Alex bangun pagi ,bersiap dan menghantar Aiman ke sekolah tadika,
Alex mencari kelibat Nicca namun Nicca belum datang ke sekolah .
Alex menunggang motor Pak Long dan semasa Alex keluar dia ternampak Nicca baru sahaja tiba di sekolah tadika ,
Nicca tidak melihat Alex dan mengabaikan dia ,perasaan Alex masa tu merasakan dirinya diabaikan oleh Nicca dan beberapa kali Alex cuba meyakinkan Nicca bahawa dia adalah sahabatnya dulu namun Nicca masih lagi tidak mempercayainya namun Alex tetap cuba untuk meyakinkan Nicca,
Alex juga ingin meluahkan perasaannya terhadap Nicca namun masa belum lagi mengizinkan.Walaupun Alex dihalang oleh keluarganya berjumpa Nicca,dia tetap mahu berjumpa dengannya dan Melisa pula tetap mencintai Alex walaupun Alex telah menyatakan untuk 'break'
Alex pergi berjumpa dengan Noah kerana 1 minggu mereka tidak meluangkan masa untuk berbual ,baru sahaja Alex ingin mencari Noah ,Noah sudah menegur dan menepuk bahunya
"Morning bro"
Mereka berjabat tangan ,tetapi daripada senyuman sinis Noah membuatkan Alex merasakan pasti akan ada sesuatu yang akan berlaku.
"Morning lama tak berborak dengan kau baru je tadi aku nak cari kau then kau dah ada depan mata aku panjang umur"
"Oh apa yang kau cakap dengan aku?"
"Tentang Nicca korang berdua ada hubungan ke?"
Hari ini Alex ada peluang untuk bertanya status hubungan Noah bersama Nicca kerana dia telah lama menantikan,Noah menarik nafas dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
"Dulu kami schoolmate masa sekolah menengah ,aku suka kat dia tapi dia tak suka aku tapi aku tetap nakkan dia kenapa kau tanya jap macam mana pula kau kenal Nicca ?"
Noah berpeluk tubuh merenung dinding ,riak wajah Alex berubah saat dia mendengar kenyataan dari Noah ,Alex mulai rasa lega dan senyum.
"Adik sepupu saya Aiman yang cakap nama cikgu dia tu Nicca, dia sahabat saya dulu masa kami budak-budak ,kami schoolmate masa sekolah rendah tapi 2 tahun je kami berkawan kami dah rapat tapi bila family aku pindah ke Kuala Lumpur aku terpaksa akur ikut then aku dengan Nicca berpisah dan sekarang kami bertemu kembali"
"Kau yakin Nicca yang kau jumpa sekarang sahabat kau dulu ?"
"Yes why?"
"Jangan cepat percaya Alex sekarang banyak orang yang suka tipu tau"
"Haha takkanlah Nicca yang aku jumpa ni nak tipu aku pula?"
"Mulut orang ni kalau nak tipu mulut dia manis je sampaikan orang yang dia tipu tu cepat terpedaya so be careful bye"
Noah memberikan senyuman sinis pada Alex dan berjalan meninggalkan Alex ,Alex seakan-akan tidak percaya pada kata-kata Noah.
****
"Bos kami dah jumpa orang yang sangat kuat boleh kalahkan perempuan tu"
"Good now saya pergi sana dengan Noah"
Sesudah Melisa dan Noah sampai di 1 gudang iaitu tempat konco-konconya tinggal Melisa dan Noah keluar dari kereta dan masuk ke dalam.
Konco-konconya tunduk memberi salam pada mereka berdua.
"Ni orang yang kami cakap tadi nama dia Jen"
Badan lelaki itu bertubuh sasa dan mukanya juga seperti seorang pembunuh sehingga Melisa bersetuju mengambil dia sebagai ahli baru dalam kumpulan mereka dan mengharapkan dia dapat kalahkan Nicca dan menghancurkan hubungan Nicca bersama Alex serta Nicca dapat menerima cinta Noah,
Melisa menunjukkan gambar Nicca pada lelaki itu.Gambar itu adalah daripada Noah sewaktu mereka bergambar dalam kelas di sekolah dahulu.
Lelaki itu bersetuju untuk membantu mereka ,Mereka semua ketawa sebagai tanda kemenangan dan mereka mula merancang untuk merosakkan hubungan Nicca dan Alex.
Melisa dan Noah gembira kerana dapat bertemu dengan Jen yang sudi membantu mereka.Mereka berdua mula berangan yang mereka akan dapat bersama orang yang mereka cintai.
Alex menekan nombor Nicca dan menelefonnya.
"Hi Nicca"
"Hi kenapa?"
