webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Xiao Yuqing (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Suasana malam sangat tenang bagaikan air dan seorang lelaki berdiri di sebelah katil dan memandang dingin gadis yang sedang tidur di atas katil itu. Matanya berkilau dan bersinar lembut. Dia perlahan hulurkan tangannya dan cuba untuk menyentuh wajah gadis itu. Ketika ia sudah sangat dekat dengan wajah gadis itu, matanya tiba-tiba terbuka dan cahaya tajam berkilau di udara.

Lelaki itu menjadi kaku dan ketika dia hendak cuba melarikan diri, dia dapat rasa pedang panjang sedingin ais di lehernya.

"Saya sangka kamu orang yang dihantar Isteri Agung Ling, jadi saya sengaja berpura-pura tidur untuk tengok apa niat kamu. Tapi kamu cuba untuk mengambil kesempatan terhadap saya?"

Cahaya dingin berkilau pada mata Yun Luofeng dan dia merenung dingin lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Malam itu sangat gelita dan tiada sedikit cahaya pun di dalam bilik itu. Oleh itu, Yun Luofeng hanya nampak bayang bentuk tubuh lelaki itu…

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com