webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
18 Chs

Pelukan

Dan menghentak meja dibalai polis dengan sangat kuat kerana marah. ''Kenapa pula encik tak boleh nak mencari tahu tentang kawan saya?! Saya dah cakap kalau dia hilang dan rumahnya tampak seperti dipecah masuk dengan pintu depan yang masih terbuka dan yang paling merisaukan lagi, terdapat kesan darah dilantai. Tak cukup lagi ke bahan bukti yang ada untuk membuat encik mengerahkan pasukan encik untuk mencarinya? macam mana kalau terjadi apa-apa kepada dia?!!..'' Nafas Dan naik turun kerana baru sahaja bersuara lantang tapi encik polis yang berumur lanjut dihadapannya tampak tenang dan langsung tidak menanggapi apa yang dikatakan Dan dengan baik.

''Baik awak duduk dulu.'' Ujar polis tersebut mencuba menenangkan Dan. Mau tak mau Dan terpaksa akur dan kembali melabuhkan punggungnya diatas kerusi besi dibelakangnya.

Dengan pandangan datar, polis tersebut mula mengetik sesuatu pada papan kekunci komputernya sambil bersuara. ''Awak cakap tadi kalau nama kawan awak adalah Kirania, betul tak?''

Dan mengiyakan dan encik polis tersebut melanjutkan. ''Awak tahu tak kalau kawan awak tu sudah disenarai hitam daripada perlindungan penduduk daripada pihak polis?''

''APA?!...'' Dan terkejut besar. ''Tapi kenapa?!''

''Nampaknya kawan awak berhubungan dengan kumpulan mafia yang mempunyai pengaruh yang kuat sehingga dapat melumpuhkan pergerakan pihak polis. Saya tak rasa kalau dia hilang begitu saja kerana seandainya dia menghilang dan terdapat kesan darah dilantai... Haihhh...'' Polis tersebut mengeluh panjang membuat kening Dan semakin berkerut. ''Saya tak nak cakap benda pada awak sebenarnya sebab awak masih dibawah umur tapi saya pun tak nak dengar awak membuat kacau lagi jadi, dengar baik-baik...'' Dan menguatkan hatinya dan mendengar penjelasan polis yang sudah berumur hampir sebaya dengan ayahnya menjelaskan. ''Awak mungkin kenal dengan dia yang baik dan sebagai murid teladan tapi, awak mungkin tak tahu macam mana sisi gelap hidupnya. Nama dia pernah terdaftar sebagai salah seorang pelayan disebuah bar kelab malam dan setelah itu... hilang... Dia seperti hilang dalam bacaan jumlah penduduk dan seolah-olah dia sudah tidak menetap disini. Biasanya kes sepertinya disebabkan hutang keluarga dan kos sara diri yang tinggi yang susah untuk diperoleh oleh budak bawah umur sepertinya. Awak cakap keluarganya sudah tiada, adakah dia mempunyai hutang yang banyak?.''

Dan terdiam seketika tapi tetap mengangguk perlahan mengiyakan. Polis itu kembali menghela nafas panjang. ''Saya nasihatkan awak, berhentilah berkawan dengan budak macam tu. Saya cakap ni pun demi keselamatan awak sendiri, saya pun ada seorang anak sebaya awak. Kalau dia tiba-tiba menghilang dan kejadian dirumahnya tepat seperti yang awak katakan, mungkin dia sedang diburu pemiutang.''

Ekspresi wajah Dan semakin pucat mendengar penjelasan polis yang duduk dihadapannya. Dadanya berdegup laju, bukan kerana terkejut mendengar siapa sebenarnya Kirania tapi kerana dia risaukan sahabat baiknya itu. Tidak kiralah walau seluruh dunia pun memusuhi sahabatnya atau seburuk apapun Kirania, dia sudah pun menetapkan hati untuk selalu berada dipihaknya. Tapi, seandainya dia sedang diburu, apa yang sepatutnya dilakukannya untuk membantu Kirania?. Melihat wajah Dan yang tak keruan, polis tersebut pun bersuara. ''Kalau awak risau, saya boleh bawa tim forensik untuk mencari tahu darah siapa dilantai rumahnya. Saya tetap nak awak berhenti berhubungan dengan budak seperti itu tapi, mengikut pengalaman saya yang menangani beberapa kes bunuh yang berkait dengan pihak mafia dan kongsi gelap... mereka tidak akan mengurus mayat yang dibunuh sendiri dan akan membiarkan mangsa mereka dimana mereka dibunuh jadi seandainya awak tak melihat sebarang mayat disana.... kemungkinan... ''

''Dia masih hidup?!!'' Pantas Dan mencelah dengan sangat antusias dan pandangan yang bersinar. Sekali lagi polis tersebut menghela nafas panjang tapi tetap mengiyakan pertanyaan Dan. ''Tapi awak jangan terlalu senang sebab boleh jadi mereka masih tak membunuhnya kerana dia masih mempunyai manfaat untuk mereka dan budak! saya ingatkan awak, jangan libatkan diri lagi dengan kawan awak tu dengar tak?!''

