webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Saya Tidak akan Mengaku Salah (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Xue Rou'er tutup mulut dengan tangannya sambil menangis teresak-esak, matanya basah dengan air mata. Jika didengar sekali, kata-katanya mungkin membela Huohuo. Tetapi sebenarnya, dia sedang memberitahu Ye Qi yang pelakunya adalah Huohuo!

Memandangkan budak kecil itu boleh belasah dia sebelum ini, apa lagi yang budak itu tidak mampu lakukan?

Kemarahan meledak dalam hati Ye Qi dan dia hampir bergegas mencari Huohuo untuk membalas dendam! Namun, ketika dia rasa begitu, dia tiba-tiba teringat mata dingin Ye Ximo dan terus tenangkan hatinya.

"Ruo'er, ikutt saya ke Kediaman Ye dan saya akan rujuk hal ini. Lagi satu, kamu sudah tiada tempat tinggal, saya akan merayu kepada Ayah dan Ibu untuk benarkan kamu tinggal di sana untuk beberapa hari."

Xue Rou'er terpegun, bahkan terhenti menangis.

Berdasarkan personaliti Ye Qi, bukankah dia sepatutnya terus mengamuk dan pergi bunuh Huohuo untuk membalas dendam? Kenapa sekarang dia ingin bertanya dahulu?"

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com