webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Tragedi Tuan Tua Keempat (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Tuan Ketua Ning menggerakkan bibirnya hendak mempertahankan dirinya, tetapi dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Lagipun, apa yang Ning Xin katakan itu benar. Jika bukan disebabkan ayahnya tidak setuju Ning Xin berkahwin dengan Ning Yuan, mungkin sekarang Ning Xin sudah pun jadi isteri Ning Yuan.

Tidak lagi memandang ke arah Tuan Ketua Ning, Ning Xin menoleh pada Yun Qingya dan wajah cantiknya mengukir senyuman yang menawan. "Abang Yun, saya akan pulang ke Keluarga Yun bersama kamu."

Yun Qingya tersenyum pudar. "Baiklah."

Melihat Ning Xin bersikap dingin terhadapnya tetapi tersenyum mesra pada Yun Qingya, Tuan Ketua Ning berasa sangat sayu dan menyesal. Pada masa yang sama, dia tahu dia telah kehilangan anak perempuannya sendiri…

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com