"Jom malam jumaat ni kita keluar"
"Pergi mana?"
"Saya nak ajak awak makan di restoran dan bawa awak shopping kalau awak sudi ikut saya"
"Em but"
"Kenapa awak tak percayakan saya? Saya janji akan jaga awak nanti dan tak buat apa-apa dengan awak saya cuma nak luangkan masa keluar dengan awak sebab awak kan kawan rapat saya dulu"
"Erh..Alex"
"Takpe saya faham saya tunggu awak kat depan rumah boleh awak bagi alamat tempat awak tinggal sekarang?"
Nicca memberikan alamat pada Alex dan Alex menamatkan perbualan mereka di telefon.
Melisa telah mendengar perbualan Alex dan Nicca
"Awaslah korang berdua" senyum sinis.
Jumaat
Tepat jam 8 malam ,Alex berada di depan rumah sewa Nicca dan menunggunya.
Nicca keluar dan Alex tergamam melihat Nicca yang kelihatan cantik dengan rambutnya diurai .Khayalan Alex terhenti saat Nicca menegurnya.
Mereka pergi ke restoran dan makanan di sana juga agak mahal,beberapa kali Nicca menolak ajakan Alex untuk pergi ke restoran itu, Alex tetap menyuruhnya ikut sama,
Alex membuka pintu dan mendahulukan Nicca untuk masuk.
Setelah mereka siap makan ,Alex berjalan beriringan dengan Nicca menuju ke motor ,Mereka langsung tidak berbual.Alex cuba mencapai tangan Nicca namun tidak berjaya kerana seorang lelaki bertubuh sasa sambil membawa pisau menegur mereka berdua ,lelaki itu menarik lengan Nicca, pegangannya sangat kuat hingga membuatkan lengan Nicca sakit ,Alex menumbuk sebelah pipi lelaki tersebut hingga jatuh namun lelaki itu lekas berdiri semula dan mengajukan pisau ke perut Alex ,Alex jatuh dan pengsan,Nicca yang melihat kejadian itu terkejut dan pergi mendekati Alex ,lelaki itu menarik sekali lagi lengan Nicca dan Nicca menendang perut lelaki itu ,akibat tendangan Nicca yang sangat kuat,lelaki itu jatuh dan berlari selepas ada beberapa lelaki datang menghampiri mereka.
Nicca meminta tolong daripada mereka untuk membawa Alex pergi ke hospital ,Nicca menangis melihat Alex menahan kesakitan pada perutnya.
Beberapa lelaki tersebut mengangkat Alex menuju ke kereta mereka.Nicca sempat mengambil kunci motor Alex tadi dan menunggang motor Alex dan mengekori kereta lelaki tersebut yang membawa Alex ke hospital.
Setelah mereka sampai di hospital,Alex dimasukkan ke dalam bilik kecemasan,Nicca ingin masuk tetapi dihalang oleh jururawat dan menyuruhnya menunggu di luar.Nicca menangis tanpa henti kerana merisaukan keadaan Alex.Beberapa lelaki tersebut yang membantu mereka berdua tadi menenangkan Nicca namun Nicca masih lagi menangis .Lelaki tersebut memberikan nasihat pada Nicca agar tetap sabar.Lelaki itu menyuruh Nicca menyandarkan kepalanya di bahunya,Nicca hanya mengikut arahannya dan tertidur tetapi dia masih risaukan Alex.
Lelaki itu berasa kasihan pada Nicca dan lelaki yang berada di bilik kecemasan.Mereka juga menyangka Alex adalah 'boyfriend' Nicca.
Setelah beberapa jam mereka menunggu di luar,akhirnya Doktor keluar.Nicca terjaga dari tidurnya apabila mendengar pintu dibuka.
"Kamu kawannya?"
"Bukan kami cuma bantu saja tadi sebelah saya ni girlfriendnya"
Nicca terkejut mendengar lelaki itu menyatakan dia adalah girlfriend Alex .
Doktor mengalhkan pandangannya ke arah Nicca.
"Macam mana keadaan dia?
Nicca bertanya pada Doktor itu
"Keadaan dia ada ok sikit,luka di perutnya sudah kami jahit dan sekarang dia masih koma tapi jangan risau saya pasti dia akan sedar kamu boleh masuk tengok dia"
Nicca hanya mengangguk faham ,dia tidak mampu berkata apa-apa dan masuk ke dalam bilik kecemasan.
Nicca pergi mendekati Alex dan duduk di sebelah Alex.
Nicca menangis melihat Alex dan memegang tangan Alex
"Sorry sebab saya awak jadi begini"
Nicca memegang tangan Alex dan Nicca ternampak rantai di leher Alex yang sentiasa dipakai oleh Alex dulu,barulah Nicca percaya dan menyesal kerana tidak mempercayai Alex adalah kawan rapatnya dulu.
