Mereka tidak akan teragak-agak untuk menentang keluarga Xi. Sekalipun mereka tidak melakukannya secara terbuka, banyak perkara lain yang mereka boleh lakukan, misalnya seperti menindas Empayar Xi, memusnahkan masa depan Munan dan sebagainya. Mereka dapat merosakkan keluarga Xi semudah Xinghe menghancurkan Bao Hwa. Oleh itu, mereka wajib menghalang keluarga Lin daripada memenangi pilihan raya atau nasib keluarga Xi akan berakhir!
"Tak hairanlah Lin Xuan sanggup membunuh Lin Yun dengan begitu mudah bila dia tersilap langkah," Xinghe tiba-tiba membuka mulutnya untuk berkata. Semua orang di dalam bilik terkejut. Itu benar, mungkin kerana inilah Lin Xuan terpaksa membunuh Lin Yun. Sekiranya Lin Kang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya, mereka tidak boleh ada sebarang skandal.
Munan bergumam, "Patut lah mereka tak berbuat apa-apa walaupun selepas Kakak Xia menjatuhkan Bao Hwa, mereka tak nak mengambil risiko kerana mereka sedang menunggu saat ini."
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com