Tanpa mendengar kata-kata polis itu, Dan bingkas bangun dan mengucapkan terima kasih kepada polis tersebut sebelum tergesa-gesa berjalan pergi. Polis itu hanya boleh menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluh panjang. ''Haihh, budak-budak...''

Kirania berjalan perlahan menuju kearah rumah yang seingatnya masih terbengkalai dan yang paling penting, bgaimana dengan keadaan Aarav? adakah Kevin betul-betul sudah memanggil ambulans?. Mata Kirania sayu hanya menatap kearah tapak kakinya yang saling bertukar kiri dan kanan. Dia kembali teringatkan kata-kata Kevin dicafe.

''Awak sedang ditipu, awak tahu tak?''

Mata Kirania membesar. ''Apa maksud awak?''

''Aarav sudah pun menemui ayah awak tapi masih menyembunyikannya dan merancang untuk tidak mempertemukannya dengan awak.'' Ujar Kevin santai dan menyeruput minuman dinginnya.

Kirania terdiam kaku. Dia tahu kalau sepatutnya dia terkejut dan sangat marah kepada Aarav sekarang kerana telah menipu dan memperbodohkannya. Tapi, dia sendiri tak faham kenapa dia boleh terlihat tenang?. Dan hal yang paling tak disangka adalah... ketika dia masih sibuk membincangkan tentang keberadaan ayahnya bersama Kevin, fikirannya tidak lepas dari terfikirkan tentang Aarav. Keselamatan dia? kenapa? kenapa dia hendak mengambil berat tentang lelaki tak ada sopan santun dan prikemanusiaan itu?.

Kirania hanya memainkan penyedut minumannya tanpa mendengar langsung apa yang dikatakan lelaki dihadapannya. Dia tahu kalau sepatutnya dia lebih mengambil kisah tentang keberadaan ayahnya tapi sebaik dia mendapat tahu kalau sebenarnya Aarav sudah pun menemui ayahnya dan mengelakkan mereka dari berjumpa terdengar lebih melegakan daripada langsung tidak mendapat tahu dimana keberadaannya.

''Nampaknya awak masih terfikirkan Aarav.'' Kevin bersuara membuat Kirania agak terkejut tapi masih dapat menenangkan diri. ''A... Apa maksud awak?'' Tanya Kirania agak gugup dan Kevin membencinya. Dia sedang duduk bersamanya sekarang tapi berani dia memikirkan lelaki lain?!... Gumam hati Kevin tapi dia masih tetap memasang senyum palsunya yang sudah dari tadi disedari Kirania atau malah sesiapa sahaja yang duduk dengannya kerana senyum tidak ikhlas itu terlihat sangat ketara seolah-olah dia langsung tidak berusaha untuk terlihat lebih natural.

''Awak nak ikut saya tak?''

Sekali lagi Kirania terkejut dengan pertanyaan Kevin, apa maksudnya dengan 'ikut dengannya?'.

''Aarav tak berencana untuk melepaskan ayah awak dan akan mengekang hidup awak selamanya tapi kalau awak ikut dengan saya, saya akan bebaskan awak dan ayah awak dan awak boleh hidup sebagaimana yang awak impikan.''

Kirania terdiam mendengar tawaran Kevin yang sememangnya sangat membuat dia tertarik tapi dia juga tahu kalau lelaki dihadapannya juga adalah lelaki bahaya yang tidak kurang seperti Aarav malah dia boleh melepaskan das peluru kedada seseorang tanpa sebarang belas kasihan, jangan lagi rasa bersalah.

Langkah Kirania terhenti, dia terkejut sebaik melihat sosok seseorang yang dalam keadaan penat berlari dan terdapat kesan balutan didadanya yang membuatnya semakin termengah-mengah kerana menahan sakit sedang berdiri dihadapannya. Lelaki itu tampak lega melihatnya yang masih sehat tidak terluka. Mata Kirania terpana dan suaranya tanpa sedar menyeru namanya. ''Aarav...?''

Tanpa berlengah, Aarav yang seakan tertarik dengan suara yang menyeru namanya terus berjalan pantas dan merangkul sosok Kirania yang kerdil masuk kedalam dekapan lengan gagahnya. Kirania terdiam dan dapat mendengar detak jantung Aarv yang semakin kuat seperti paluan gong. Tidak tahu kalau detak jantungnya berdetak cepat kerana risau atau kerana penat berlari. Dia diam dan langsung tidak berkata apa-apa, hanya memeluk erat tubuh Kirania seakan takut kalau sosok itu akan hilang sambil mengelus-elus rambut panjangnya. Kirania juga terlihat tidak terganggu dengan pelukan itu dan hanya akur dan sejujurnya dia dapat merasakan kehangatan yang selesa daripada Aarav.

Hampir dia hendak memejamkan mata dan melabuhkan kepalanya didada Aarav, Kirania terkejut melihat Dan berdiri dibelakang Aarav dengan ekspresi yang tidak kurang terkejut darinya.