Nicca merasakan perasaan bencinya terhadap Alex selama ni telah pun berubah menjadi sayang dan dia takut kehilangan Alex.
Nicca membaringkan kepalanya di sebelah lengan Alex dan tertidur sambil tangannya masih memegang tangan Alex dan berharap Alex akan sedar.
****
Pagi.
Jari telunjuk Alex bergerak menandakan Alex telah sedar.Alex membuka matanya dan melihat Nicca tidur di sebelah lengannya.Alex membangunkan Nicca dan Nicca terjaga dari tidurnya dan Nicca gembira melihat Alex sudah pun bangun tetapi Nicca malu kerana dia masih memegang tangan Alex,Alex hanya senyum padanya dan Nicca membalas senyumannya
"Awak ok?"
"Ok"
Nicca ingin melepaskan tangannya daripada Alex ,Alex memegang tangan Nicca dengan erat dan tidak melepaskan tangannya.
"Awak risaukan saya pula kan?"
"Sebab sayangkan awak saya risau"
"Awak sayangkan saya?"
Nicca malu sekali lagi kerana terlepas cakap Nicca mengabaikan pertanyaan Alex.Nicca menggunakan sebelah tangannya kirinya untuk mengambil telefon dalam begnya.
Nicca melihat notis di screen telefonnya "10 panggilan tidak dijawab"panggilan itu adalah daripada Nora.
Nicca menekan nombor Nora dan menelefonnya,suara Nora seperti risau dan Nicca menenangkan Nora dan menyatakan mereka berada di hospital.Nora bersetuju untuk pergi ke hospital melawat mereka berdua selepas dari tadika.
"Siapa yang tolong kita semalam?"
"3 .."
Belum sempat Nicca menjelaskan semuanya,. beberapa lelaki semalam yang membantu mereka mengetuk pintu dan Nicca menyuruh mereka untuk masuk.
Alex dan Nicca mengucapkan terima kasih pada beberapa lelaki tersebut.Mereka adalah pelajar dari universiti ,bertubuh sasa dan boleh dikatakan handsome.Rupa-rupanya mereka tidur di luar dan mengawasi Alex dan Nicca agar tidak diekori lagi oleh lelaki yang mencurigakan semalam.Setelah mereka siap berbual,mereka balik dan Nicca mengucapkan terima kasih lagi pada mereka.
****
Doktor Melisa dan Noah saling berpandangan kerana risau rancangan mereka berdua kantoi,mereka menghampiri Alex dan Nicca.
"Sayang awak ok ke saya risau tau awak langsung tak call saya tengok apa dah jadi pada awak gara2 perempuan ni awak cedera"
Melisa senyum sinis melihat Nicca dan menjelingnya,Nicca menundukkan kepalanya dan menarik tangannya dari genggaman Alex
"Saya ok je sebab Nicca jaga saya, yang awak nak salahkan Nicca kenapa? Nicca bukan punca semua ni faham semua ni sebab lelaki gila tu semalam kacau Nicca!" Suara Alex makin tinggi
"Cakap je pun awak dah nak marah"
"Mestilah saya tak nak awak salahkan Nicca dalam hal ni faham! Siapa hantar Aiman tadi?"
"Noah yang tolong kami, kalau harapkan awak memang tak boleh diharap langsung"
Melisa menjeling Alex dan Nicca ,dia keluar meninggalkan mereka.Noah yang dari tadi berdiam mula bersuara.
"Macam mana kau sekarang ada ok tak kat perut kau yang kena tikam tu?"
Noah marah dan benci melihat Alex bersama Nicca
"Ok je thanks"
Noah mengundurkan diri dan keluar meninggalkan mereka berdua.Noah menggengam tangannya dan menghembuskan nafasnya kerana tidak berpuas hati melihat Alex dan Nicca
"tunggulah kamu berdua"
Nora yang dari tadi bersembunyi di sebalik dinding mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Noah.
Nora menekup mulutnya sendiri untuk menahan suaranya terkeluar.
Setelah Noah pergi,Nora masuk dan melawat Nicca dan Alex sambil membawa 3 bungkusan nasi lemak.
Nicca dan Alex berterima kasih pada Nora.Nicca meminta pertolongan daripada Nora memberitahu Puan Atiqa untuk memaklumkan padanya bahawa Nicca ingin meminta cuti kerana menjaga Alex di hospital.
Mereka bertiga makan bersama.Alex meminta Nicca menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Nora hanya senyum melihat gelagat mereka berdua.
Seperti pinang dibelah dua.