webnovel

Bab 12_Sesuatu!

Berada di tepi pantai dengan angin yg kuat dan cahaya bulan yg amat terang. Aku menarik baju utk menahan kedinginan. Hazama ternampak aku menahan kesejukan, lantas dia memberi aku jaketnya pada bahu aku dan sempat dia mencubit pipiku. Aku menepuk tangannya kerana sempat berbuat demikian. Dia hanya ketawa melihat gelagat manja aku dan tiba-tiba sahaja mereka mengambil gambar-gambar kami dalam tidak sedar. Ketika itulah Hazama mahu mengambil gambar kami. Jadi Zul menghulurkan kameranya pada Hazama dan dia mengundur kebelakang sedikit utk mencari fokus gambar yg cantik dan sesuai. Semasa dia mahu menekan butang kameranya, tiba-tiba datang seorang lelaki yg tutup mukanya lalu dihadapan Hazama dan menikam tepat perutnya dengan sebilah pisau. Hazama rebah ke tanah sambil menahan kesakitan. Kamera Zul pecah berderai kerana ianya terlepas dari genggaman tangan Hazama. Kami semua terkejut. Lantas aku dan Zul terus menuju ke arah Hazama manakala Amir dan Naufal cuba sedaya upaya mengejar lelaki itu. Aku memangku kepala Hazama pada pehaku dengan linangan air mata. Zul pula mengoyakkan lengan bajunya dan cuba menekan perut Hazama dengan cebisan kain itu. Dia terus meminta bantuan org ramai utk menghubungi ambulan dan polis. Lama kami disitu hingga Amir dan Naufal datang kembali pada kami. Mereka juga tidak dapat mengesan dan mengecam lelaki tersebut kerana mengikut kata mereka dia lari dengan laju seolah-olah dia telah merancang dengan teliti. Tidak lama kemudian, ambulan dan pihak polis tiba di kawasan kejadian kami dan kami terus segera berkejar ke hospital bersama. Dulu aku yg berada atas katil itu. Tetapi sekarang adalah giliran Hazama yg kebujur layu di atas katil itu. Kami menunggu sehingga sekitar jam 10 malam sehingga mereka selesai melakukan pembedahan. Menurut doktor, nasibnya baik kerana hanya tertembus kulit. Ianya tidak terkena pada abdomen yg penting seperti buah pinggang atau hati. Mama dan papa Hazama dari Kuala Lumpur terus menuju ke hospital bersama Mak tok dan tok ayah. Hazama telah dipindahkan ke wad icu. Wad itu tidak membenarkan ramai pelawat. Hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan. Ketika aku melihat Hazama terbujur kaku di atas katil, aku menjadi sebak dan menangis kerana teringat kepada perkara petang tadi. Aku memang tahu musuh Hazama berada di mana-mana sahaja tetapi aku tidak menyangka sampai boleh sejauh ini. Aku takut jika apa-apa yg akan terjadi pada Hazama. Kawan-kawannya mula memujuk aku dengan memberi kata-kata semangat. Walaupun tidak berapa membantu, tetapi ianya boleh melegakan.Sepanjang minggu itu, aku langsung tidak study utk menghadapi peperiksaan yg semakin hampir kerana aku hanya berada di hospital utk menjaga Hazama. Tiba sebelah petang, Mama dan papa Hazama mengambil giliran utk menjaganya dan aku mahu pulang. Sebelah malam aku telah memberitahu mama yg aku tidak dapat menjaganya lagi sepanjang minggu lagi kerana aku perlu menghadiri peperiksaaan akhir semester. Merka faham dengan keadaan aku. Jadi mereka menerima keputusan aku. Sepanjang minggu itu aku langsung tidak mendengar khabar dan cerita darinya. Sejurus habis minggu peperiksaan dan cuti penggal bermula, aku segera ke hospital. Dengar dari mak tok, Hazama telah pun sedar dan sekarang sudah beralih ke wad pemulihan. Wad itu terbuka kepada sesiapa sahaja yg datang melawat. Ketika aku sampai di katil Hazama. Terdapat tiga orang wanita di katilnya dan salah seorang sedang menyuap Hazama makan sambil memberi kata-kata semangat padanya. Aku hanya menyembunyi di balik tabir sahaja. Tiba-tiba Amir, Naufal dan Zul menepuk bahu aku dari belakang. Aku menoleh dan melihat mereka tersenyum memandang aku yg sedang sembunyi. Dia menolak ku terus ke katil Hazama. Mereka memberi sebakul buah dan letak bakul itu disisi katil. Hazama memandang ke arah aku dalam keadaan yg kurang menyenangkan.

Hazama: Kenapa dia ada kat sini lagi?

(Aku dan kawan-kawannya turut

terkejut dengan soalan darinya.)

Naufal: Aik, dia tunang kau. Mestilah dia ada

kt sini. Takkan lah dia nak tidur pulak.

Pelik juga soalan kau ni, Ma.

Hazama:Aku tak nak jumpa dia lagi. Tolong

keluar!

( Mereka terkejut Hazama

menghalau aku keluar. Walaupun

aku terkejut, tetapi aku hanya

mengiakan sahaja. Mungkin dia

perlukan masa. Aku mengangguk

dan kaki hampir melangkah pergi.

