webnovel

Game Over, Mr. Panther!

“Kalau kita dapat bunga yang pengantin lambung, tu maknanya jodoh kita dah dekat. Hahaha! What a nonsensical fact is that?” – IZZ HANA Dia bagaikan air. Dan air selalu menang jika berlawan dengan api. Mempermainkan lelaki adalah satu hobi untuk Izz Hana. Seorang gadis periang dan selamba. Luarannya kelihatan ‘innocent’ tapi hakikatnya ‘killer’ dalam permainan cinta. Tapi, apa yang akan terjadi apabila ‘air’ tidak dapat mengalahkan ‘api’ itu? Dialah Shah Danish, seorang pemuda yang dingin dan senang naik angin. Juga digelar ‘Mr. Panther’ oleh Izz Hana. Dia bukanlah lelaki sempurna yang menjadi dambaan wanita. Tidak lagi sejak dia ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kakinya lumpuh. Namun begitu, Izz Hana bukanlah gadis yang mudah bersimpati dengan orang lain. Shah Danish dijadikan peserta seterusnya. Peserta yang dijemput tanpa diundang ke dalam permainan cintanya. Setiap bait yang diucapkan gadis itu hanyalah poin untuk mendapat ganjaran. “Kau ni pekak ke apa? Aku dah cakap, aku tak ada selera nak makan. Itu pun susah sangat ke kau nak faham?” – SHAH DANISH “Encik Shah, tak payah nak berdalih sangatlah. Aku tahu kau suka kek ni kan? Sebab tulah aku buatkan khas untuk kau. Barulah manis sikit senyuman tu. Sejuk mata aku memandang.” – IZZ HANA Setiap kali gadis itu berkata-kata, kali itu jugalah lidahnya kelu. Walau sekeras mana hatinya, akhirnya Shah Danish kalah dalam permainan cinta Izz Hana. Kehadiran gadis itu sudah meniup semangatnya untuk berubah. Tapi, apa yang akan terjadi apabila rahsia gadis itu terbongkar? Selepas enam bulan berlalu, mereka berjumpa semula sebagai pesakit dan doktornya. “Kenapa Encik Shah pandang saya macam tu? Kalau awak tenung saya lagi, nanti saya suruh nurse siapkan pembedahan untuk awak. Daripada kaki tu baru nak elok, baik tak ada kaki terus.”

Sariel_Y · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
6 Chs

BAB 2

Tiga minggu kemudian...

BINGIT suasana restoran Hotel South Aurora. Patutlah semua pekerja di sini takut dengan lelaki itu. Perkara kecil pun boleh menyebabkan gempa bumi tanpa amaran. Aku hairan, bagaimana lelaki dingin dan baran ini mendapat tempat sebagai pemilik hotel ini? Agaknya, aku patut laporkan kes rasuah atas penyalahgunaan kuasa. Yalah, bukankah aku rakyat yang berhemah?

"Sampah apa yang kau masak ni? Kau nak bunuh pelanggan ke, hah?! Ini ke headchef yang kau orang cakap hebat sangat tu?!"

Argh! Pekik telingaku dibuatnya. Tidak bolehkah dia berbincang secara baik dan tenang? Perlukah menengking begitu sekali? Kalau bukan untuk Julaikha, sudah lama aku tidak ingin bekerja di sini. Untuk apa memiliki ijazah dalam perubatan sedangkan aku harus ada di sini. Menjadi salah seorang cef di Hotel South Aurora.

"Ramai penginap merungut pasal makanan yang kau hidangkan. Masin! Leper! Komen negatif aje yang aku terima. Betul ke kau masak semua ni? Atau kau cuma main suruh-suruh aje?" kata gerangan bos itu lagi.

"Betul, Encik Shah. Saya yang masak semua ni. Saya cuma benarkan cef lain sediakan hidangan yang ringkas. Saya minta maaf, encik. Lain kali saya takkan cuai," ujar Cef Muaz dengan bersungguh-sungguh.

Cef Muaz adalah cef yang komited dengan kerjanya. Pada mulanya tertarik juga aku untuk cuba jadikan dia sebagai peserta seterusnya tapi malang sekali dia sudah berpunya. Pernah sekali dia tunjukkan aku gambar teman wanitanya semasa kami berbual. Cantik, sesuai dengannya.

