Baru setapak mereka berlapan masuk ke dalam kelas ada suara sumbang lagi menyakitkan hati menegur mereka yang baru melangkah masuk ke dalam kelas.
"Hai cik abang, tengah buat apa tu lama2 kat luar kelas?" Kata Fiza sambil tersenyum sinis memandang 8 orang jejaka yang baru melangkah masuk itu.
Dia dan sepupu2nya memang dah lama perasan akan kehadiran semua ahli Dark's Knight sejak mereka sampai depan pintu kelas lagi.
"Buat apa lagi? Nak masuk kelaslah takkan nak memasak pula.." balas Mirul sambil memutar matanya ke atas.
"HAHAHAHAHA..cantik baju korang, tempah kat mana? Nanti2 boleh lah aku nak tempah juga kn?" Kata Eqah sambil ketawa sinis sambil menyindir Mirul dan kawan2nya yang lain.
"Kau! Mulut kau memang takde insuran kan?!" Berang Ewan bila kena sindir macam tu.
"Wooahh..relek lah benda kecik macam tu pun nak mengamuk ke?" Sinis Reen berkata.
"Benda kecik korang cakap? Ni mesti kerja korang kn? Baik mengaku cepat sebelum ak.."
"Sebelum korang denda kitorang? Heh, ingat kitorang kesah sangat ke dengan denda korang tu?" Kata Sya pula.
"So korang lah yang perdajalkan kitorang ni dengan ambil semua pakaian kitorang dekat locker huh?!!" Kata Aril dengan suara yang tertahan.
"Kalau ye, kenapa? Nak denda kitorang? Nak report dekat pengetua? Di persilakan ingat kitorang takut ke?" Kata Fiza dengan berani.
"Korang memang nak kena dengan aku kan?!!" Kata Ewan sambil memandang tajam ke arah semua ahli Devil's Roses.
"Bawa bertenang Wan.." kata Rie sambil menggosok belakang tubuh Ewan bagi menenangkan kemarahan kawannya itu.
"Dah2 lh tu..dari kita terus bertekak je baik kita pergi tukar pakaian. Cepat ambil beg korang." Arah Mirul yang sejak dari tadi mendiamkan diri dan menyaksikan pertengkaran yang berlaku antara Dark's Knight dan Devil's Roses.
"Lagi cepat kita tukar pakaian lagi bagus dari hadap muka orang2 yang takde sopan santun ni. Harap je perempuan tapi takde sopan santun." sambung Mirul.
Kata2 yang dituturkan oleh Mirul itu langsung tidak terkesan dalam hati semua Ahli Devil's Roses.
'Diorang ni takde perasaan ke apa sampai tak terkesan dengan apa Mirul cakap tu' kata Haziq dalam hati yang sedari tadi memerhati satu persatu wajah ahli Devil's Roses tu.
Setelah mengambil beg mereka masing2, mereka melangkah keluar dari kelas menuju ke parking kereta dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan malu.
Selesai saja mereka mengganti pakaian mereka ke pakaian yang lebih elok, mereka melangkah keluar dari bilik persalinan hendak masuk ke dalam kelas.
Dalam perjalanan menuju ke kelas, dari jauh Raif terpandangkan beberapa helai pakaian yang digantungkan di atas tiang bendera yang berada di tapak perhimpunan Hyper High School.
"Weii..tu bukan seragam sekolah kita ke?" Tanya Raif untuk meminta kepastian dari kawan2nya yang lain.
"Mana, mana?"
"Tu lah sengal..yang kena gantung di atas tiang bendera tu" jelas Raif sambil menunjukkan jari terlunjuknya ke arah bemda yang dia tengok tadi.
Ahli Dark's Knight yang lain mengikut jari telujuk Raif dan mengecilkan mata mereka memandang tempat yang disebut oleh Raif tadi.
"Ha'ah lh..tu macam pakaian2 sekolah kita je" kata Haziq menyetujui apa yang di kata Raif tadi.
