webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Putera Mahkota yang Menyesal (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Pemerintah yang besar nafsu berahinya tidak layak mendapat kesetiaannya!

Yun Luofeng berjalan perlahan ke batu nisan itu, memandang tepat pada ukiran batu nisan seperti dia sedang memandang pasangan terhormat itu di medan perang.

"Ayah, ibu, saya datang melawat kamu..."

Dia bukan Yun Luofeng yang sebenar dan hanya mahu terus hidup dalam jasad ini! Namun, setelah bersatu dengan jasad ini, perlahan-lahan wujud perasaan yang sama seperti pemilik sebenar jasad ini.

"Yakinlah, lambat laun saya akan menuntut bela untuk kamu! Tidak kira sama ada perdana menteri, Maharaja tolol itu, atau mereka yang benar-benar telah membunuh kamu, saya akan balas apa yang mereka semua telah lakukan kepada kamu!

Mendengar kata-kata gadis itu, orang tua itu tersenyum senang hati. Namun, setelah dia menoleh ke arah Mu Xingchou yang sudah dibawa ke kubur itu, wajah tua itu tiba-tiba berubah.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com