webnovel

Dia Milik ku

Aisy Diandra-Gadis IQ tinggi,Penyabar,seorang yang cool dan hati kering.Tapi siapa sangka dia mempunyai dendam yang dipendam bertahun tahun akibat peristiwa buruk yang terjadi dalam hidupnya ketika dia masih berusia 8tahun. Tengku Aryan-Seorang yang digilai oleh semua pelajar perempuan walaupun sikapnya yang dingin,kasar,garang seperti singa,kacak,ketua pengawas yang tegas dan merupakan anak kepada Tengku Balqis iaitu pengetua di Kingdoll Highschool.Akibat sikap garangnya yang macam singa ramai pelajar perempuan yang cuba mendekattinya habis dimaki hamun dan ada yang ditampar tanpa ada belas kasihan kerana dia tidak minat untuk bercinta akibat pernah ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Tapi apa jadi bila Aisy yang hati kering dan penyabar bertemu dengan Aryan yang garang mengalahkan singa dan kasar.Lebih lebih lagi mereka dipaksa khawin diusia yang muda iaitu 17tahun.Apakah akan wujud perasaan cinta antara satu sama lain? ****** "Kalau bukan sebab Mummy paksa aku suruh khawin dengan kau!..ingat aku nak sangat ke ngan kau BETINA!!!"Tengking Aryan.. "Jadi?..kau nak aku buat apa?..menangis,meraung macam drama melayu tv3..kalau kau taknak khawin dengan aku,cari jelah perempuan lain gantikan aku..takkan takda GF kot,rupa boleh tahan..Ke..kau..GAY?"Perli Aisy dengan wajah yang tenang lalu melemparkan senyumman sinis ke arah Aryan... ****** AMARAN 18 TAHUN KEBAWAH TAK DIBENARKAN UNTUK BACA!!!!!!

Nazri_Nabila · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
17 Chs

BAB 7

"ARGH!..TAK BOLEH JADI NI.."Aryan terus mencapai tuala yang tergantung di almari lalu berlari masuk ke tandas.(Bersangka baiklah kita,mungkin si Aryan tu nak gosok gigi malam malam ni..hehe..nakal Author ni..)-BAB 6

-END OF ARYAN POV-

__________

Selesai sahaja aku bersiap lengkap dengan uniform sekolah,aku melangkah ke laci meja di sebelah katil untuk mengambil ubat sebelum berangkat ke sekolah.Macam biasa sejak 10tahun lepas hingga sekarang aku sentiasa membawak ubat yang di beri oleh doktor agar tubuh aku tidak menjadi lemah atau pon tidak pengsan tiba tiba.

"What!..tinggal 4 biji je.."Terjerit kecil aku bila aku melihat ubat di dalam botol tinggal 4 biji.Aku mengeluh lalu memasukkan botol yang berisi ubat ke dalam beg sekolah lalu berjalan keluar dari bilik.

Aku berjalan menuju ke meja makan,terlihat Mummy sedang menikmatti makan pagi sebelum bergerak ke sekolah.Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Mummy.

"Good Morning Aisy.."Tegur Mummy sambil mengusap lembut kepalaku.

"Good Morning.."Balasku dengan lemah..

"Aisy..are u ok..??"Tanya Mummy bila melihat aku seakan akan gelisah.

"Err..O..ok.."Balasku teragak agak..

"Aisy..jangan tipu Mummy..Mummy tahu Aisy ada masalah.."Mummy memegang wajah aku dan menolak perlahan supaya memandang ke arahnya.

"Se..sebenarnya..u..ubat Aisy tinggal 4 biji je..cukup sampai esok je.."Kata ku terus terang sambil menundukkan kepala kerana terasa diri aku menyusahkan Mummy..Aku terpaksa terus terang sebab ubat tu penting untuk aku,kalau aku lupa sehari atau tak makan ubat tu sehari akan menyebabkan aku pengsan dan tidak sedarkan diri selama 2 hari atau lebih.Dan aku taknak perkara tu terjadi lagi kerana itu akan menyusahkan lagi Mummy.

"Lah yeke..kenapa Aisy tak terus terang je dari tadi.."Kata Mummy sambil mengusap perlahan kedua dua belah pipiku.

