eisha, eisha sangat berhati hati ketika menyebut pasal tanah tanah itu kerana ia adalah harta pusaka yang harus dia jaga.

Keputusan SPM sudah keluar, Eisha mendapat Straight A+ dalam mata pelajarannya itu bersama sama rakan rakanya juga mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Eisha Hanya mampu melihat keputusan itu melalui online kerana dia berada dikampung dan sangat jauh untuk pergi ke bandar semata mata mengambil keputusan spm itu.

Lisa menolong Eisha dengan mengepostkan keputusan eisha itu bagi menggelakkan dia ketinggalan jauh. Rumahnya dibandar telah dia jual untuk membayar kos perubatan dan pembedahan ibunya itu. Mereka masih beruntung mempunyai nenek yang masih kuat dan mampu bekerja.

******

Kini eisha berada di KL untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti dalam bidang peguruan. Eisha masih lagi kekok bila bertemu dengan orang baharu disekeliling itu.

Eisha bertemu beberapa rakan baharu nya iaitu Nur dan Sarah. Mereka juga berasal dari kampung. Eisha seronok kerana kampung mereka sangat dekat dengannya dan memudahkan mereka untuk pulang kerumah nanti.

Mereka bertiga mendapat dorm yang sama dan menjadi kebetulan, mereka sangat seronok dan bermula kehidupan mereka sebagai pelajar universiti. Eisha dan rakan rakanya keluar membeli sedikit barang untuk bilik mereka seperti penyapu, pewangi bilik, dll.

Mereka pulang sebelum pukul 10 malam dan kelihatan letih dan merehatkan diri mereka sebelum orentasi bermula minggu hadapan. Mereka solat bersama dan makan setelah itu mereka tidur akibat kepenatan dalm mencari barangan rumah.

*****

KYH 2(Ekspedisi)

"Baiklah, u Guys know that today adalah orentasi kita kan?," soal Pelajar senior sambil mencekak pinggangnya

Mereka semua mengangguk faham dengan kata kata senior itu. Mereka semua di tugaskan membuat kumpulan dan melakukan aktiviti berkumpulan diikuti dengan aktiviti solo.

Tiba tiba pintu dibuka dan semua pelajar memandang ke arah senior tersebut.

"Mari saya kenalkan senior yang paling hensem iaitu daniel," kata senior Reza itu

Daniel hanya mengangkat tangannya sebagai tanda hai kepada semua pelajar.

"Hensemnya dia weyyy!!," kata beberapa pelajar perempuan

Rambutnya yang kemas dan tinggi dan bergaya itu menjadi ciri ciri lelaki idaman wanita lain. Senyuman yang menawan dan gigi yang tersusun itu membuatkan lagi hati para wanita melayang. Nur dan sarah gembira melihat itu tapi tidak pada Eisha yang hanya memikirkan keadaan ibu dan neneknya dikampung.

Eisha hanya membisu sepanjang masa, hidup dengannya seperti kera sumbang yang tidak tahu tentang dunia luar dan tidak reti dalam menguruskan pelbagai jenis sosial. Eisha seperti gadis introvert yang tidak mahu bergaul dengan dunia luar. Eisha memerhati sekeliling itu dan dia berasa gugup kerana ini kali pertama dia berada di tempat yang terbuka dan dipenuhi orang.

Sara,nur dan Eisha berada didalam satu kumpulan sepatutnya empat orang tetapi satu orang akan mengetuai pasukan tersebut iaitu senior kepada pelajar yang lain. Ramai memilih daniel untuk dimasukkan ke dalam kumpulan mereka termasuk sara dan nur.

Eisha memerhati sekeliling, dia rase seakan ingin lari dari semua ini, dia tidak suka situasi sebegini. Daniel mengetuai kumpulan wanita lain. Manakala kumpulan Eisha diketuai oleh Senior Rina seorang gadis yang sangat periang dan baik hati.

"Okay, memandangkan saya group dengan awak awak semua, saya nak awak semua percaya dengan saya." Kata Senior Rina dengan semangat

Sara,nur Dan Eisha bersemangat mendengarnya dan ketawa bersama sama

"Sebelum kita memulakan kita punya aktiviti akan datang, saya kenalkan diri saya, Saya Riana Dato Mukhriz, saya pelajar bidang Arkitek," kata Senior Rina

"Saya dah berpunya ya, jangan bagitau sesiapa tauuu," bisik senior Rina sambil ketawa

"Milik siapa Senior rina?," bisik nur kepada senior rina

"Ituuu," kata senior rina sambil menunjuk ke arah Senior Reza

"Oooo," balas mereka

"Senior rina, saya nak tanya," soal Sara dengan nada manja.

"Silakan," kata senior rina sambil tersenyum

"Senior Daniel itu sudah berpunya?," soal Sara itu

Senior Rina ketawa bila mendengar pertanyaan sara itu..

