webnovel

BAB 9

"Ahh.. " Annie terbaring atas lantai.

Aku juga buat perkara sama. Berbantalkan Rose yang sudah sejuk,

Fathin dan Farah bersandar di sofa manakala Nadrah dan Ain bersandar sesama mereka.

"Why you wanted to die?" Soal Annie.

Elle senyum tawar. Dia memeluk lututnya.

"Sebab Eyya dan bersalah"

"Then, sejak bila methanol tu ada dalam bilik?" Tanya Ain.

"Sejak... Berita fasal penculikan Nadrah tersebar. Elle nak mati, tapi masa hidupkan asap methanol tu, kepala jadi pening lalat dan pandangan gelap. Lepas tu bangun-bangun je Eyya ada dekat sebelah. Dia membebel banyak sangat. As I see how much she cares for me, so I just stopped"

"Aku sebenarnya... " Ayat aku terhenti.

"Aku tidak tahulah, sejak aku culik Nadrah, aku tak membebel sangat"

"Tapi awak selalu membebel bila dengan saya. Siap ajak makan maggie" Nadrah mencebik. Aku senyum.

"That's because I love you so much"

"Cinta sebagai kawan saja takpelah... " Nadrah menundukkan mukanya.

"Actually Eyya care gila pada kita dan semua orang. You just tak nampak, Eyya"

"How do I care about everybody? I don't even really care, I just do what I think I should do cause I know how it feels to be poor or something"

"Itulah kasih" Ain memandang aku.

"Eyya masih tak faham maybe sebab perasaan tu baru muncul. Tapi itulah kasih. Kasih sayang. Eyya kasih pada semua makhluk dan tanpa Eyya sedar, itulah juga sayang"

Aku senyum.

"It's weird you see me like I'm your daughter"

"It's because you need to take an advice from your 'mom'" Fathin menepuk bahu aku.

Aku mengangguk. Benar. Advice. Lagi penting.

"So... What's next?" Soal Annie sambil tersenyum.

"Kebumikan Rose dulu baru bawa aku ke balai polis"

Aku berdiri. Muka Rose sudah biru.

"Aik? Serah diri pula?"

"Salah siapa? Serah dirilah"

Ain pandang aku sekali lagi. Kali ni dia senyum tawar pada aku. Dan tiba-tiba, muncul sebuah perasaan yang aku tidak dapat memahami apakah itu.

________________________

Seminggu kemudian,.

Ain menyusun donut-donut itu ke dalam kotak. Tersenyum saja dia apabila membuat kerja-kerja itu.

pak!

Nadrah mencalit krim strawberry itu di baju Ain.

"Nah, ambil!"

"Hey!" Ain mengelak, namun tak sempat.

"Nadrah..."

"HAHAHA! Tadi buat orang kan?"

"Tak sengajalah!" Ain menutup kotak itu.

Dia meletakkan kotak itu di tepi. Kemudian dia mengambil sehelai kertas dan pen dan menulis sesuatu.

"Dah siap?" Soal Nadrah.

"Yup. Kita gerak pukul 3. Sekarang baru pukul 2. Jomlah bersiap"

"Ya, okeyh!" Nadrah senyum.

"Hmm... Sedapnya bau!" Elle berjalan ke dapur bersama-sama Fathin.

Nadrah dan Ain tergamam.

"Hai" Elle senyum.

"Elle... " Ain senyum. Tersenyum manis.

Sewaktu Eyya ditangkap, Elle juga serah diri kerana bersubahat. Dia ditahan reman 4 hari dan 2 hari lepas dia dibicara di mahkamah. Dia didapati tidak bersalah. Fathin bantu ikat jamin.

"Hai, Elle! Lama tak jumpa. Nak donut?" Soal Nadrah.

Elle menggeleng. "Saya taknak makan makanan kegemaran dia."

"Kenapa...?"

"Takde apalah. Nnti kirim salam dekat dia"

"Iya baiklah"

________________________

3.30 petang,

Hospital Mental.

"Annie!" Ain dan Nadrah berlari ke arah Annie sambil membawa kotak donut di tangan.

"hai! Lama tak jumpa!"

"We... Do met at home but you just passed by.. " Ujar Nadrah.

Annie tersengih. "Maaflah, saya sibuk sikit dengan soal siasat Eyya. She really needs help"

"Sokay, kita semua penat." Ujar Nadrah.

"Ni datang nak lawat Eyya ke?"

Ain dan Nadrah angguk serentak. Pada masa yang sama, Farah berlari ke arah mereka berdua.

"Hai"

"Farah! Farah dari mana?" Soal Ain.

"Dari... tandas... Tapi sebelum tu saya ada lawat Eyya. Dia tak sihat"

"Tak sihat?"

