webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Tujuan Yun Luofeng

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kita hendak ke mana, orang tua?"

Ditarik oleh orang tua kecil itu, Lin Ruobai hanya mampu dengar bunyi angin lalu di telinganya. Rambutnya kusut dan berhambur di depan mukanya.

"Mari pergi ke Keluarga Tian!" Orang tua kecil itu mengetap giginya ketika berkata begini.

Lin Ruobai yang tadi menikmati makanan dan dengar perbualan orang di tingkat bawah, kebingungan mendengar kata-kata orang tua kecil itu. "Bukankah kamu kata yang kamu ada hal lain? Kenapa sekarang kita pergi ke Keluarga Tian?"

"Bangsat-bangsat Keluarga Tian telah buat guru kita marah! Saya akan pergi bantu Cik Yun!" Tian Ya tidak berniat untuk pergi ke Keluarga Tian begitu awal, tetapi orang-orang Keluarga Tian terlalu berani sehingga membuat Yun Luofeng marah!

Tian Ya harus pergi ke sana sekarang!

"Tapi…" Lin Ruobai menghulurkan tangannya ke arah rumah penginapan itu dan hampir menangis. "Makanan saya… paling tidak biar saya bawa makanan saya, huuhuu…"

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com