"Memandangkan ni kali pertama kau buat silap, aku maafkan kau. Ini kali pertama dan yang terakhir! Kalau kau tak buat kerja elok-elok, aku nak tengok surat berhenti atas meja aku. Faham?"

"Faham, Encik Shah!"

Lelaki berlagak itu memberi isyarat kepada pembantu peribadinya. Selepas itu, kerusi rodanya ditolak untuk beredar dari restoran. Akhirnya! Aku fikir lelaki itu takkan pergi selagi bebelannya tidak memusnahkan dunia. Lenguh kakiku kerana berdiri terlalu lama.

Cef yang lain sudah kembali ke dapur. Aku berjalan mendekati Cef Muaz yang sedang duduk di salah satu meja, mengeluh berat.

"Cef okey? Jangan kisah sangat pasal bos tu. Masakan cef adalah yang terbaik di dunia. Agaknya bos tu yang tak ada lidah. Yalah, asyik berleter aje. Macamlah dia pandai sangat masak," rungutku selamba.

"Hisy, kau ni! Tak payahlah nak memuji sangat. Kalau betul masakan aku yang terbaik dalam dunia macam kau cakap, mesti gaji aku pun bertambah. Ni tak, aku hampir aje dibuang kerja. Dan kau pun, kalau aku berhenti nanti kau pula yang akan jadi ketua cef kat sini. Buat kerja elok-elok. Kalau boleh, kau cuba jadi anak didik Gordon Ramsay tu. Mana tahu, dapatlah kau popular sekejap," ujar Cef Muaz.

Aku ketawa. Untuk apa aku jadi anak didik Gordon Ramsay sedangkan aku sudah pakar dalam bidang masakan?

"Cef, saya ni lebih rela jadi anak didik cef daripada Gordon Ramsay. Sebab cef ni senang nak diusik. Seronok saya dibuatnya."

"Amboi, sedapnya mulut. Baru kerja tiga minggu kat sini dah mula tunjuk belang, ya? Tapi aku bangga juga dengan kau. Baru masuk minggu lepas, kau dah pandai sesuaikan diri. Sebelum ni kau kerja kat mana, eh?" soal Cef Muaz.

Aku menayangkan senyuman manis. Nasib baik aku sudah mengagak soalan ini akan ditanya kepadaku.

"Sebelum ni saya kerja kat salah satu restoran kat Paris. Lepas lima tahun belajar kat sana, baru saya balik Malaysia," bohongku.

"Oh, jadi maksudnya kat sana kau bekerja sambil belajar lah. So, ni kali pertama kau kerja kat Malaysia. Berpengalaman juga kau ni. Tapi kenapa first time kau masuk tu telur dadar boleh hangus? Kau masak apa kat sana?"

Aku tersengih. Apa lagi yang aku boleh tipu ini?

"Macam cef cakap lah. Ni first time saya kerja kat Malaysia. Kat sana, mereka punya peralatan high class. So, senanglah kerja saya. Kat sini saya tak biasa sangat tapi lama-lama okey."

Cef Muaz mengangguk faham. Aku masih tersenyum untuk kekalkan keadaan. Aku takkan biarkan penipuanku terbongkar.

Di sini, aku dikenali sebagai Hana. Memandangkan Shah Danish adalah abang Julaikha, aku akan guna nama belakangku. Julaikha selalu memanggilku Kak Izz, jadi tiada siapa yang akan kenal aku dengan nama Hana.

"Cef, cuba cef bayangkan. Macam mana kalau seorang doktor memasak dengan cara perubatan?" soalku selamba. Sudah lama aku terfikir tentang itu.

"Soalan apa kau ni?"

Ya, aku boleh gunakan imaginasiku untuk mengusiknya. Cef Muaz pasti akan muntah kalau aku cadangkan makanan versi perubatan.

"Cubalah cef bayangkan. Jantung masak lemak cili api, sup ginjal, otak goreng…"

"Hisy! Geli tahu tak? Tak payah ceritalah pasal benda tu."

Aku ketawa lagi. Belum sempat aku menambah, Cef Muaz sudah berlari ke dapur. Aku masih ketawa. Argh! Sakitnya perutku. Kalau Cef Muaz yang tegas itu pun aku boleh usik sehingga lari lintang-pukang, apatah lagi lelaki berlagak itu.

