"Tunggu sebentar," Yun Luofeng tiba-tiba memanggil. "Pak Cik Jian, kalau saya tidak silap, kamu sudah capai peringkat-dewa tahap-sederhana, bukan?"
"Betul." Jian Chengwen mengangguk. "Pak Cik baru sahaja berevolusi ke tahap-sederhana beberapa hari lalu."
Setelah mendengar jawapan Jian Chengwen, Yun Luofeng langsung keluarkan sesuatu dari cincin ruangannya dan menghulurkannya kepadanya.
"Buah ini boleh membuat Pak Cik terus berevolusi satu tahap lagi, tapi saya ada satu permintaan, Pak Cik tidak boleh beritahu sesiapa saya berikan Pak Cik buah ini."
Jian Chengwen memandang bingung pada Yun Luofeng. "Kamu kata buah ini boleh buat saya capai tahap-tinggi?"
Yun Luofeng mengangguk.
Jian Chengwen menggigil kerana terlalu beremosi. Dia menyambut buah itu sambil menelan liur. "Luofeng Kecil, Pak Cik terlalu terhutang budi kepada kamu."
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com