webnovel

Bab 13

Ryan seperti biasa meneliti fail projek tapak perumahan yang diuruskan oleh Darus & Sons Holding.

Azrina mengetuk pintu bilik. "Come in." jawab Ryan.

"Bos, ni report di tapak perumahan Sri Wangsa. And today bos kena jumpa Mr. Richard untuk bincang tentang tender baru. It will be on 2 pm."

Ryan mengangguk. "Thank you Azrina." balas Ryan pendek.

Matanya masih fokus meneliti fail di hadapannya sambil pen miliknya diselitkan ke tepi telinga.

Azrina keluar dan terus menuju ke meja miliknya. Khalil tak datang hari ni. Demam katanya. Jarang si sotong tu demam. Bila dia yang demam, Azrina yang susah hati. Sebab apa lagi, tiada orang yang jadi teman untuk dia membawang.

Jannah yang masuk ke dalam bilik Ryan menegur. "Ian, I nak bincang pasal tender di Pulau Pinang."

Ryan menyuruh Jannah duduk. "Proceed."

Usai berbincang, Jannah meminta diri untuk ke biliknya. Ryan mengalihkan pandangannya ke arah komputer. Dia mahu menghabiskan slide presentation melalui Powerpoint. Sebentar lagi dia akan buat presentation di hadapan Vice President dan semua board of directors termasuk shareholder berkenaan tender mereka di Pulau Pinang. Dia mahu tunjukkan progress berkenaan tender yang diuruskannya. Jadi, sebelum ke meeting pukul 2, dia mahu habiskan semua meeting dan kerja tertangguh.

"We're ready for you sir." kata Azrina.

Ryan bangun dan berjalan ke arah bilik meeting. Semua ahli board of directors dan shareholder sudah menunggu. Dia melihat Jannah yang sudah bersedia dengan presentation miliknya. "Good morning ladies and gentlemen."

"First, I want to introduce our my new manager. Her name is Jannah. I also wanted to inform all of you, that our vice president, Mr Kumar is not going to be here because of some personal stuff. "

Semua ahli bersalaman dengan Jannah sambil mengucapkan congrats. Hafiz juga turut di situ.

"Let's proceed with our meeting today."

"So far, our project in Penang is shown quite a progress. It is 75% is done and it may need to be extend for another 5 months."

"Why? Can't you proceed with another 25%? Besides, who needs such a long time?" celah Hafiz.

Ryan berdehem. "Sir, in my opinion you know that we almost completed the project. And as a shareholder, your company are the one who agrees to supply us with the cement. But, as I have asked salah seorang dari wakil pekerja from your company, they say you have stop supplying us, which makes us to asks other cement supplier. So don't embarrass yourself."

Saja dia menyindir Hafiz. Memang itu kebenaran. Apa lagi yang dia harus kata, memang itu yang betul. Wajah Hafiz bertukar pucat. Malu di buatnya.

Selesai membuat pembentangan, semua ahli keluar dari bilik meeting. Hafiz yang masih lagi berbual dengan Jannah sempat lagi bersentuh bahu dengannya. Ryan yang dari jauh terbakar dalam hati. Cemburu la tu.

Ryan menepuk bahu Hafiz. Hafiz menoleh memandangnya. "I think your job here is done. So, if you don't mind..." kata Ryan sambil jarinya menunjukkan pintu keluar.

Hafiz membetulkan kotnya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Jannah lalu berjalan keluar.

Ryan memandang ke anak mata Jannah. "Jangan gatal sangat." Jannah tergelak kecil. "You jealous ke?." tanya Jannah.

"I tak kaitkan perasaan dengan kerja. Besides, I know him better than you do." jawab Ryan selamba. Jannah menarik tali leher Ryan yang membuatkan wajah mereka dekat. "Hurmm... So you don't like me now?." tanya Jannah lagi. Ryan menelan air liur. "No." jawabnya pendek.

"In that case, I'll make you to do so." balas Jannah. Dia menarik tali leher Ryan sehingga mereka bercium. Ryan yang masih keliru dengan matanya yang terbuntang masih tidak bergerak.

Setelah beberapa lama, dia menolak Jannah ke tepi. "What have just happened?"

Jannah tersenyum sinis lalu mengenyitkan matanya. "A usual thing."

Ryan keluar dari bilik meeting. 'Ni baru permulaan Tengku Ryan Shah. Belum apa-apa lagi. Kau dah takut. Kesian.' telah Jannah dalam hati.

'Rina, babe. I need to see you know. Please.' Mesej dihantar. Ryan masih keliru. Dia sendiri tak faham kenapa dia tidak menolak ataupun menerima apa yang dia dan Jannah telah buat.

...

