webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Lelong (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Haha, kamu dengar apa yang Tang Lin kata tadi? Dia sudah ketakutan tetapi masih enggan mengakuinya! Kalau saya jadi dia, saya akan bertaruh, sebab saya tidak akan kalah!"

Apabila Tang Lin dengar bunyi perbualan temberang itu, wajahnya berubah sekali lagi. Tetapi dia tidak akan mengalah sekarang! Tiada siapa dalam Kota Huangquan yang lebih tahu daripada dia apa maknanya jika dia terlalu takut untuk terima taruhan itu. Ia bermakna mulai sekarang, untuk jangka masa yang panjang, Pavilion Panglima Kayangan terpaksa menahan ejekan orang!

Oleh sebab itu, untuk mempertahankan maruah Pavilion Panglima Kayangan, Tang Lin mengetap giginya lalu berkata dengan tegas, "Ia cuma satu taruhan. Bila masa kamu lihat saya takut? Baiklah! Saya terima taruhan kamu! Tetapi kalau kamu gagal keluarkan enam puluh juta tahil sekarang, kamu mesti patahkan kaki kamu dan tidak akan masuk ke Kota Huangquan lagi!"

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com