webnovel

BAB 8

"Apa yang berlaku?"

Aku berkerut. Lihat Fathin sudah tidak sedarkan diri di atas lantai. Juga terdapat seorang lelaki di dalam bilik.

"Kau bawa lelaki masuk bilik?" Soalku tegas. Sepatutnya aku tolong Fathin dulu.

"Forget about her! Fathin, Eyya!" Farah menarik tangan aku. Aku mendengus. Kemudian duduk di hadapan Fathin.

Aku periksa nadi nya, periksa kadar degupan jantung. Juga aku buka mata kanannya.

"Dia pengsan sebab tekanan. Bawa dia masuk bilik, buka tudung dan longgarkan baju dia supaya senang dia nak bernafas" Ujarku.

"Baiklah. Tapi macammana nak bawa dia masuk bilik?" Tanya Elle. Mereka kecil, macammana nak angkat Fathin?

"Fiq boleh angkat"

"Fiq?"

Lelaki yang berada di dalam bilik itu keluar dari bilik lalu terus mengangkat Fathin masuk ke bilik sebelah.

Setelah meletakkannya di atas katil, Fiq keluar semula.

"Macammana kau kenal dia?" Soal Rose.

"Ada banyak benda kau tak tahu, Rose" Ujarku.

Tanpa buang masa, Farah dan Elle masuk ke dalam bilik Fathin until buat apa yang Eyya suruh tadi.

"Apa yang kau tahu tapi aku tak tahu?" Tanya Rose. Dia mula rasa curiga dengan aku.

"Macam ni" Aku terus menendang perut Rose hingga dia jatuh terjelupuk ke lantai. Kepalanya terhantuk pada lantai.

"Ah! Kau dah gila ke!?"

"Kau yang gila!" Aku mengeluarkan picagari dari dalam poket baju lalu terus cucuk di lengan kirinya. Dalam beberapa saat saja, dia sudah lemah dan tidak sedarkan diri.

"Apa jadi kat luar?" Farah menjenguk ke pintu. Dia tak dapat lihat apa yang terjadi di luar bilik. Dia dengar suara Rose dan Eyya sedang bergaduh.

Elle senyap. Badannya menggigil.

"Jap, aku nak tengok diorang" Farah berdiri namun lengannya ditarik Elle.

"Please don't go outside"

"Why? I just want to see them"

"No, please no"

"Ah! Apa benda kau ni? Janganlah halang!" Farah menarik tangan lalu terus berlalu ke pintu bilik.

PANG! KRANG!

Sebuah kaca dipecahkan di kepala Farah. Terduduk Farah dibuatnya.

"Kau... "

"Sleep tight" Aku senyum. Pandangan mata Farah kian kabur dan menghitam. Akhirnya dia terbaring di atas lantai.

_____________________

Kecuali Annie, semua orang sudah ada. Annie ada meeting pula fasal medik. Namun tanpa dia, kerja aku semakin mudah.

Semua orang aku telah letak di rang tamu. Hanya Ain dan Nadrah saja yang sedar. Yang lain tak sedarkan diri. Aku taknak Farah mati, aku rawat kepalanya sebaik saja dia pengsan tadi.

"Ahh... Nak tunggu doktor tu lambatlah. Apa kata kalau kau tembak je semua orang? Kan senang?" Fiq memacukan kayu di kepala Elle seolah-olah mahu menembaknya.

"Ish, blah lah!" Elle menolak Fiq. Fiq ketawa.

Aku langsung tidak ketawa. Tidak rasa apa-apa. Aku bukan tunggu Annie, tapi tunggu diorang semua sedar.

"Eyya, lapar" Ujar Nadrah perlahan.

"Lapar? Kau nak ni? " Fiq memacukan pula kayu itu di kepala Nadrah membuatkan Nadrah berasa tidak selesa.

"Pergilah, main jauh-jauh" Aku menolak Fiq lembut. Kemudian aku pandang Elle,

"Elle, ambilkan sandwich dalam peti."

Elle angguk. Elle berdiri lalu terus berlari ke dapur. Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan kotak sandwich di tangan. Diserahkannya kotak itu pada aku.

"Ambillah, ada sandwich tuna dan telur. Kalau Eyya, Eyya suka telur. Tak suka tuna, busuk" Ujarku sambil tersenyum.

Ain dan Nadrah ternganga. Mereka menunjukkan tangan yang digari dengan besi itu.

"Ouh lupa" Aku mengambil sandwich telur. Kemudian diletakkan di atas tangan mereka berdua. Selebihnya, pandai-pandailah mereka makan.

"Ha~Hachoo!!"

Kedengaran suara bersin yang sangat kuat keluar dari mulut seseorang. Seseorang yang berada di kalangan gadis yang tak sedar diri. Iya, Fathin bangun dulu.

"Alhamdulillah. Lapar?"

"Lapar?" Fathin masih terkebil-kebil. Tadi hidungnya masuk habuk, bila bersin je baru dia sedar sepenuhnya.

Fathin melihat sekeliling. Mimpi ke realiti? Dia dapat lihat dengan jelas setiap perkara yang sedang berlaku.

"Nadrah... " Fathin memandang Nadrah yang sedang berselera makan sandwich. Penampilan Nadrah sangat berbeza dengan Nadrah yang sebulan lalu.

"Ain... " Fathin sedikit tersenyum. Namun saat dia mahu bangun, kakinya tidak dapat bergerak.

"Ah... Kenapa..."

"Kaki Koran semua kena bius. Ingat aku baik sangat ke?" Soalku. Muka aku garang sahaja. Sedikit pun tidak senyum.

