webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Kekuatan Yun Luofeng (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Di depan gerbang gunung itu, pakaian putih gadis itu beralun dengan angin kencang, bibirnya tersenyum licik, dia merenung tepat pada mata orang tua itu.

"Baiklah!"

Dia menjawab cabaran orang tua itu dengan hanya satu perkataan. Bertentangan dengan sikap agresif orang tua itu, Yun Luofeng kelihatan lebih tenang.

"Angkuh sungguh dia ini!"

Semua tuan tua Keluarga Tian tidak sabar hendak memberi pelajaran pada gadis itu. Namun, ketika mereka hendak menghunuskan senjata, suara dingin orang tua itu terdengar.

"Kamu semua, berundur!" Orang tua itu mengecilkan matanya dan mengarahkan dengan kasar.

Mendengar arahannya, walaupun mereka enggan, mereka tetap berundur dengan perlahan di belakang orang tua itu.

"Saya akan uruskan gadis kecil ini sendiri."

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com