"Aisy..segan dan Aisy taknak menyusahkan Mummy.."Jujurku.

"Aisy..sekarang Aisy dah jadi anak Mummy dan Mummy dah anggap Aisy macam anak kandung Mummy sendiri,jadi Aisy tak perlu segan untuk mintak apa apa dengan Mummy..Faham.."Kata Mummy dengan lemah lembut.

"Sorry.."kataku.

"Takpe..Mummy faham Aisy belum terbiasa lagi."Kata Mummy sambil tersenyum ke arahku.

Aku mengangguk lalu tersenyum.

"Nah.."Mummy menghulur Rm200 ringgit ke arahku.

Terbutang mataku bila melihat Mummy memberi duit yang bagiku agak banyak.

"Eh!..Mummy ba..banyak sangat ni..Rm100 pon dah cukup.."Balasku kerana ubat tersebut berharga Rm100ringgit je.

"Takpe buat berlanja sekolah sekali.."Terang Mummy.

"Ta..tapi.."Kataku teragak agak.

"Takda tapi tapi..amik je..lagi pon sekarang Aisy dah jadi anak Mummy jadi tak perlu nak segan segan,amik je.."Arah Mummy.

Baru sahaja aku ingin mengambil duit tersebut,tiba tiba ada satu suara menegur.

"Banyaknya..buat apa Mummy bagi duit banyak banyak dekat pompuan ni.."Tegur Aryan yang baru muncul,lalu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Mummy sambil matanya memandang tajam ke arah aku dengan wajah dingin.

"Biarlah..Aisy sekarang dah jadi anak Mummy,suka hati Mummy lah nak bagi banyak mana pon,bukan guna duit kamu,duit berlanja kamu pon Mummy bagi lebih dari seratus kenapa dia tak boleh.."Kata Mummy sambil menjeling ke arah Aryan.

"Suka hatilah..jangan sampai dia bolot semua harta kita lepas tu lari,bukannya kita kenal latar berlakang dia.."Perli Aryan lalu mencedok nasi goreng yang berada di dalam mangkuk.

"Tak..takpe lah Mummy..Rm100 pon dah cukup.."Balasku dengan tenang,yelah orang dah dengki nak buat macamana.Rm 100 pon dah cukup untuk aku beli ubat,pasal rehat nanti pandai pandai lah aku ikat perut.

"No..Mummy kata amik..takyah dengar cakap si Aryan ni..dari dulu mulut dia memang biadap..entah perangai siapa dia ikut.."Kata Mummy sambil menarik tangan aku dan meletak duit tadi ke tapak tanganku,sempat jugak Mummy menjeling tajam ke arah Aryan.

Aku hanya tersenyum tawar,merasa tidak selesa tapi duit tadi tetap aku masuk dalam poket baju aku..hehe..nak buat macam mana dah Mummy paksa takkan nak tolak ye dok…

___________

Macam biasa aku pergi ke sekolah menaikki kereta Aryan,pada mulanya aku menolak bergitu jugak Aryan,tapi Mummy tetap memaksa untuk kami pergi ke sekolah bersama sama,ini kerana kata Mummy dapat mengeratkan hubungan yang baik antara aku dengan dia.Mummy taktahu kot naik dengan Aryan macam serupa kau masuk kandang harimau..

Suasana di dalam kereta macam semalam jugak,sunyi sepi tiada sebarang suara.Aku hanya memandang ke luar tingkap manakala Aryan tengah fokus dengan pemanduannya.

Tiba tiba aku melihat Aryan menghulurkan tangan kiri ke arah aku macam nak mintak sesuatu manakala tangan kanan masih di atas stereng kereta.

Aku terus memandang ke arahnya dengan riak wajah 'Apa?'.

"Duit yang Mummy bagi kat kau tadi,bagi balik kat aku.."Kata Aryan dengan dingin sambil matanya masih fokus di jalan.

"Ha?..ta..tapi kenapa??"Tanyaku dengan riak wajah sedikit terkejut.Kalau aku bagi macam mana nak beli ubat.