"Tapi kalau lapar, makanlah"

Fathin tersentak. Di sebelah aku, ada Elle. Dia lagi terkejut apabila baru perasan Elle disitu.

"Eyya! Kenapa buat kitaorang macam ni?!"

Fathin cuba menggerakkan kakinya namun tak boleh. Kakinya kebas.

"Aku nak cerita tapi... "

TUP!

"Ah.. "

Rose dan Farah terjaga. Farah lebih sakit kerana kepalanya dihentak dengan kaca tadi.

"Bagus, semuanya dah bangun." Aku senyum.

Walau masih kabur, Rose cuba untuk memerhatikan sekeliling dengan lebih teliti lagi.

"Ah! Ke.. Kenapa aku kena gari ni? Aduh! Kaki.. "

"Shhh" Elle meletakkan jari di bibir Rose membuatkan ia terdiam.

"Jangan bising. Saya taknak bunuh sesiapa"

Farah juga tidak berani bersuara. Dia tahu dia dalam bahaya, dia tahu dirinya dimana dan dalam situasi apakah yang dia sedang lalui, walaupun dia juga takut dan sedikit panik, namun dia tahu andai dia menjerit sekali pun, tiada siapa akan tolong.

"Ahh... " Farah menggeleng-gelengkan kepala. Kepalanya rasa berdenyut-denyut.

Elle duduk di hadapan Farah. Farah memejam matanya apabila Elle mahu menyentuh kepala. Sangkanya Elle akan menyakitkan namun sebaliknha. Elle menyentuh kepala Farah dengan lembut.

"Sini sakit?"

Farah membuka matanya. Selamat.

"Kalau sakit, kena tahan. Takde cara nak hilangkan sakit luka di kepala. Tapi awak tak boleh mati... Setiap nyawa sangat bernilai... " Elle senyum. Pandangan matanya sayu membuatkan Farah tergamam seketika.

"Hei, sudahlah" Aku membaling bantal kepada Elle.

Elle mengaduh kecil kemudian bangun dan berdiri di sebelah aku. Fiq pula dengan dunianya sendiri. Bermain-main dengan kayu. Aku tahu dia bosan.

"Haa memandangkan semua dah ada, sebelum aku bunuh sekor-sekor, ada soalan?" Soal aku sambil memegang sepucuk pistol di tangan.

"Ada" Fathin mengangkat kedua-dua tangannya kerana tangannya telah digari.

"Mana Annie? Aku ada salah pada dia, aku nak minta maaf pada dia sebelum aku pergi"

"Annie..?" Aku meletakkan pucuk pistol itu dibibir.

Aku pandang Fiq. Aku menghalakan pistol ke arah Fiq.

BANG!!

Bunyi das tembakan yang kuat buat mereka semua kecut perut. Namun peluru itu tidak kena pada Fiq, tetapi mengena dinding di hadapannya.

"Go"

Fiq terus berlari ke pintu utama. Secara tiba-tiba, Annie keluar dari celah kerusi dan masuk ke dalam bilik. Dia mahu tutup dan kunci pintu tapi Fiq dapat menahannya.

"BUKALAH!" Marah Fiq. Suaranya yang bengis buat Annie bertambah panik.

PAM!

Pintu bilik dihentak dengan kuat. Tangan Fiq dan Annie masing-masing cedera. Namun, Annie tetap buat tindakan pantas dengan mengunci pintu bilik utama, iaitu pintu bilik Elle.

"Ah! Terlepas! " Fiq mendengus.

Annie terduduk di hadapan pintu. Dadanya berdebar-debar dan berombak. Peluh menguasai dirinya sekarang. Dia tak boleh berfikir dengan waras sekarang ni.

Apa yang dia kena buat? Call polis? Dia tertinggal handphone dekat kerusi tadi sebab terlalu panik.

"Kau ni, lain kali jangan tanya fasal Annie! Dia jelah satu-satunya penyelamat tadi! " Tegur Rose dalam suara yang amat perlahan tapi Aku masih boleh dengar.

"Betullah apa orang cakap, kalau marah, semua benda tak kena" Ujarku.

"Huh?"

"Kau tak ingat? 9 Tahun lepas.... "

________________

"Apa kau buat dekat handphone Aku?! Tgk dah pecah!" Rose menolak aku ke tepi. Tidak sempat langsung untuk aku menerangkan apa sebenarnya yang terjadi.

"Tapi... "

"TAPI APA?! KAU BANGSAT TAHU TAK?! HENPON NI BOYFRIEND AKU HADIAHKAN!" Rose menendang perut aku dengan kuat hingga aku terjelupuk ke tanah.

"Aku... Aku minta maaf, tapi serius bagi aku terangkan dulu! Aku boleh bayar balik!"

"Kau nak bayar apa ha perempuan!? Ni IPhone tau! Kau takkan mampu bayar punya! "

BAM!

Rose membaling telefon itu dikepala aku.

Kemudian dia terus blah macamtu je. Dia tinggalkan aku seorang diri disitu... dengan telefon yang hancur dek dibaling dengan kuat tadi. Perlahan-lahan, darah pun turun ke pipi.

_________________

"Tahu tak kau telah merosakkan hamba Allah?" Soalku. Aku mengacukan pistol itu ke arahnya.

Rose mula panik dan risau. Dia cuba untuk menyorok di belakang Farah dan Fathin.

"Saya tak pernah buli orang macam apa yang dia buat, tapi kenapa saya kena kurung?" Soal Nadrah tiba-tiba.

Aku tergamam. Aku menurunkan senjata. Rose mula rasa lega sikit. Baginya, biarlah orang bertanya banyak-banyak. Lagi lambat waktunya until dia mati.

By Eyya Dhyna