Hazhirah berjalan menuju ke arah klinik kesihatan. Sehari dua ni, dia rasa loya dan mual. Pening-pening pun ada. Mungkin nasi goreng yang dia makan semalam. Keracunan makanan kot.

Nasib baik dia tinggalkan Dania dan Amer di rumah Datin Bahiyah. Kalau tak, habislah dia. Sorang kena dukung, sorang kena tolak guna stroller. Amer kebelakangan ni asyik meragam. Entah kenapa.

Syazrina yang berada di sisinya memimpin tangannya. "Careful babe. Aku risau tengok kau."

"Jap." Hazhirah pergi ke longkang dan muntah. Syazrina yang di belakang turut rasa nak muntah.

Syazrina menyapu belakang Hazhirah dan membawanya masuk ke klinik. Setelah daftar, Hazhirah duduk di atas kerusi sementara menunggu gilirannya. Dia berasa pening dan nak pitam. Dia rasa mungkin food poisoning atau darah tinggi.

"Cik Hazhirah boleh masuk sekarang.". kata salah seorang nurse di situ.

"Come and sit. What's wrong, Hazhirah?." tanya Iqbal. Sempat lagi dia ke klinik Iqbal. Ingatkan nak jumpa doktor lain. Lelaki itu juga yang dia nak jumpa. Syazrina yang berada di sebelahnya hanya menjeling ke arah Iqbal.

Dia pernah cuba try si Iqbal ni. Tapi, dia kena reject. Nak kata heartbroken tak. Cuma, sedih sikit sebab baginya doktor Iqbal tak tengok dan menghargai kecantikannya.

Hazhirah duduk dan memegang kepalanya. Iqbal memegang pergelangan Hazhirah untuk memeriksa kadar nadinya. Syazrina memukul tangan Iqbal. "Suka hati pegang bini orang. Haram tau!" marah Syazrina.

"Look, I kena check dia sebab dia patient I. Absolutely professional." jawab Iqbal. Anak matanya kembali melihat ke arah Hazhirah.

"Can you tell me what are you feeling right now?." tanya Iqbal kepada Hazhirah.

"Can't you tell that she's having headache?" celah Syazrina.

"I know, but I need to know what she's feeling. There might be other symptoms than headache. And I boleh tahu dia sakit apa." kata Iqbal.

Belum sempat Hazhirah menjawab, dia muntah ke atas baju Iqbal. Syazrina yang melihat kesan muntah ketawa bagai dolphin sesat manakala Iqbal yang terkejut membuka kotnya dan meletakkan di dalam bakul baju. Dia selalu tidur di office. Sebab tu ada bakul baju.

"I'm sorry. I really don't know what happened to me." kata Hazhirah.

"It's fine." jawab Iqbal pendek.

Iqbal mengambil tangan Hazhirah dan membuat pemeriksaan kadar darah. Semuanya normal. Dia menyuruh Hazhirah ke tandas dan mengambil sampel air kencing.

Sementara menunggu Hazhirah ke tandas, Syazrina sempat lagi mengurat dengan nurse lelaki di klinik itu. Takde taste betul. Dah la nurse tu nampak macam nak masuk usia 50-an.

Setelah ujian air kencing dibuat, Iqbal memanggil Hazhirah masuk ke dalam biliknya semula. Kali ini, tanpa Syazrina.

"Congrats. You're going to have another baby." ucap Iqbal sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat.

Hazhirah yang masih terkejut hanya menunjukkan muka blur. Dia tak tahu nak react macam mana. Dia keluar dari bilik Iqbal dengan wajah selamba. Kalau Syazrina tahu, mesti dia kena bebel sebab tak reti nak react.

Dalam perjalanan balik, dia tak bagitahu Syazrina pun tentang hal itu. Yang dia boleh fikirkan sekarang ialah nak tidur. Dia muntah banyak kali. Mungkin sebab tu dia letih sangat.

Setelah menghantar Hazhirah pulang, dia terus ke rumahnya. Dia dan Ryan sudah berjanji untuk berjumpa di situ. "What's up? Kenapa nak jumpa I?. Urgent sangat ke Shah?" soal Syazrina.

Ryan menceritakan apa yang dah berlaku. Syazrina meletakkan secawan kopi di atas meja untuk Ryan. "I dah cakap, there is something fishy darling." kata Syazrina dengan muka selamba sambil menghirup kopinya.

"Mana I tahu. I rasa this is just a misunderstanding. I have to assume it is an accident." kata Ryan. Sempat lagi dia membela dirinya. Inilah lelaki. Walaupun bukan semuanya sama, tapi ada ja perkara positive yang nak diorang fikir. Semuanya ambil mudah.

"Whatever. You have to be more careful." kata Syazrina sambil membulatkan matanya.

Dia tahu yang akan ada banyak lagi benda bakal berlaku. Tapi, dia tak mahu menakut-nakutkan Ryan.

