webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Kota Perubatan (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jalan-jalan di Kota Diraja tidak lagi sunyi dan orang-orang di jalan mula bercerita selepas melihat Yun Luofeng.

"Kamu sudah dengar berita? Baginda Maharaja hendak berkahwin dengan Yun Luofeng, tetapi dia menolak. Bukan itu sahaja, Yun Qingya daripada Keluarga Yun juga masih hidup dan telah jadi pertapa rohani peringkat-tinggi tahap-tinggi. Saya harus katakan, Yun Luofeng bertuah kerana lahir dalam keluarga yang baik, jika tidak sebagai sampah, tiada orang akan mengasihani dia!"

"Benar sekali. Walaupun Yun Luofeng seorang tabib, dia tidak boleh bertapa. Tanpa ada kekuatan, dia tidak akan mampu lakukan apa-apa. Jika bukan Kediaman Jeneral menyokong dia, tiada siapa yang akan menganggap dia dengan serius."

Orang-orang ini tidak mengelak dari Yun Luofeng, malah seolah-olah sengaja mahu kata-kata mereka itu didengar.