webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Bertemu Yun Xiao Sekali Lagi (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

Seorang lelaki sedang berdiri di puncak Gunung Phoenix dengan tangan direhatkan di belakangnya dan jubah hitamnya berkibar lembut di udara. Dia merasakan derap kaki di belakangnya, tetapi dia tidak berpaling untuk melihat. Topeng peraknya bersinar terang apabila dipanah matahari.

"Maharaja Hantu, kami akhirnya jumpa kamu!"

Tok ketua daripada Sekta Tidak Terikat berjalan menghampiri sambil tercungap-cungap. Matanya yang menyirap marah itu memandang lelaki bertopeng itu dengan berang, giginya diketap. "Terus larikan diri kalau kamu boleh. Kamu telah bunuh begitu ramai orang daripada Sekta Tidak Terikat kami dan hancurkan seluruh Sekta Infiniti. Sudah sampai masa untuk membalas dendam."

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com