"Iyeke tu pakaian kita?" Kata Ash pula kurang yakin dengan apa yang dia liat tu.
"Kalau tak percaya, jom kita tengok lebih dekat lagi" celah Rie sambil menarik tangan Ash ke tempat perhimpunan tersebut di ikuti oleh ahli yang lain.
Langkah mereka semakin dekat ke tempat tersebht dan semakin jelas penglihatan mereka. Sesampai je mereka di depan tiang, mereka menurun tali bendera memandangkan pakaian tersebut di ikat sama dengan tali bendera.
Ternyata betul kata Raif bahawa pakaian yang di gantung itu ada pakaian seragam mereka berlapan. Mereka mengambil semua pakaian itu sebelum berlalu ke dalam kelas dengan perasaan marah.
Sewaktu mereka melangkah masuk mereka minta maaf kepada cikgu yang mengajar sebab lewat masuk kelas dengan memberi alasan yang munasabah.
Muka mereka ketika masuk kelas jangan cakaplah, ketat je muka masing2 dengan wajah yang memerah menahan marah. Jelingan tajam di berikan kepada ahli Devil's Roses yang memandang sinis ke arah mereka.
'Ni mesti kerja diorang ni. Takpe korang tunggu lah apa aku dan kawan2 aku nak buat dekat korang balik nanti' kata Mirul dalam hati sambil mengenggam erat pakaiannya.
Habis je waktu sekolah, Mirul dan kawan2nya menanti ahli Devil's Roses di tempat parking kereta. Lama mereka menunggu kehadiran kumpulan nenek kebayan tu.
20 minit kemudian, muncul lah wajah2 yang mereka tengah nanti2 kn itu. Walaupun mereka satu kelas tapi seluruh ahli Devil's Roses selalu keluar lewat dari waktu tamat hari persekolahan.
"Korang berhenti kejap." Kata Mirul perlahan namun masih tegas.
Devil's Roses langsung tidak mengendahkan panggilan Dark's Knight yang berada di tepi mereka. Mereka terus je berjalan ke hadapan sebelum satu suara menghentikan langkah mereka semua.
"Hoii!! Kitorang nak cakap sikit dekat korang semua!" jerit Ewan geram sebab panggil mereka langsung tidak di layan.
"Korang nak apa?" Lambat2 Yuni bertanya dengan malas.
"Kalau orang panggil tu jawab je lah..tu pun susah ke?" Kata Ryan
"Penting ke untuk kitorang dengar?" Tanya Fiza dengan sinis.
"Tak penting untuk korang tapi penting untuk kitorang" kata Mirul tak puas hati dengan sikap ahli Devil's Roses tu.
"Apa2 jelah..so apa korang nak cakap? Cepat sikit sebab kitorang takde masa nak melayan korang semua." Kata Dee menyampah.
"Korangkan yang ambil semua baju kitorang lepas tu gantung dekat tiang bendera kan? Baik korang jujur." Kata Raif sambil memandang satu persatu ahli Devil's Roses.
"Tak" sepatah mereka menjawab pertanyaan dari Raif tu.
"Tak payah menipu sangat lh..baik korang mengaku cepat!!!" Jerkah Ewan yang mudah panas baran tu.
"Apa bukti korang menuduh kitorang buat semua ni? Macam takde kerja lain je kitorang nak buat selain perdajalkan korang" balas Nad sambil menjulingkan matanya.
"Siapa lagi yang nak kenakan kitorang selain dari korang huh? Korang je yang berani lawan cakap kitorang!" Balas Rie tak puas hati sebab Devil's Roses tak nak mengaku salah.
"Malas layan korang semua, jom" putus Fiza sebelum melangkah pergi meninggal kan ahli Dark's Knight di ikuti oleh sepupunya yang lain. Panggilan dan jeritan Dark's Kngiht langsung tidak di hiraukan.
TBC..