"Senior Daniel itu suka tukar tukar pasangan dalam masa beberapa bulan sahaja, dia itu playboy," bisik Senior rina sambil ketawa

Mereka mengangguk faham. Senior rina melihat eisha yang mendiamkan dirinya

"Awak siapa nama?," soal senior rina

"Saya eisha," balas eisha dengan ringkas

"Awak okay? Awak seakan akan tidak mahu berborak dengan kami?." Soal Senior rina

"Bu-bukan begitu, Sa-saya tak tahu nak berborak apa," balas Eisha yang tergagap itu

"Maaf tanya, awak memang gagap ke?," soal senior rina kembali kerana ingin tahu.

"Tidaklah senior, Eisha memang macam ini kalau terlalu ramai orang disekelilingnya," backup Nur dan sara

Senior rina tersenyum dan ketawa sedikit melihat tingkah mereka. mereka memulakan aktiviti solo didalam kumpulan mereka sebelum membentuk aktiviti berkumpalan di luar kampus.

Setelah 4 jam membuat aktiviti tersebut,

"Baiklah, kita boleh balik ke dorm masing masing, esok pagi kita akan memulakan aktiviti orentasi kita di hutan." Balas senior Rina

Mereka mengangguk faham dan kembali ke dorm mereka. Senior Rina memandang ke Arah Eisha itu melihatnya seakan akan ingin mengenali lebih lagi tentang Eisha.

"Alangkah baiknya jika Diana berada disini," luah Senior Rina dalam hatinya yang merindui adiknya, umur Diana sebaya dengan Eisha dan rakan rakannya.

Senior Rina mengeluh panjang bila mengenangkan adiknya yang mati akibat kes langgar lari itu, itu perkara yang membawa kemarahan dalam dirinya. Eisha berada di kerusi berdekatan dengan dormnya itu. Sambil memikirkan keadaan ibunya dan neneknya itu.

"Alangkah baik jika mereka ada dekat dengan aku," rintih Eisha

"Eisha,apa kau buat dekat luar ini?," soal nur yang tiba tiba muncul

"Tiada apa apa, saje ambil angin malam," balas Eisha sambil tersenyum.

"Jom tido, esok kita ada aktiviti didalam hutan, mesti best kan?," balas Sara yang excited itu

Eisha mengangguk dan sedikit ketawa melihat tingkah laku mereka dan mereka berlalu pergi masuk tidur.

*****

"Baiklah,ini adalah tugasan pertama anda! Kalian mesti mengikuti laluan yang disediakan didalam hutan. Ingat! Jangan terpisah dengan ahli kumpulan anda. Dan Ketua! Pastikan anak anak buah anda berada berdekatan dengan anda dan elakkan berubah laluan! Faham?!," kata senior Reza Dengan tegas

"Faham!!," balas semua pelajar.

"Okay baiklah, kita xperlu bawak banyak barang sebab expedisi ini mungkin akan berakhir dalam 1 hingga 2 jam sahaja." Kata Senior Rina

Mereka mengangguk dan membekalkan sedikit makanan, keperluan kesihatan dan beberapa alat mendaki. Eisha kelihatan agak tenang pada hari itu tetapi dalam masa yang sama dia berasa tidak selesa kerana ada sesuatu yang bermain dimindanya.

Dia berasa tidak sedap hati tetapi dia tidak meluahkan perkara itu bagi menggelakkan semangat rakan rakannya jatuh. Mereka sangat gembira dengan expedisi ini. Ia merupakan pengalaman baru bagi eisha seorang gadis introvert yang tidak menyukai aktiviti luar seperti orang lain.

Orang mungkin menggelarkannya sebagai kera sumbang kerana tidak bergaul tetapi ia lebih menyukai perkara itu kerana dia tidak perlu rungsing memikir hal orang lain.

"Eisha!," panggil senior Rina

Eisha tersentak dari lamunannya itu bergegas ke arah senior dan memulakan expedisi itu.

Mereka memulakan perjalanan dengan bismillah dan berdoa supaya selamat sampai di tempat penamat.

******

"Senior daniel," panggil seorang gadis

"Ya?," balas senior itu

"Senior dah berpunya?," kata gadis itu lagi

Senior Daniel hanya ketawa terbahak bahak mendengar soalan gadis itu.

"Kenapa? Nak jadi pasangan saya ke?," soal senior daniel dengan pandangan yang menggoda itu.

Gadis gadis disitu malu dengan pandangan senior daniel itu.

"Didepan ada jurang yang agak besar, jadi kalian kene berpegangan tangan untuk mengelakkan terjatuh." Kata Senior daniel itu

Gadis gadis itu berebut untuk memegang tangan senior daniel itu. Senior itu berasa pening kepala dengan tingkah mereka.

*****

"Senior, kenapa kita tak nampak anak panah?," soal Nur yang agak cuak kerana mereka berjalan hampir 2 jam lebih.

Senior mengangguk tanda setuju kerana dia juga tidak melihat apa apa tanda disitu. Membuatkan mereka sedikit cuak dan berasa takut.

"Arghhh," jerit senior rina yang hampir terjatuh di jurang tinggi itu.

senior rina itu bernasib baik kerana tangannya sempat disambut oleh Eisha. Mereka sama sama menaikkan senior itu ke atas tetapi malangnya kaki senior rina itu terluka akibat tertusuk kayu.