Namun telah di tahan oleh Zul dan

Amir.)

Amir: Kau dah kenapa,Ma? Dia jaga kau

sampai tak tidur malam tau. Kau biar

betul?

Hazama: Jaga aku? Dah dekat 3 hari aku

sedar, dia tak datang jenguk aku

langsung! Yg datang hanyalah Rania

dan kawan-kawannya. Datang

bergilir dengan mama utk jaga aku.

Kalau rasa aku ni menyusahkan

hidup kau, lebih baik kita berpisah je.

3 wanita itu memandang aku atas bawah. Nampak seperti merekaberpuas hati dengan kutukan Hazama yg ditujukan pada aku. Aku hanya menahan sebak utk menunjukkan aku kuat utk menerima semua ini. Zul terus menarik tangan aku mendekati Hazama. Tapi Hazama hanya menoleh ke arah lain. Dia tidak mahu melihat wajahku lagi. Aku menarik cincin dijariku dan meletakkannya atas meja sebelahnya. Naufal dan Zul cuba memujuk aku tetapi dengan wajah selamba, aku hanya mengucapkan terima kasih kerana percaya pada aku selama ini. Dan selepas ini kita mungkin tidak akan berjumpa lagi. Kaki aku melangkah pergi meninggalkan Hazama yg kelihatan benci utk melihat wajahku. Baru satu minggu aku tinggalkan,dia terus berubah hati. Memang kejam, namun apa kan daya. Dia lebih mempercayai Rania dari diriku. Walaupun aku kata tidak kisah, tetapi hati aku mula menangis. Aku sedih sehingga tidak mahu mengingati kenangan dan dirinya lagi. Jadi aku telah meminta mak tok dan tok ayah menghantar aku belajar ke luar negara.

Aku tinggalkan pelajaran aku di malaysia dan meneruskan pelajaran aku di Australia. aku menyambung legesi tok ayah iaitu Business. Aku cuba mempelajari budaya dan suasana hidup dinegara orang. Aku habiskan pelajaran aku selama 5 tahun dan aku terus tinggal di sana. Aku dapat kerja sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat besar. Sebelum aku pulang mengambil alih syarikat tok ayah. Aku mahu mencari pengalaman. Disamping aku masih tidak dapat lupa kejadian dulu. Selama aku tinggal disana, tiada siapa yg datang hinggalah aku kembali ke kampus aku di Australia, Aku terserempak dengan Wafie. Dia masih sama tidak berubah. Mungkin lebih sedikit kacak. Tapi pada aku dia tetap perempuan. Aku tidak dapat menyangkal yg dia masih seperti dulu. Masih Wafie yg dulu. Cuma mungkin cuaca menyebabkan wajahnya kemerah-merahan sedikit dengan kulit putih mulusnya, jelas kelihatan wajahnya yg menahan kesejukan cuaca di sana. Wafie mengajak aku minum sambil berbual di sebuah cafe yg berdekatan.

Wafie: Kau apa khabar sekarang?

Aku: Alhamdulillah.. Aku sihat dan baik je.

Macam mana kau boleh ada kt sini?

Wafie: Lisa, kau masih tak berubahkan? Masih

cantik dan sweet macam dulu. Aku

datang sini sebab kau la. Hati dan

perasaan aku sama macam dulu juga

Lisa dan ianya tidak akan mungkin

berubah.

Aku: Wafie. Kau cukup sempurna tapi sayang

kau tu perempuan. Tolong la Wafie.

Sedar la diri kau tu sikit! Kalau kau

datang memang nak ganggu aku, aku

rasa lebih baik kita jangan jumpa lagi!

(Kaki ku bingkas bangun meninggalkan

Wafie. Tapi di mengejar aku dan menarik

tanganku.)

Aku: Lepaskan aku! Kau nak apa lagi?

Wafie: Kau tahukan Hazama dah berkahwin

dengan Rania? Dah ada anak pun.

Kenapa kau masih mengharapkan dia

datang lagi pada kau?

Aku: aku tak mengharap pun Wafie.! Aku

cuma nak cari kebahagian utk diri aku.

Itu pun salah ke? Aku datang dan tinggal

kat sini sebab aku nak mulakan hidup

baru. Tanpa Hazama! Tanpa kau! Dan

tanpa semua yg kenal dengan aku. Aku

nak lupakan walaupun susah.

Sedang aku bertelagah dengan Wafie, tiba-tiba sepasang couple dari classmate aku, Jacob dan Christina lalu dan dengan segera aku mendapatkan mereka. Aku memaut tangan Jacob dan berlalu pergi. Christina mula mengejar kami dan aku terus meninggalkan Wafie yg terkapai-kapai keseorangan di situ. Selepas jauh, aku meminta maaf pada kedua pasangan itu kerana terpaksa berlakon. Mereka hanya ketawa melihat gelagat aku dan mereka memaafkan aku. Mereka memberi cadangan supaya aku mencari pasangan hidup. Aku hanya tersenyum dengan cadangan mereka. Menurut mereka, Abang Christina, Christ sedang mencari pasangan. Aku tidak membalas jawapan mereka.Namun, Christina bertegas mahu temukan aku dengan lelaki itu. Jadi kami diberi masa dan tempat utk berjumpa.