"Aku kata bagi!..bagi jelah!.."Marah Aryan dengan nada suara sedikit meninggi,sempat jugak dia menjeling tajam ke arah Aisy.

Aku mengeluh lalu mengeluarkan duit Rm200 yang Mummy beri tadi.Aku memandang duit tu lama lalu memandang ke arah Aryan."Err..boleh tak..a..aku bagi Rm100 je.."Kataku sedikit gugup,sebab aku kena jugak beli ubat tu.

Aryan terus memusingkan sterengnya ke kiri dan berhentikan keretanya di tepi.Lalu dia memandang ke arah Aisy dengan wajah bengang.

"No!..Kau sedar sikit diri kau!..kau tu bukan siapa siapa and kau tak layak nak guna duit keluarga aku..bukan aku tak tahu korang perempuan ni dekat dengan aku and keluarga aku semata mata nak bolot harta keluarga keluarga aku!!!"Marah Aryan lalu merampas duit Rm200 tadi dari tangan Aisy.

"Ta..tapi.."

"Takda tapi tapi!..kau keluar dari kereta aku sekarang!.."Marah Aryan.

"Ha??..tapi jauh lagi ni sekolah.."Gila ke apa mamat ni nak berhentikan aku kat sini jauh kot..

"AKU KATA KELUAR KELUARLAH!!!KAU PEKAK KE!!!"Tengking Aryan sehingga bahuku terhinjut kerana terkejut.

Aku mengeluh,dah orang benci nak buat macam mana.Aku terus bukak pintu dan keluar dari kereta.Kereta Aryan terus memecut laju meninggalkan aku sendirian.

"Tapi..aku bukan pompuan macamtu.."Kataku perlahan bila melihat kereta Aryan sudah hilang dari pandangan.Air mata sudah tidak mampu mengalir lagi walaupun kata kata Aryan sangat menyakitkan hati,tapi itu sudah biasa bagi aku.Kadang kadang aku terfikir,aku lahirkat dunia ni hanya untuk di caci maki dan dihina sesuka hatike?.Dari kecik sampai sekarang hidup aku merana,sehingga aku lebih memilih untuk berdiam diri bila di caci maki.Hati??dah lama mati sampai tak terasa dengan apa yang orang lain berkata buruk tentang dekat aku.

Aku melangkahkan kakiku dengan lemah sambil kepalaku ditundukkan ke bawah.Tiba tiba..

PING!..PING!..PINGGG!!!!..

Aku terus pusing ke belakang bila mendengar bunyi kereta hon di belakang aku.

"MUM..MUMMY!!.."

____________

Aku melangkah lemah masuk ke dalam kelas dan terlihat Cikgu Salma iaitu cikgu Bahasa Melayu sudah mulai mengajar.

"Cikgu..maaf sebab lambat,jalan jem tadi.."Tipuku.

"Eh takpe masuk lah.."Kata Cikgu Salma sambil tersenyum manis ke arahku.Semua pelajar di situ memandang pelik begitu jugak aku.Cikgu tak marah ke??...

Malas nak fikir banyak aku terus berjalan ke arah mejaku sambil kepala ditundukkan kebawah dan duduk tanpa melihat ke arah Aryan yang berada di sebelahku.

Tak sampai beberapa minit,pintu kelasku dibukak.

Aku terus mengangkat buku teks yang ada ditanganku lalu menyembunyikan wajahku di sebalik buku bila melihat pengetua iaitu Mummy masuk kedalam kelas sambil memandang ke arah Aryan dengan wajah bengang.

"Matilah aku.."Bisikku.

"Aryan!..ikut saya ke bilik sekarang!.."Kata Mummy dengan nada marah dan suara sedikit tinggi.

Aryan memandang ke arah aku dengan wajah tak puas hati.Aku terus menyembunyikan wajahku menggunakan buku,YA ALLAH KAU LINDUNGILAH HAMBAMU INI..

Aryan bangun dan berlalu pergi keluar kelas mengikutti Mummy.

Entah kenapa perasaan bersalah mula muncul dalam diriku.Walaupun itu memang salah dia sebab tinggalkan aku seorang diri di tepi jalan lagi lagi aku ni perempuan,tapi walau macam mana pon aku taknak sebab aku Aryan dan Mummy bergaduh.

