webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Minta Maaf? (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mata Lin Yating jadi gelap, tetapi dia terus kembali tenang dan tersenyum anggun semula. "Cik Yun, saya tahu kamu masih marah, tapi saya kamu datang ke sini untuk menyertai Pertandingan Tabib! Jadi, sila ikut saya."

Seolah-olah langsung tidak terasa dengan kata-kata Yun Luofeng, dia berpaling ke arah pengawal gerbang itu dan berkata dengan santai, "Cik Yun adalah kawan saya dan dijemput untuk menghadiri Pertandingan Tabib, jadi kamu boleh benarkan dia masuk."

Pengawal itu melangkah ke tepi dan berkata dengan penuh hormat, "Baik, Saudari Yating."

"Mari pergi." Lin Yating menoleh ke arah Yun Luofeng dan tersenyum anggun. "Ikut saya sahaja dan tiada siapa akan halang kamu."

Maksudnya jika Yun Luofeng tidak ikut dia, Yun Luofeng tidak akan dapat masuk Persatuan Tabib.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com