webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Patutkah Saya Lepaskan Kamu?

Editor: EndlessFantasy Translation

Wajah Mu Wuchen menjadi biru. Jika dia enggan untuk membayar hari ini, dia tidak tahu berapa banyak gosip buruk tentang dia akan tersebar esok.

Jadi, berdepan dengan permintaan tidak tahu malu dari Yun Luofeng itu, Mu Wuchen cuba untuk menahan kemarahannya dan berkata dengan dingin, "Yun Luofeng, saya harap kamu ingat apa yang kamu telah lakukan hari ini! Saya tidak akan pernah lupakannya!"

Melihat wajah dingin Mu Wuchen,Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya, "Walaupun saya tidak meminta pampasan daripada kamu, kamu tetap akan mengganggu saya. Jadi, apa salahnya jika ditambahkan lagi kepahitan di antara kamu dan aku?"

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com