webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Orang Tua Terpegun (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar kata-katanya itu, Chun Niang menggeletar. Nampaknya dia sangat takut pada lelaki yang bergelar Maharaja Hantu itu.

"Jangan bimbang, saya akan menjaga dia dengan baik." Chun Niang kembali tenang dan mengetap giginya. "Lelaki ini pastinya gila kerana mengacau kekasih Maharaja Hantu. Adakah dia sudah penat hidup? Saya akan buat dia jumpa pelanggan malam ini, dan dia akan melayan seratus pengunjung setiap hari sebelum dibenarkan berehat."

Qin Yuan mengangguk. "Chun Niang, kamu patut berterima kasih kepada saya. Putera Mahkota ini tampan dan masih teruna dalam hubungan sesama lelaki. Dia pasti akan memberikan kamu keuntungan yang besar."

"Haha," Chun Niang tersenyum manis, menutup mulutnya dengan tangan, lalu mengenyitkan mata pada Qin Yuan. "Terima kasih, Tuan Muda Qin. Nanti jika kamu ada barang baik seperti ini lagi, sila bawakan terus kepada saya. Sebagai tanda terima kasih saya, saya tidak akan buat lukisan erotik kamu dengan lelaki lain."

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com