Tamat je waktu rehat, Dark's Knight masuk kedalam kelas mereka dan mengarahkan agar semua ahli Devil's Roses pergi ke bilik disiplin sekarang juga.
"Korang berlapan cepat pergi bilik disiplin sekarang juga!!" Kata Dark's Knight tegas.
"Kalau kitorang tak nak apa korang nak buat?" Kata Devil's Roses dengan pandangan mengejek.
"Ohh korang tak nak lah ni? Guys jom.." Dark's Knight menghampiri Devil's Roses dengan senyuman yang penuh makna.
"Apa yang korang semua cuba buat ni hah?!" Tengking Fiza dengan keras.
"Nak angkat korang semua pergi bilik disiplin dah korang tak nak pergi..so ini je cara supaya korang nak ikut kata kitorang" kata Mirul sinis sebelum mula merapati kembali dirinya dengan Fiza.
"Okey2..kitorang pergi sekarang! Dah pergi jauh2" kata Devil's Roses serentak. Meremang bulu roma dengar ugutan mereka tu.
'Tau takut' bisik hati Dark's Knight.
Mula2 tu memang lah diorang tak nak tapi last2 nak juga mereka pergi ke bilik disiplin sebab ugutan Dark's Knight yang menyeramkan tu. Datang2 je kat sana dah kena leter dengan cikgu disiplin.
Dah lah kena leter dengan cikgu botak tu, sekarang ni kena denda pulak dengan 8 ekor beruk tu. Memang lepas ni patah lah pinggang kitorang sebab kena denda jalan itik keliling padang sekolah. Bukan tu je siap kena suruh angkat kerusi lagi atas kepala. Apa lah nasib badan, ishh3.
Fiza&Mirul's pov
"Hoii! Cepat sikit jalan tu..terhegeh2!!" Jerit Mirul lantang.
"Kau tak memekak boleh tak?! Aku belum pekak lagi lah!!" Fiza turut juga menjerit.
"Kalau tak nak aku memekak, jangan cari masalah lgi..kan cuma2 kena denda dengan kitorang" kata Mirul tanpa nada.
"Suka hati aku lh..hidup aku bukan hidup kau pun kan"
"Memang lah tu hidup kau tapi masalahnya kau ganggu hidup aku" rengus Mirul dengan geram.
"So? Tak payah kesah dah lepas ni..simple!" Kata Fiza dengan selamba.
"Kau..kalau cakap tu senang je kan? Kau ingat aku nak biarkan kau bermaharajalela ke dekat sekolah ni huh? Aku ketua pengawas dekat sekolah ni..so bila kau dan kawan2 kau tu buat masalah, aku dengan kawan2 aku yang kena bertanggungjawab untuk uruskan masalah disiplin korang. Tambahan lagi bila pengetua dah arahkan kitorang untuk awasi korang semua" kata Mirul sedikit keras.
"Alaaa..kau jangan jadi poyo sangat boleh tak?! Kitorang tak suruh pun korang kesah dengan masalah disiplin kitorang semua and lagi satu tak perlu kot korang awasi kitorang sebab kitorang dah besar..pandai2 kitorang lah nak hidup macam mana sekali pun..korang boleh blahh lah sebab korang takde kena mengena dengan hidup kitorang!!" Kata Fiza selamba lagi.
"Bagus lah kalau kau sedar yang korang tu dah besar panjang..takde lah korang buat lagi perangai macam beruk terlepas dah lepas ni kan?" Kata Mirul dengan senyuman yang sinis.
"Yang tu aku dengan kawan2 aku tak janji lah yang kitorang tak akan buat masalah lagi kat sekolah ni..lagi pun buat masalah kat sekolah dah jadi rutin harian kitorang dah" balas Fiza dengan sinis
"Cakap dengan kau buat aku naik angin je lah..dah lah kau pergi sambung buat denda kau tu" kata Mirul menahan sabar dan berlalu ke bangku kosong yang ada dekat bawah pokok besar berhampiran dengan padang sekolah itu.
Dee&Rie's pov
"Letihnya" rungut Dee sambil mengelap peluh yang ada di dahinya.
"Letih apa nyer? Baru setengah jam dah merungut ke cik Ain Mardiah oii" kata Rie dengan sinis.
"Kau senang lh cakap yang buat aku bukannya kau pun" kata Dee sambil menjeling Rie dengan tajam.
"Eleh..setakat jalan itik dengan angkat kerusi keliling padang je..bukannya susah sangat pun kan?"
'Selamba badak dia je cakap tak susah kan. Cuba lh dia yang rasa, nth2 patah kut pinggang dia tu sebab tak tahan sangat jalan itik keliling padang yang besar ni' kata Dee perlahan yang hanya di dengari oleh dia je.
"Ha!! Mengata aku lh tu" sergah Rie bila melihat bibir Dee yang asyik bergerak dari tadi tapi takde satu pun bunyi yang terkeluar.
"Oh mak kau!! Patah pinggang aku!" Latah Dee bila disergah macam tu.
"Hishh kau ni kan..kalau aku ada sakit jantung macam mana? Cuma2 jee aku mati cepat" marah Dee sambil mengurut dadanya.
"Apa susah kalau kau mati cepat? Lagi senang kerja aku..tak lah sakit kepala dengan perangai kau yang entah pape ni" kata Rie selamba dan berlalu pergi.
'Tak guna!' Gumam Dee perlahan.
Nad&Raif's pov
"Weii..lama lagi ke?" Kata Nad dan mengeluh perlahan.
"Lama lah juga dalam setengah jam macam tu lagi.." kata Raif sambil membelek jam tangannya.
"Ishh..lamanya bila nak habis ni" rungut Nad lemah. Saja meraih simpati.
"Kau ni asal huh?" Kata Raif sambil memandang Nad yang sedang bejalan itik di sebelahnya.
"Pinggang aku sakit lah, rasa nak patah pun ada dah ni..boleh tak kalau aku nak berehat kejap" kata Nad sambil mata nya berkelip2 memandang ke arah Raif.
"Kau nak rehat ke?"
"Haah, boleh lah. Pleaseeeeee" rayu Nad dengan meleretkan suaranya dengan manja.
Raif yang mendengar suara Nad yang seakan akan menggoda dia itu terus melarikan matanya dari memandang Nad yang mengelip2kan mata nya.
Nad tersenyum sinis bila mana dia terlihat halkum milik Raif bergerak yang membuktikan yang Raif tengah tergoda dengan suara manjanya sebentar tadi.
"Hurmm...boleh!" Kata Raif pantas dan membuatkan Nad tersenyum dalam diam.
"Boleh blahhh!!" Terus mati senyuman yang terukir dibibir Nad apabila mendengar ayat seterusnya dari mulut Raif.
"Apa ni?!! Bagi je lah aku rehat kejap tu pun kedekut ke?!" Marah Nad.
"Kedekut ke tak kedekut ke, ada aku kesah ke?" Kata Raif selamba badak.
"Kau ni kan..."
"Dah2..pergi sambung sana! Shuhhh.." halau Raif sambil berjalan penuh gaya ke arah bangku yang diduduki oleh kawan2nya.
"Kedekut taik hidung masin!!" Kata Nad geram dan mengetap giginya kuat.
TBC..