"So, dah you datang sini I pun nak cakap about something." kata Syazrina mengubah topic.

"About?"

"Qalish."

Wajah Ryan bertukar serius. Macam mana pula dia boleh tahu pasal Qalish?. Something wrong ni.

"As you know, I kan ada trip at Australia for my company and I nak buka a new make up product. Ungku Rina's Beauty. I bumped into him. He was staying at the same hotel with me with his 'wife'. He seems happy la babe."

Ryan hanya berdiam. Dia hanya boleh dapatkan kepastian dari Jefri sendiri. Dia sendiri keliru. Pertama, dengan Hafiz. Lepastu Qalish dan Amylia. Sekarang ni, Jannah pula.

...

"Bonda panggil Ian?." soalnya. Tadi dia ada menerima panggilan dari Datin Bahiyah. Katanya, Dania dan Amer ada di situ.

"Yes. Actually I just wanted to ask you something. Is Haz pregnant?"

Ryan keliru. "Huh, pregnant? Tak ada. Kenapa bonda?"

"Takdalah. Tadi bonda tengok dia muntah. Rina bawak dia ke klinik. Itu yang bonda tanya. Sebab masa bonda call dia kelmarin, dia cakap dia muntah."

Ryan meletakkan kotnya di tepi sofa. "Tak adalah bonda. Dia tak cakap apa pun dengan Ian. Cuma haritu dia ada cakap yang dia ada pening-pening sikit. Mungkin sakit kepala sikit kot."

"Dania dengan Amer mana bonda?"

"Tidur. Tak larat. Tadi main dengan acu dia. Acu dia pun tertidur sekali."

Ryan naik ke atas. Dia membuka pintu dan melihat Amylia yang tidur sambil memeluk Dania dan Amer. 'Maafkan Along, acu. Along kena cari kebenaran dan pulihkan nama keluarga kita. Along janji along akan jaga acu dengan lebih baik.' Dia mencium dahi Amylia.

Dia menyayangi Amylia sepenuh hatinya. Masa Amylia baru lahir, dia duduk di sebelah adiknya sambil memegang pistol mainan kerana dia sangkakan ada orang jahat yang akan menculik adiknya.

Sudah umurnya mencapai 29 tahun, Amylia pula 25 tahun. Walaupun berbeza 4 tahun, tapi mereka sangat akrab.

Setelah sampai di rumah, Ryan melihat Hazhirah yang tidur nyenyak. Datin Bahiyah mahu menjaga Dania dan Amer. Sementara Amylia cuti 2 hari. Sempat berdengkur lagi. Comel pula begitu. Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya dan mencium pipi Hazhirah.

Hazhirah yang terjaga dari lena perlahan-lahan membuka matanya. "Bila you balik?"

"Baru je. I dengar you muntah. Rina bawa you pergi ke klinik. Anything wrong?" Dia menyapu pipi isterinya lembut.

"Come here." panggilnya.

Dia merapatkan bibirnya ke telinga Ryan. "Hi daddy."

Ryan melihat wajah isterinya. Mukanya bercahaya. "Wait... Are you?"

Hazhirah mengangguk laju. "Yes! I'm going to be daddy once again!" jerit Ryan lalu mendukung Hazhirah dan berpusing. Hazhirah terpaksa menutup mulut suaminya. Dia tak nak kejutkan jiran sebelah. Dah malam kot.

Dia seronok sangat sampai dia sendiri yang volunteer untuk mandikan Hazhirah dan memakaikan gaun tidur. Ryan tidur di atas perut Hazhirah. Katanya, nak dengar denyutan jantung baby.

...

"Haish, kenapalah aku buat macam tu tadi. Buat rosak plan je. Bodohnya kau Jannah." keluhnya sendiri sambil mengetuk kepalanya.

Mesej diterima. 'Hi, you buat apa?' - Hafiz. Jannah menjeling. Dia malas nak menjawab. Tapi terpaksa juga jawab. 'Hi, tengah tengok Netflix. Alone." jawabnya.

'Kalau macam tu, nak tak Netflix and chill?' - Hafiz. Jannah menutup telefonnya. Malas mahu melayan. Kalau dia layan, memang menyusahkan. Hafiz sendiri yang nak dia jadi girlfriend, lepas tu menggatal tak habis-habis. Nak marah, tapi malas.

Hafiz dengan sense of humor dia yang gatal tu. Setiap kali ajak dia keluar, mesti menggatal. Pegang tangan, main kaki, siap bermain dengan rambut Jannah lagi.

Kalau ikutkan, dia tak mahu pun jadi girlfriend Hafiz. Itulah, siapa suruh jadi orang tengah masa Ryan dengan Hafiz gaduh. Tak pasal-pasal lelaki miang itu tertarik.