"Yup. But it's okay, tak teruk pun. Btw, dalam kotak tu ada apa? Donut?" Farah menyoal selamba.

"Yup. Tapi semua donut dalam ni hanya untuk Eyya, maaf. Kami ada buat lebih, ada dekat rumah. Donut frozen pun ada" Jelas Ain.

"Ouh, sokay lah. Nnti kalau rajin, saya balik rumah. Sebab lepas ni saya kena rush tempat kerja."

"Baiklah. Up to you"

"Okeylah. Nak kena gerak ni. Bye! " Farah melambai ke arah mereka bertiga. Mereka membalas lambaian tersebut.

"Ha, mana bilik Eyya?" Soal Nadrah.

_______________________

Ain dan Nadrah masuk ke dalam bilik serba putih itu. Apabila masuk, kelihatan Aaliya sedang duduk menghadap dinding dengan kepala di dinding. Lifeless. Kaki juga telah bergari.

Bilik tu kosong. Cerah gila dan sangat luas. Seperti tidak percaya, hanya seorang saja yang duduk di dalam.

Ain dan Nadrah duduk 2 meter jauhnya. Jauh, yang Aku takkan dapat capai. Besar risikonya jika mereka rapat.

"Kitaorang bawakan donut!" Ain menyerahkan kotak itu pada aku.

Aku menggeleng. Menolak kembali kotak itu.

"Takkan takde orang cakap yang aku demam?"

"Aaa~ ada. Tapi diorang cakap awak tak sihat, tak sebut pula sakit apa"

"Samalah tu! Halamak! Bunuh kang!" Aku menyergah mereka berdua. Nadrah mengesot ke belakang sikit. Dia tahu kaki aku bergari tapi dia risau andai gari itu putus.

"Balasan pada aku. Dulu aku kurung Nadrah dan gari kakinya pada dinding, kini aku mengalami nasib yang sama. Tapi... " Aku senyum.

"Aku LTK"

"Ya Ain tahu. Tapi Eyya dah janji taknak bunuh-bunuh dah kan? Semua yang terjadi adalah ketentuan Tuhan dan semua orang atas muka bumi ni adalah baik. Yang jahat adalah sifat mereka." Tegur Ain.

Aku mengangguk. Terasa gatalnya hidung. Panasnya badan.

"Andainya dapat putar masa, Aku bunuh diri sendiri saja sejak kecil"

"Janganlah cakap macam tu" Nadrah bersuara.

"Masa kecil, kau baik sangat. Walaupun aku bersifat dingin dekat kau, kau layan aku dan semua orang baik je. Sampai sekarang. Walaupun kau dah bunuh ramai orang, tapi sikap kau, buat aku sedar yang kau takdelah jahat sangat macam aku fikir sebelum ni" Nadrah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ouh.. Patutlah kau layan aku dingin gila masa dekat sekolah, kau sangka aku jahat rupanya"

Nadrah tersengih.

"Aku ingat lagi masa kau tertumpahkan air aku atas baju aku. Mulanya aku marah tapi bila tgk kau pun kena juga, Aku rasa baguslah. Takdelah aku malu sorang ii"

"Ain sebaris dengan Nadrah time tu, Ain nampak muka Nadrah masam" Ujar Ain sambil tersenyum.

"Time tu tak reti berkawan"

"Tapi, kalau semua ni tak berlaku, aku takkan dapat prngajaran dan takkan bina aset yang susah payah aku usahakan. Terima kasih, guys"

"Sama-sama. Tapi... Bukalah kotak tu, penat kitaorang buat tu"

Aku mengeluh. Not really hungry or berselera. I need to sleep act, tapi aku turutkan saja. Aku ambil kotak donut itu dan buka. Aku terkesima. Donut yang ada... Muka.

Setiap donut ada muka. Muka aku, Annie, Ain, Farah,Nadrah, Elle dan...Rose.

Tanpa fikir panjang, aku terus mengambil donut Rose dan makan sikit demi sikit.

"Ehhh..! Tadi kata tak lapar?" Soal Nadrah.

"Rose dah mati. Tak elok pula'

Nadrah mencebik. Hanya Rose saja yang perisa milky carrot. Dia baru ingat nak rasa.

Aku pandang donut yang mukanya seperti Elle.

"Elle... Okey?"

"Okey. "

Aku senyap. Aku meletakkan baki donut Rose di dalam kotak. Tiba-tiba, air mata aku mengalir di pipi.

Aku susahkan dia, aku libatkan dia, aku buat dia tak tenteram, dia yang tolong aku sejak sekolah menengah tapi dia tanggung derita lebih dari Nadrah sendiri.

Air mata aku jatuh setitik demi setitik dan hanya diperhatikan oleh Ain dan Nadrah.

~Tamat~

Maaf author demam, ending tak best-,- tgh penat

By Eyya Dhyna