Aku terus bangun dan memintak izin dekat Cikgu Salma untuk ke tandas padahal aku nak gi bilik pengetua.

Selepas diberi kebenaran aku terus berlari ke ke bilik pengetua iaitu Mummy.

Sesampai di depan bilik pengetua aku terus menarik nafas dalam dalam sebelum mengetuk pintu.

"Masuk!"Jerit orang yang berada didalam.

Aku membukak pintu dan terlihat Aryan sedang berdiri dengan wajah dingin dan tidak puas hati di depan Mummy yang sedang duduk di tempatnya.

"Aisy..masuklah..bagus kamu ada kat sini.."Kata Mummy.

Aku melangkah kaki masuk kedalam dan berdiri bersebelahan dengan Aryan.

Mummy memandang ke arah kami berdua silih berganti.

"Aisy.."Tegur Mummy yang melihat Aisy hanya menundukkan kepala kebawah.

Aku terus mendongakkan kepala dan melihat ke arah Mummy."Ye Mummy.."

"Mummy nak dengar sendiri dari mulut Aisy apa yang jadi,kenapa Aryan tinggalkan Aisy dekat tepi jalan.."Tanya Mummy lalu menjeling tajam ke arah Aryan yang dari tadi memasang wajah tidak puas hati.

Aku terus mengeluh."Sebenarnya...Aisy yang suruh Aryan berhentikan Aisy kat tepi jalan.."Tipuku.

Aryan yang dengar kata kata Aisy terus berubah wajahnya dari bengang ke wajah terkejut."Ke..kenapa dia tak jujur je.."Bisik Aryan.Dia ingat Aisy akan terus terang yang dia yang halau Aisy keluar dari kereta.

"But why!..Aisy tahu tak bahaya kalau Aisy jalan sorang sorang,lebih lebih lagi Aisy tu pompuan,budak sekolah lagitu,kalau jadi apa apa macam mana,kalau kena rogol atau kena culik macam mana.."Kata Mummy dengan nada risau lalu berjalan ke arahku sambil memegang dua belah pipiku,nampak dari riak wajah Mummy sangat risau.Sorry Mummy Aisy terpaksa tipu,Aiys taknak hubungan Mummy dan Aryan renggang sebab kemunculan Aisy..

Aryan yang mendengar kata kata Mummynya tadi terus tersedar akan kesalahan dia sebab tinggalkan Aisy seorang diri,dia tak boleh bayang kan kalau Aisy kena rogol atau pon kena culik sebab tindakkan bodoh dia tadi.

"Sorry.."Itu sahaja ayat yang mampu aku keluarkan,tidak sanggup aku nak tipu Mummy lagi.

Aryan yang melihat dari tadi terus merasa bersalah.

"Takpelah..tapi lepasni jangan buat lagi ye..Mummy sayang Aisy sangat sangat..Mummy takkan maafkan diri Mummy kalau jadi apa apa dekat Aisy.."Kata Mummy dengan nada sedih lalu memeluk erat tubuhku.

Aku hanya tersenyum tawar sahaja.

__________

Aku dan Aryan melangkah keluar dari bilik pengetua.

Aku melepas nafas lega,lega sebab semua masalah dah selesai.

Baru sahaja aku ingin melangkahkan kaki untuk bergerak pulang ke kelas tiba tiba langkahku terhenti bila Aryan memegang tanganku.

Aku terus memandang ke arahnya.

"Ikut aku.."Katanya perlahan sambil menarik tanganku untuk mengikuttinya.

Aku tidak membantah dan hanya membiarkan sahaja Aryan menarikku untuk mengikuttinya.

________

Aryan membawak aku ke belakang block lama yang dulu merupakan block komputer tapi sekarang taklagi lepas ada kejadian kebakaran di block ni.Aku melihat sekeliling sunyi sepi tidak ada orang lalu lalang sebab block ni jauh sikit dengan block yang lain.Tiba tiba aku merasa sedikit seram,bukan sebab seram dengan tempat ni tapi seram tengok Aryan dari tadi memandang ke arahku.

"Kenapa kau tipu Mummy tadi.."Kata Aryan dengan dingin sambil matanya memandang tepat ke mataku.

