"Ye Ling, mari pergi."
Akhir sekali, Yun Luofeng menjeling Yi Bufan yang lesu dan cengkung itu, sebelum dia berpaling dan berlalu pergi dalam kegelapan malam yang tidak berpenghujung.
Ye Ling, yang pada mulanya hendak menemani Yun Luofeng pergi dari situ, nampaknya tidak mampu meninggalkan Yi Bufan dengan keadaan begitu. Langkahnya terhenti sebelum berkata pada lelaki pertengahan usia itu sambil membelakangkannya, "Pak Cik, oleh kerana kamu ialah abang Bonda, saya beri kamu amaran tentang sesuatu. Keluarga diraja Liujin telah ditakdirkan untuk berakhir. Jadi kamu tidak patut terus membunuh demi Maharaja."
Selepas bercakap, dia tidak memandang lelaki di belakangnya dan terus berlari mengikut arah yang diambil Yun Luofeng tadi.
BANG!
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com