Senior rina dalam kesakitan, nur dan sara sedikit cuak melihat itu dan eisha membuka begnya dan mengeluarkan kit perubatan dan Eisha berjaya mengeluarkan kayu tersebut dan eisha meletakkan sedikit alkohol dan antiseptik disekitar di bahagian kaki Senior rina bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Keadaan senior bernasib baik kerana tidak parah dan darah dapat diberhentikan dengan cepat dan membalut luka itu dengan segera Mereka berehat seketika bagi mengumpul tenaga dalam badan.

Eisha menghulurkan makanan kepada mereka dan dimakan oleh mereka dan sedikit minuman. Senior rina ketawa sedikit kerana dia berfikir dia akan mati. Dia mengucap terima kasih kepada Eisha dan rakan rakannya.

Senior tidak boleh berjalan itu di gendong oleh Eisha sambil di bantu oleh rakan rakannya. Mereka berjalan dan terus berjalan sehingga mereka terjumpa tempat akhir mereka. Pelajar pelajar lain terkejut melihat keadaan mereka yang berlumuran darah. Senior rina tersengih sambil menunjukkan peace yang digendong oleh Eisha itu.

Senior reza datang mendapatkan mereka dan meminta eisha untuk menurunkan senior rina tetapi eisha tidak bagi, mengatakan biar dia membawa senior rina ke medic. Senior rina juga setuju dengan kata kata eisha dan mereka berjalan menuju ke medic kampus. Eisha duduk di kerusi rehat disitu setelah menghantar Senior rina itu ke medic.

Senior reza dan senior daniel datang mendapatkan mereka dan menanyakan apa yang terjadi. Sara dan nur menceritakan apa yang terjadi. Eisha berlalu pergi dari situ dan menuju ke tandas berdekatan disitu.

Doktor keluar dari medic kampus itu.

"Bagaimana keadaan Rina doktor?," soal Senior Reza mereka juga menunggu jawapan dari doktor itu.

"Nasib rina sangat baik, kalau tidak dirawat dengan cepat tadi, berkemungkinan rina mudah dijangkiti kuman, tetapi itulah, boleh saya tahu siapa yang merawat Rina sebelum sampai kesini?," soal Doktor

"Kenapa doktor? Gadis itu pergi ke tandas," balas nur

"Cara dia membersihkan luka dan cara dia mencabut bendasing dari kaki rina sangat baik, seperti pelajar perubatan," balas doktor

"Tetapi dia hanya pelajar peguruan sahaja doktor," balas Sara

"Perguruan? Alangkah baik Kalau dia ambil bidang Medical adalah satu kejayaan baginya kerana cara dia mengubati sangat baik," balas doktor sambil tersenyum dan meminta izin untuk berlalu dari situ.

"Ehhh, itu bukan eisha ke?," soal sara sambil menunjuk kearah luar, mereka memandang kearah eisha yang duduk sendirian di bangku kampus itu.

"Takpe, korang pergi check kawan korang dahulu, saya dengan daniel nak tengok rina, baru kami berjumpa eisha," balas Senior reza.

Sara dan nur mengangguk faham dan berlalu pergi.

"Bagaimana keadaan senior rina?," soal Eisha sambil memandang ke arah nur dan sara.

"Dia baik baik sahaja," Balas Sara

"icha, Macam mana kau tahu tentang perubatan?," soal nur kebingunggan

Eisha hanya tersenyum dan mendiam kan dirinya dan memandang ke arah taman permainan itu.

"Terima kasih eisha kerana menolong senior rina," kata Senior reza yang tiba tiba muncul bersama senior daniel.

Eisha masih mendiamkan dirinya dan bingkas bangun dan membongkokkan badannya sebagai tanda sama sama dan berlalu dari situ.

"Saya minta maaf ya senior berkaitan dengan Eisha, dia tidak selesa dengan lelaki," balas Sara

"Okay tak apa saya faham," balas senior reza sambil tersenyum. Perilaku eisha itu dilihat oleh Senior daniel.

"Dimana eisha?," soal Senior rina yang mencari cari eisha

"Apa kata awak rehat dulu, Eisha dekat dalam dorm dia," balas Senior reza

"Awak perasan tak? Perangai eisha itu?," soal Senior rina

Senior reza mengangguk faham apa yang dikatakan oleh senior rina.

"Dia seperti arwah Diana," balas senior reza.

Rina hanya memandang ke luar jendela dan dan mengenangkan pemergian arwah adiknya itu. hanya reza mengetahui apa yang berlaku terhadap adiknya.

Terima Kasih kerana membaca siri terbaharu ini, Ini Merupakan Novel pertama setelah cerita pendek. KYH akan di lancarkan pada tahun ini dan saya akan hantar next chapters dalam beberapa jam lagi. Semoga pembaca sihat sentiasa.<3

.

.

.

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Like it ? Add to library!<3

Nismdhcreators' thoughts