Hek eleh Mamat ni,kira baik lah aku tipu supaya dia tak kena marah dengan Mummy,kang aku jujur cakap aku nak musnahkan keluarga dia,bukannya nak cakap terima kasih.

"Dah tu?kau nak aku jujur yang kau halau aku kat tepi jalan ke?.."Kataku sambil menaikkan dua dua belah keningku dan memasukkan kedua dua belah tangan ke dalam poket baju sekolahku.

"Bukan tu maksud aku.Aku cuma pelik,aku dah sakitkan hati kau caci maki kau hina kau macam macam,suruh kau jalan jauh pergi sekolah,tapi kau tak marah pon siap tipu Mummy cakap kau sendiri yang nak turun.Dan selama aku sakitkan hati kau,kau nampak tenang je kalau pompuan lain dah nangis tapi kau lain..kenapa Aisy.."Tanya Aryan dengan muka yang bersalah.Dia taktahu kenapa Aisy nampak tenang bila dirinya dimaki dan dihina.

Aisy mengeluh mendengar kata kata Aryan tadi.Aisy terus menyandarkan badannya kedinding lalu melihat ke langit tanpa memandang ke arah Aryan. "Tipulah kalau aku tak terasa dengan apa yang kau dah buat dekat aku.Tapi bagi aku itu dah biasa,dari kecik sampai sekarang dah biasa dilayan seperti sampah.Bagi aku layanan kau terhadap aku taklah teruk sangat dengan apa yang aku dah lalui dulu,jadi aku dah biasa dan aku lebih memilih untuk diam dan bersabar.Pasal tadi aku tipu dekat Mummy sebab aku taknak sebab aku kau dengan Mummy bergaduh dan aku taknak sebab aku hubungan mak dengan anak terputus,aku sedar aku hanya menumpang jadi aku taknak timbulkan masalah atau nak susahkan mana mana pihak."Terangku dengan tenang lalu memandang ke arah Aryan yang dari tadi senyap mendengar setiap ayat yang keluar dari mulutku.

Aryan yang mendengar kata kata Aisy terus merasa bersalah,selamani dia anggap Aisy seperti perempuan lain yang hanya ingin merampas harta keluarganya.Tapi dia silap,dia menyesal akan perbuatan dia selamani.

"Apa maksud kau dah BIASA DENGAN KEADAANNI."Tanya Aryan bila dia perasan Aisy ada menyebut perkataan sudah terbiasa dihina dan dicaci maki.

Air muka Aisy terus berubah muram lalu kembali mengukirkan senyuman tawar."Takda apalah..cuma aku nak cakap kat kau,bagi aku masa duduk dengan keluarga kau sampai aku habis sekolah dan dapat kerja,lepastu aku janji aku akan pergi dari hidup keluarga kau,aku tahu itu yang kau nak."Kata Aisy dengan tenang.Memang itu yang telah dia rancang lepas habis sekolah dapat kerja dia akan bawak diri sendiri pergi dari hidup Aryan dan Mummynya.Dia dah taknak menyusahkan Mummy dan Aryan lagi,lebih lebih lagi Aryan tidak suka dengan kehadirannya.

Terkedu Aryan mendengar kata kata Aisy.Entah kenapa hatinya merasa sedih dan sakit mendengar kata kata Aisy,tapi disebabkan ego yang masih tersisa dalam dirinya dia cuba sembunyikan perasaannya itu.

"Baguslah kalau kau sedar diri,ingat jangan ingkar janji,lepas habis sekolah dan dapat kerja kau jangan muncul dalam hidup keluarga aku.."Kata Aryan sambil tersenyum sinis.Tapi itu hanya pura pura,bukan itu yang dia maksudkan,kalau boleh dia taknak Aisy pergi,entah kenapa dia sendiri pon taktahu.

Aku yang mendengar kata kata Aryan hanya tenang tidak terasa hati sebab Aku tahu memang itu yang Aryan nak aku pergi dari hidup dia dan keluarganya.

"Ok..dah lah jom masuk kelas.."Kata Aku sambil senyum lalu berjalan untuk pergi balik ke kelas.

