webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Mencabut Sebelah Tangan Kamu(1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas seketika membisu, suara kanak-kanak terdengar dari dalam mindanya, "Tuan, adakah kamu ingin menggunakan cara itu sekali lagi untuk mengerah tenaga rohani? Kendatipun Tuan meningkatkan tenaga rohani, Tuan hanya mempunyai 50% peluang untuk mengalahkan dia."

"50% peluang, ya?" Yun Luofeng mengusap dagunya, kesungguhannya berkobar-kobar pada penampilannya. "Itu lebih daripada mencukupi! Xiao Mo, bantu saya tingkatkan tenaga rohani saya!"

Sambil mengucapkan kata-kata itu, dia berhenti menyembunyikan auranya, lalu ia meledak diiringi dengan satu bunyi dentuman yang dahsyat, serupa laut yang mengaum dengan ombaknya terus-menerus bergelora.

"Pertapa rohani tahap-rendah peringkat-bumi?"

Selepas melihat aura garang gadis muda itu, penampilan Bai Ci tampak lebih serius, dan rasa simpati sekali lagi muncul pada riak wajahnya yang uzur.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com