webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Tuan Tua Keempat yang Tragis (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar nama Pavilion Perubatan, tuan ketua itu akhirnya memilih untuk percaya pada Yun Luofeng. Sambil merenung Tuan Tua Keempat, dia berkata dengan dingin, "Tuan Tua Keempat, berani sungguh kamu! Saya suruh kamu bersikap sopan dengan orang-orang Kelaurga Yun. Tetapi kamu sanggup cederakan Yun Qingya? Saya ingin lihat bagaimana kamu hendak jelaskan perkara ini kepada ayah saya bila dia pulang nanti!"

Tuan Tua Keempat mendengus, "Yun Qingya berniat buruk dan cuba untuk menggoda Ning Xin! Kalau bukan disebabkan dia juga, Ning Xin tidak akan tercedera, jadi saya cuma terlalu marah…"

Pak!

Sebelum dia sempat habis bercakap, lelaki pertengahan usia itu sudah menampar dia dengan kejam lalu membuat dia pening dan ternampak bintang dengan tamparan ini.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com