"Argh!..apa kau cakap ni Aryan!..bukan itu yang aku maksudkan!.."Jerit Aryan dalam hati.

__________

Dari masuk kelas sampai sekarang Aisy hanya tidur manakala Cikgu Naziha yang sedang mengajar hanya membuat tidak tahu je.

Eva yang merasa tak puas hati terus mengangkat tangan.

"Ye Eva?.."Tanya Cikgu Naziha bila melihat Eva mengangkat tangan.

Eva lalu berdiri."Cikgu..kenapa cikgu tak marah tengok Aisy tidur..dia dari tadi tidur je..mana boleh.."Kata Eva sambil menjeling ke arah Aisy yang masih tak sedarkan diri.

Aryan yang melihat Aisy yang sedang tidur sambil kepala diletakkan di atas meja pon pelik.Dari semalam lagi Aisy kerap tidur di kelas.

"Biar jelah.."Kata Cikgu Naziha dengan tenang.Semua pelajar terus membuat muka tak puas hati.Mereka penat penat tumpukan perhatian,Aisy senang senang je boleh tidur,kalau dorang tidur mesti Cikgu Naziha marah dan denda dorang,tapi kalau Aisy dibiarkan.

"Mana boleh macamni..tak adil!.."Kata Eva tidak puas hati.Semua pelajar mengangguk setuju.

Cikgu Naziha mengeluh melihat sikap semua anak muridnya.

"Aryan..kejut Aisy.."Arah Cikgu Naziha.

Aryan mengejut Aisy sehingga Aisy tersedar.

Aku melihat sekeliling bila Aryan mengejutkan aku bangun.Semua mata memandang ke arah aku dengan wajah tak puas hati.Aku yang baru bangun tidur terus memasang wajah blurr..

"Aisy..tolong jawab soalan Matematik dekat depan ni.."Arah Cikgu Naziha sambil senyum ke arahku.

Aku yang tengah blurr dengan situasi sekarang ni hanya menurut sahaja arahan Cikgu Naziha.Aku bangun dari kerusi dan berjalan ke hadapan untuk selesaikan soalan matematik yang berada di papan putih.

Eva tersenyum sinis."Padan muka tidur lagi..memang tak dapat jawab lah sebab asik tido je.."Perli Eva sambil tersenyum sinis.

Aku yang mendengar kata kata Eva hanya membuat tidak tahu.Malas nak layan si perasan Diva ni.

Aku terus mencabut penutup Marker berwarna biru dan mula menjawab soalan matematik yang diberi dengan tenang.

Lepas beberapa minit,semua pelajar seakan akan kaku dan terkejut,ada jugak mulut yang ternganga,kerana Aisy dapat menjawab kesemua soalan yang diberi dengan betul.Padahal ini bab yang baru je mereka belajar tadi,yang lagi pelik macam mana Aisy boleh jawab kesemua soalan tu dengan betul dan tenang padahal dia tidur dari tadi.Aryan yang mukanya 24jam dingin terus bertukar menjadi riak wajah terkejut bergitu jugak Eva seakan akan tak percaya.

"Ok Aisy awak boleh sambung tidur balik.."Kata Cikgu Naziha dengan tenang sambil tersenyum gembira ke arahku.

Aku yang mendengar kata kata Cikgu Naziha hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal lalu berjalan ke arah mejaku dan sambung tidur semula tanpa menghiraukan pelajar yang masih melihatku dengan wajah tidak percaya.Bukannya aku tak pernah lalui situasi macamni.

"Ha!..ada apa apa lagi nak cakap..saya tak kesah kalau awak semua nak tidur,cuma kena pastikan IQ awak semuatu macam Aisy..boleh je tidur tapi kalau nanti saya kejut suruh jawab soalan kat depan awak semua tak dapat jawab saya tak teragak agak suruh awak lari 10pusingan padang."Kata Cikgu Naziha sambil terselit ayat perli.

Semua pelajar terdiam dan menundukkan kepala,terasa dengan apa yang Cikgu Naziha katakan.

Aryan memandang Aisy yang sudah tertidur."Siapa kau sebenarnya.."Bisik Aryan.

BERSAMBUNG.....