Waktu rehat..
Habis je sesi pelajaran BM yang diajar oleh Cikgu Amin, semua pelajar 5Golds termasuk Devil's Roses dan juga Dark's Knight mula meninggalkan kelas dan menuju ke kantin sekolah. Dah masuk waktu rehat kan? So pergi melantaklah kat sana.
"Aisyah, awak tak pergi rehat lagi ke?" soal Ainur.
"Errmm, nak tu memanglah nak tapi.."
"Tapi awak tak tahu kantin sekolah kat mana?" potong Ainur.
"Ha'ah" sengih Aisyah.
"Kalau macam tu, awak rehat dengan saya jelah" pelawa Ainur.
"Takpe ke?" soal Aisyah sambil menggaru kepalanya.
"Alaa..takpe, saya pun selalu rehat sorang2 jelah sebab kawan2 saya yang dulu dah pindah sekolah dah" terang Ainur.
"Okey lh kalau dah macam tu."
"Okey, jom." ajak Ainur.
"Jom!" kata Aisyah bersemangat.
Kat kantin..
"Weii..kau apa masalah kau huh? Habis basah baju aku, sial lah betina ni!!" jerit Fiza lantang.
Pelajar yang berada di kantin sekolah tu hanya diam dan cuma menyaksikan pergaduhan antara Devil's Roses dengan Diva Girls. Dark's Knight pun ikut menyaksikan drama percuma tu sebab tak berani nak masuk campur, nanti cuma2 diorang yang jadi mangsa.
"Baru puas hati aku, tu balasan sebab kau dah malukan aku kat kelas tadi" balas Wani puas.
"Bila pulak dia malukan kau?" soal Dee.
"Kau diam! Ini urusan aku dengan minah ni jer." kata Wani tegas.
"Wooo..lek2 ahh, aku ada mulut kut. Kau takde hak nak bagi arahan kat aku ehh. And minah yang kau kata tu kawan aku, so kalau kau ada urusan dengan dia bererti kau ada urusan dengan kitorang semua. Betul tak geng?!" balas Dee panjang lebar.
"Yeaahh!!" sahut Devil's Roses yang lain.
"Alaa..setakat korang ni, aku boleh pijak dengan kaki aku lah" kata Eika dengan suara angkuh.
"HAHAHAHAHAHA" gelak Diva Girls.
"Boleh pijak ehh? Sebelum korang pijak kitorang, meh sini rasa penampar aku jap" kata Eqah seraya mengangkat tangannya tinggi2.
Diva Girls terus memejamkan mata diorang dan bersedia untuk menerima tamparan dari Eqah. Rasa menyesal pulak cari masalah dengan diorang.
Dark's Knight pov..
Dark's Knight yang pada waktu itu tengah asyik menyaksikan drama percuma di depan mata diorang terus tersedar akan tugas diorang sebagai pengawas sekolah.
"Weii babi, asal kita tengok je diorang ni gaduh dari tadi?. Kita pengawas sekolah kut. Ni kalau pengetua tahu kita tak halang diorang ni, masak kita weii" kata Mirul sambil meluku semua kepala kawan2nya.
"Ha'ah lah weii..aku baru sedar" balas Rie.
"Mana nak sedar bila semua dah syiok tengok drama percuma sampai tugas sendiri pun boleh lupa." kata Ash sambil menjelingkan matanya ke atas.
"Eleh, kau pun lebih kurang sama." sindir Raif.
"Dah2, kau pergi halang diorang tu sebelum apa2 jadi." arah Mirul kepada Ewan.
"Asal aku pulak?" soal Ewan tak puas hati.
"Alaa..kau pergi jelah sana" halau Mirul.
"Yelah..yelah" kata Ewan mengalah.
Baru selangkah dia ingin melangkah menuju ke sana, suara Mirul mengarahkan dia berhenti dari melangkah mula kedengaran.
"Asal doh?" soal Ewan sambik memandang Mirul hairan.
"Kau tengok depan sana.." arah Mirul bagi menjawab soalan Ewan.
Ewan dengan kawan2nya serta semua pelajaran yang ada di sana semua tercengang melihat apa yang telah berlaku.
"Aduhh..tu confirm sakit kan?" kata Ziq sambil memegang pipinya.
"Gila kau tak sakit?" balas Ryan sambil meluku kepala Ziq.