Muhammad Shah Danish, nama yang indah. Tidak sesuai dengan pemiliknya. Lelaki 25 tahun itu sangat menyakitkan hati. Agaknya, benarkah Julaikha dengan Shah adalah adik beradik? Yalah, perangai mereka terlalu berbeza. Julaikha seorang yang lemah lembut dan selalu saja tersenyum. Shah pula? Rasanya lelaki itu tidak pernah belajar cara untuk senyum agaknya. Setiap kali dia muncul, pasti ada aura hitam yang menyelubunginya.

Seperti harimau kumbang. Yes, mr. panther! Itulah gelaran yang sesuai untuk si muka ketat itu. Bulu yang hitam sebagai auranya. Mukanya yang garang sangat padan dengan mukanya.

Dan untuk selesaikan misi yang Julaikha minta, aku perlu jadikan Shah peserta dalam permainan cinta. Sebelum ini aku tidak pernah gagal untuk tawan hati lelaki. Dan kali ini, aku akan pastikan dia tunduk pada aku.

Shah Danish, walau sekeras mana pun hati kau aku tetap akan lembutkan hati kau. Kau akan lakukan rawatan fisioterapi seperti yang Julaikha mahukan. Dan aku akan pastikan permainan ini tamat seperti biasa.

"BIAR betul. Kau guna hacker ke untuk masuk rumah aku ni? Dah banyak kali aku tukar password, tapi masih lagi kau dapat masuk."

Harraz tidak mempedulikan rungutanku. Tetap juga dia duduk selamba di atas sofa kulit. Sudahlah ais krimku dimakannya. Sepatutnya aku pulang awal tadi. Sekarang, ais krim kegemaranku licin begitu saja.

"Oh? Kau tengok benda ni ke? Sorry ya, tadi aku lapar sangat. Lima jam aku berdiri masa buat pembedahan. Kau pun tahu macam mana aku rasa, kan?"

"Alasan! Kau tahu tak mahal aku beli ais krim tu. Sekarang aku nak makan apa?"

"Kau kan kerja kat hotel tu. Takkan tak bawa balik apa-apa?"

Aku mengetap gigi. Sungguh, aku geram dengan perangai adik kembarku itu. Sudahlah menceroboh sesuka hati dan makan ais krim kegemaranku. Tiada langsung rasa bersalah dalam dirinya.

"Lupakanlah! Aku nak mandi. Lepas ni kalau aku nampak kau kat sini lagi, aku batalkan misi yang kau orang suruh tu. Biar kau tak payah kahwin dengan Ju," ugutku serius.

Harraz terus berdiri. Dia bercekak pinggang. Apa? Tidak berpuas hatikah?

"Kami dah tawarkan sepuluh ribu untuk kau pujuk si Shah tu. Takkan kau sanggup tolak semata-mata tak nak bagi aku datang sini," Harraz mencebik.

"Sepuluh ribu tu sikit aje. Kalau nak dibandingkan dengan gaji aku kat hospital, lebih baik aku tolak aje. Tapi disebabkan Julaikha yang minta, aku terpaksa terima."

Harraz mengangkat kedua-dua tangannya di udara menandakan dia mengaku kalah. Selama ini jarang dia menyerah begitu saja setiap kali berperang mulut denganku pasti dia tidak mahu aku membatalkan misi itu.

Aku senyum bangga seraya masuk ke dalam bilik. Tahu takut! Sebenarnya, aku tidak kisah sangat kalau Harraz mahu melepak di rumahku sekalipun. Tapi kerana sikapnya yang selamba dan menyakitkan hati, aku jadi rimas. Kalau bukan untuk Julaikha dan Harraz, pasti aku masih bekerja di hospital ayahanda. Aku masih ingat lagi bagaimana mereka berdua merayu denganku. Mengingatkannya saja sudah membuatkan aku mahu tersengih dan ketawa.

Haih, sepuluh ribu ringgit akan menjadi milikku kalau aku berjaya pujuk Shah untuk menjalani rawatan fisioterapi. Lelaki itu sangat degil. Keras kepala! Mendekati lelaki itu seolah-olah jalan yang menuju ke gaung. Bahaya!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

Like it ? Add to library!

Creation is hard, cheer me up!

Sariel_Ycreators' thoughts