webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
18 Chs

temu janji

Jauh didalam lorong kecil yang agak gelap, terletak sebuah kilang lama yang sudah usang dan terpencil dari kawasan lalu-lalang. Seorang lelaki sedang dibelasah teruk didalamnya dan tiada kuasa dia menjerit kerana tiada siapa yang akan mendengarnya. Tangan lelaki itu diikat dan dia dipukul secara berkumpulan oleh sekumpulan lelaki yang berpakaian hitam.

''Nampaknya dia masih mendiamkan diri, apa yang perlu kita lakukan sekarang? tuan Lian?'' Tanya salah seorang lelaki yang berbadan agak tinggi, dia nampak keletihan kerana memukul mangsa dengan kekuatan penuh dalam jangka waktu yang lama. Sudah hampir semalaman mereka mencuba membuat mangsa mereka mengutarakan semua maklumat yang mereka inginkan tapi lelaki itu masih sangat degil untuk membuka mulut.

Lian yang sedari tadi memerhati disamping hanya menghela nafas panjang. ''Aarav takkan senang mendengarnya.'' Dia menghampiri mangsa mereka yang hampir tinggal nyawa-nyawa ikan itu lalu menarik rambut lelaki itu dengan kasar. ''Nampaknya awak lebih setia dari yang saya sangka, apa yang dijanjikan lelaki itu seandainya awak menutup mulut awak dengan rapat?'' Soal Lian dengan nada dingin, pandangannya juga terlihat kosong tanpa ekspresi.

Dengan nafas yang masih termengah-mengah lelaki itu sempat tertawa kecil. ''Lebih baik awak bunuh saja saya, seandainya saya berjaya keluar sekalipun... lelaki itu tetap akan membunuh saya jadi takde bezanya dengan sekarang.''

Lian tersenyum sinis. ''Lelaki itu?...'' Lian melepas rambut mangsanya lalu mengarahkan anak buahnya untuk mengambilkan pisau miliknya yang terletak diatas meja. Sebaik menerima benda tajam itu, Lian mencekik leher lelaki dibawahnya sehingga mulut lelaki itu ternganga lantas dia mengacu pisau tersebut kedalam mulut lelaki itu. ''Saya tak perlu kotorkan tangan saya untuk mangsa kecil seperti awak tapi kalau awak memilih untuk mendiamkan diri, baik awak tak payah bercakap lagi untuk seumur hidup kan?'' Mata Lian membesar kerana teruja dan pemandangan yang disaksikan lelaki malang itu cukup membuat peluh dan malah seluarnya basah kerana takut, pandangan tanpa belas kasihan dan nampak gembira untuk mencederakan seseorang. Dia memang tak waras!

Perlahan pisau ditangan Lian mula mencakar lidah lelaki itu perlahan dan darah yang keluar membuat lelaki itu mulai mengeluarkan suara rintih menahan sakit dan dari kejauhan suara rintih itu bertukar menjadi raungan pilu yang seakan tidak berkesudahan.

Kirania mengenakan baju T-shirt putih tanpa corak dengan skirt labuh paras lutut yang berwarna putih juga membuat gayanya tampak santai dan naif. Walaupun Aarav yang membelikan semua pakaian untuknya tapi tetap membuat Kirania sedikit terkejut dengan pilihan lelaki itu. Kenapa dengan fesyen pilihannya? bukankah dia lelaki yang agak miang dan blak-blakan dan mustahil kalau seandainya dia tertarik dengan fesyen sedemikian rupa. Dia sukakan perempuan seksi dengan pakaian singkat, Kirania teringatkan fesyen yang dikenakan Elly. Wanita itu selalu memakai pakaian sempit dan mendedahkan peha dan dadanya. Bukankah Aarav menyukai wanita yang seperti itu? fikir Kirania. Apabila melihat bayangannya dicermin, wajahnya agak berubah sayu. Dia tersenyum agak pahit.

''Sudah tentu dia akan membelikanku pakaian seperti ini kerana dia menganggapku seperti budak kecil, lagipun kenapa saya perlu kisahkan citarasa lelaki itu?'' Kirania merengus kasar sebelum berlalu dari hadapan cermin.

Mereka sudah membuat janji untuk berjumpa dihadapan sebuah cafe yang terletak berhadapan dengan hotel yang didiaminya. Sebaik Kirania mencuri-curi lihat kedalam cafe dari luar, dia dikejutkan dengan satu tepukan lembut dibelakangnya. Aarav menepuk bahunya sambil tersenyum lebar. ''Apa yang awak terjenguk-jenguk dari tadi?'' tanya Aarav agak sarkastik. Sepatutnya Kirania akan marah kerana lelaki itu mengejeknya tapi dia tidak sempat untuk marah kerana terpukau dengan penampilan Aarav yang terlihat sangat simpel dan menyerlahkan lagi ketampanannya bahkan dia terlihat lebih muda dengan T-shirt putih dan seluar jeans putih yang dipakainya.

Deg!

Wajah Kirania memerah, bukan kerana melihat tulang leher lelaki itu yang terdedah tapi kerana dia baru saja menyedari kalau pilihan baju yang dibelikan Aarav untuknya ternyata sepadan dengan pakaian yang dikenakan olehnya. Apa yang akan difikirkan orang ramai sebaik melihat mereka berjalan bersama? bukankah mereka terlihat seperti sepasang kekasih?!