"Dah2 weii..baik kita pergi sana cepat sebelum ada benda buruk jadi lagi" arah Aril kepada geng yang lain.
-------
Baru je penampar sulong dari Eqah mengenai pipi Wani, ada satu tangan yang menghalang tangannya dari meneruskan perkara itu. Lama memejam mata Diva Girls terus mencelikkan mata diorang bila diorang tak merasa apa2.
Semua mata yang ada kat sana terus memandang gerangan yang menghalang tangan Eqah dari melepaskan tamparan kat Wani tu. Siapa yang halang ehh?
"Asal kau halang aku?!" kata Eqah sambil memandang orang itu dengan pandangan tak puas hati.
"Betul apa Wani ni cakap, ni masalah aku dengan dia. So, aku patut selesaikan sendiri" kata Fiza tenang sambil mengukirkan senyuman.
Mula2 memang Eqah tak puas hati dengan tindakan Fiza yang menghalangnya, tapi selepas dia tengok senyuman yang terukir di muka Fiza itu baru lah dia tenang sikit. Dia dan Devil's Roses yang lain tahu maksud senyuman itu. Senyuman yang nampak manis tapi penuh dengan muslihat.
"Ceh..ingat berani sangat nak tampar kitorang, rupanya tak" sindir Wani dengan sinis.
Paaakkk!!
"Aucchhhh.." jerit Wani kesakitan dan yang lain hanya tercengang.
Ahli Diva Girls yang lain terus meluru ke arah ketua diorang.
"Beb, kau okey tak ni?" soal Qee perihatin.
"Dia bukan tak berani nak bagi pelempang kat kau, tapi aku tak nak lah kawan aku ni kotorkan tangan dia bila sentuh muka kau tu" terang Fiza dengan tenang.
"Kau nak rasa lagi tak? Kalau nak, aku boleh bagi lagi memandangkan hari ni aku pemurah sikit. Nak?" pelawa Fiza.
"Kau memang betina sial lah!!" jerit Wani dengan marah.
"Auchhh.." adu Wani bila sekali lagi dia menerima tamparan maut dari Fiza.
"Weiii, kau bodoh ke apa?" marah Wawa sambil meluru kembali ke arah Wani.
"Beb, sakit ke?" soal Wawa bodoh.
"Kau tanya aku sakit ke tak? Kau cuba lah rasa, baru kau tau rasa dia macam mana!" marah Wani sambil menolak Wawa ke belakang. Dia menyentuh hujung bibirnya. Berdarah, patut lah sakit.
"Sedap tak? Ke nak rasa kali ketiga lagi?" soal Fiza dengan sinis.
Wani yang ingin meluru ke arah Fiza terus membatalkan niatnya bila terlihat kelibat Dark's Knight yang sedang menuju ke arah mereka. Terus dia buat2 rebah kat lantai, Devil's Roses yang melihat aksinya tercengang. Diorang balum lagi sedar akan kewujudan Dark's Knight yang berada di belakang mereka.
"Dia ni dah kenapa? Sawan ke tiba2 je rebah?" soal Nad lurus.
"Entah. Iya kut." kata Fie sambil mengangkat bahunya.
"Ehemm..Eheemm"
Tersentak Devil's Roses bila terdengar bunyi deheman seseorang di belakang mereka. Mereka pandang ke belakang dan bila tahu siapa gerangan tersebut, terus diorang pandang depan semula.
'Mati lah kita!!' kata hati Devil's Roses masing2.
Semua ahli Devil's Roses memandang sesama sendiri sebelum sama2 menganggukkan kepala. Dark's Knight hanya memandang hairan melihat kelakuan pelik mereka.
Semasa Dark's Knight mula menghampiri, terus semua ahli Devil's Roses melarikan diri dari ditangkap oleh Dark's Knight. Tercengang semua yang ada di sana melihat melakuan tak terduga dari Devil's Roses. Tak pernah lagi diorang tengok Devil's Roses melarikan diri dari pengawas sebelum ni.
"Woiiii..korang nak pergi ke mana huh?! Tunggu korang semua!!" jerit Mirul lantang bila tersedar akan sesuatu.
"HAHAHAHAHAHA" gelak Devil's Roses bila terdengar suara jeritan dari Mirul.
TBC...