''Oy,'' Aarav berjalan kearah Kirania membuat wajahnya semakin merona dan dia seperti dapat mendengar sendiri degupan jantungnya yang sangat kuat. ''Kenapa ni?...'' Aarav menekup dahi Kirania lembut ''Muka awak merah, jangan cakap kalau awak demam pula.'' Ujar Aarav agak jengkel, mungkin dia akan kecewa kalau rancangan mereka untuk hari ini akan batal. Kirania pantas menurunkan tangan Aarav dan mengipas-ngipas mukanya yang terasa panas.

''Takde la, saya tak demam tapi cuaca kat sini panas sangat...''

Aarav sempat melihatnya penuh keraguan tapi akhirnya dia kembali tersenyum dan terlebih dulu mencapai tangan Kirania tanpa gadis itu sempat menyiapkan diri menerima serangan yang membuat jantungnya semakin lemah seperti ini.

''T... Tunggu, kita nak pergi mana?''

Aarav tersengih, dia menoleh kearah Kirania dibelakangnya ''satu tempat yang menarik... dan...'' Aarav menarik tangan Kirania semakin dekat dengannya. ''Jangan berjalan dibelakang, nanti awak boleh hilang.'' Dia tersengih lagi, dan itu membuat Kirania agak marah kerana dia tahu lelaki itu sedang mempermainkannya, maklumlah ketinggiannya tidak terlalu tinggi. Tapi, akhirnya Kirania tetap berjalan disamping Aarav, kerana langkah kaki Aarav yang panjang sesekali dia terpaksa berlari-lari kecil mengejarnya dan sebaik Aarav menyedari apa yang dilakukan Kirania dia berusaha menahan gelak membuat Kirania semakin geram tapi gadis itu tetap terpesona dengan lelaki disampingnya, hari ini dia berbeza dan dia juga melambatkan langkahnya supaya langkah mereka berdua seirama.

''Jangan lepas tangan saya tau.'' jelas Aarav dan hanya dijawab dengan anggukan perlahan oleh Kirania.

Aarav mendapat mesej yang masuk daripada Lian lalu tersenyum sinis. Matanya leka menatap kearah sosok Kirania yang sedang membelikan minuman, mereka menghabiskan waktu ditaman tema dan gadis itu hampir terlupa alasannya datang keparis. Aarav pantas menyimpan smartphonenya sebaik Kirania datang menghampirinya. Mereka duduk menikmati makan tengah hari dalam bentuk makanan segera yang dibeli digerai kecil yang terletak berderet ditempat rehat. Kerana hari ini bukan hari cuti jadi pengunjung tidak terlalu ramai dan sangat menyenangkan kerana mereka tak perlu beratur panjang seandainya mereka hendak menaiki wahana ataupun membeli makanan.

''Saya tak tahu kalau awak pun tahu pergi ketaman tema.'' Kirania meneguk minuman sejuk ditangannya, Aarav hanya tertawa kecil mendengar pertanyaan gadis itu.

''Saya yakin awak pun pasti tak sangka kalau saya pun akan makan makanan yang dijual digerai kecil macam ni kan?''

Kirania mengangguk dan langsung tidak berniat memerli sambil mulutnya sudah pun dipenuhi dengan burger keju pesanannya. Aarav melahap burger miliknya dan memerhati suasana dihadapannya. Saat itu Kirania dapat melihat wajah Aarav yang santai dan terlihat seperti lelaki biasa, bukan ketua mafia yang kejam dan miang tanpa sedar Kirania tersenyum sendiri. Seandainya pertemuan mereka bukan sebagai pemiutang dan orang berhutang mungkin... mereka akan berjumpa sebagai seorang murid dan guru? atau seorang pekerja sambilan dan managernya?. Kirania berharap sangat kalau pertemuannya dengan lelaki itu lebih baik dari yang dialaminya sekarang dan mungkin juga... mereka boleh menjalin hubungan seperti orang biasa?

''!!...'' Serta merta wajah Kirania memerah hebat apabila tersedar hal yang sedang difikirkannya. Apa? kenapa? adakah dia ingin menjalin hubungan dengan lelaki ini? tapi adakah dia menyalahkan takdir yang tidak sealur dengan kehendaknya?....

''Kenapa ni?'' Tiba-tiba Aarav menegur.

''Apa? kenapa? tak, saya tak apa-apa...'' terus mulut Kirania melatah yang bukan-bukan.

Awalnya Aarav terpaku melihat tingkah Kirania yang salah tingkah tapi akhirnya dia tertawa dengan tawa yang besar membuat Kirania pula yang terpana mendengar suara tawa lepas lelaki itu dan entah kenapa senyuman Aarav membuatnya turut tersenyum dan mereka pun tertawa.

Lian mendapat balasan dari Aarav dan dia pantas membuka mesej yang diterimanya.

'jangan buang waktu, saya tak nak lelaki itu terus hidup.'

Tulisan singkat milik Aarav tersebut sudah cukup untuk membuatnya faham langkah yang perlu diambil seterusnya.