webnovel

DIA ISTERI KAU [S2]

Setelah sekian lama berhijrah ke negara luar,akhirnya seorang model yang terkenal diseluruh negara pulang ke malaysia semula.Pertemuan pertama,diantara Tengku Aryana dengan Tengku Aryan banyak menimbulkan pergaduhan.Pergaduhan yang tercipta disebabkan perangai kebudak-budakkan mereka berdua. " Auchhh!! Kau dah apahal pijak kaki aku " - Tengku Aryan " Macam kau cakap 'suka hati akulah' padan muka ! Lain kali kalau dah buat salah reti mintak maaf " - Tengku Aryana Namun,lama kelamaan satu demi satu terungkap.Disaat itu,mampukah Tengku Aryana menerima bahawa realitinya dia sudah menjadi hak milik orang. " Takpe,aku redho kalau isya pilih dia.Sebab aku tahu,aku dengan dia takkan dapat bersama.Dapat rasa cinta dia sementara pun takpe " - Tengku Irfan " TAK!!!TAK!!! ISYA TAK PERCAYA!!!MAMA TIPU!!! " - Tengku Aryana " AKU NAK KORANG SEMUA CARI DAN BUNUH BETINA NI!!!AKU TAK KESAH KORANG GUNA CARA APA SEKALIPUN,ASALKAN BETINA NI TAK WUJUD LAGI!!!FAHAM!!! " - Tengku Arsya Adakah cinta itu masih berpihak kepada mereka?ataupun berpihak pada yang lain?

BellaChan17 · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
31 Chs

BAB 24

Mereka semua sedang menjamu makanan yang disediakan oleh tokma.Sambil makan mereka bersembang.

"Ayen balik sini berapa hari?"tanya tokma sambil memandang arah ryan.

"5 hari je kot,sebab cuti sem sekejap je"balas ryan.

"Betul tu,sekejap je cuti tokma.Tak dapat nak jalan lama-lama kat sini"sampuk syafiz pula.

"Nak buat lagumana kan,dah kamu semua dapat sekejap je cuti..takpe,kalau ada masa lagi kamu ajak jelah ayen balik sini"ujar tokma lalu menyuapkan bihun goreng kedalam mulut.

"Oraight,tokma"balas syafiz lalu menunjukkan tangan bentuk 'O K'.

Ryan baru teringat sesuatu.

"Haa..tokma,dekat sini tukang ngurut ada tak?"tanya ryan.

"Ayen nak mengurut ka?"tanya tokma semula.

"Ehh,tak la tokma.Isya yang nak mengurut"balas ryan.

Tokma memandang isya.

"Isya nak mengurut ye.."tegur tokma.

"Haah tokma,dokter syorkan suruh mengurut"balas isya lalu tersenyum.

"Kenapa?"tanya tokma.

"Isya selalu sakit perut"balas isya.

"Ouhh..kalau isya nak mengurut,tokma boleh panggil orang mengurut.Orang tu memang pandai mengurut,untuk orang bersalin ke,excident ke,sakit urat ke,seliuh ke,semua boleh.."jelas tokma.

"Terima kasih tokma,susahkan tokma jer"kata isya.

"Takde la..jangan kata macamtu"ujar tokma.

"El,kau ada nak rancang keluar memana tak?"tanya jiha.

Elica memandang jiha.

"Ada kot,rid kata nak bawak aku jalan shopping mall"balas elica.

"Bestnya,nak ikut el"kata jiha.

"Boleh je"balas elica.

"Nak join sekali tak isya?"tanya jiha.

"Ermm,takpelah lagipun aku nak mengurut.Korang jalan-jalan la,aku lain kali pun boleh.."menolak isya.

"Ohh haah,kau nak mengurut.Kalau macamtu kitaorang jelah keluar"kata elica.

"Okey"balas isya.

————————————

Tokma membuka pintu bilik isya.

"Tokma dah call orang mengurut,Jap lagi dia sampai.Isya tukar la baju,pakai kain batik"ujar tokma.

"Ermm..tapi isya takde kain batik"kata isya.

"Jap,tokma pergi ambik kain batik"kata tokma lalu keluar dari bilik.

Isya memandang screen handfonenya.Lalu keluhan dilepaskan.

"Cipan..cipan..mana kau?tak rindu aku ke.."gumam isya lalu memeluk tubuh.

Tokma masuk semula kedalam bilik.

"Nah,tokma punya..isya gunalah"ujar tokma lalu menghulurkan kain batik.

Isya mengambil dari tangan tokma.

"Terima kasih tokma.Jap lagi nak mengurut dekat mana?dalam bilik ke apa?"tanya isya.

"Dekat ruang tengah la.Lagipun depe semua keluar.Kalau dalam bilik,nanti bau semerbak pulak minyak"jelas tokma.

"Okey..isya tukar baju dulu"kata isya.

"Isya tukar la baju,nanti kalau orangnya dah sampai tokma panggil"kata tokma sebelum keluar bilik.

Isya menutup pintu bilik.

Dia membuka baju tshirt yang tersarung dibadanya,dan juga seluar.Lalu dimelilitkan kain batik dibadanya.

"Harap la...tak londeh kain batik ni.."kata isya seorang diri.

Dia berjalan pergi ke hadapan cermin lalu mengikat rambutnya messy bun.

Ryan membuka pintu bilik perlahan-lahan.Dia melihat sedang berdiri dihadapan cermin sambil mengikat rambut.

Ryan jalan perlahan-lahan menghampiri isya dari belakang.Lalu mencuit pingang isya.

"Sayang!!"sergah ryan.

Isya yang sedang mengikat rambut,terkejut.

"Opocot...sup bunjut sihir!!"melatah isya.

Isya mengosok dadanya.Dia melihat dari cermin,ryan ada dibelakangnya.

"RYANN!!TERKEJUT AKU!!!"geram isya.

Ryan ketawa melihat isya melatah.

"Apa benda la sayang ni.Sup bunjut sihir?haha.."kata ryan separuh gelak.

Isya mendengus geram.

"Masabila kau masuk haa!!"kata isya sambil silang tangan menghadap ryan dibelakang.

"Tadi.."balas ryan.

Ryan melihat isya yang hanya memakai kain batik.Tapi asal pelik dia lilit?

"Apa tengok-tengok?"tegur isya.

"Pandai kau pakai kain batik"perli ryan sambil menahan ketawa.

Isya menjeling ryan.

"Takpayah nak perli aku.Nasib tak terlondeh kain ni tadi.. "bebel isya.

"Nak aku betulkan?"tawar ryan.Gatal dia ni,ada serupa bekas ketua pengawas?tell me😂

"Ahhh..tak payah.."tolak isya.

Ryan berjalan dekat sikit dengan isya.

"Mehh..sini aku tolong.."kata ryan.

Isya mengundur ke belakang.

"Tak payah.."kata isya pula.

Ryan semakin jalan ke depan,isya pula semakin kebelakang sehingga badanya bertemu dinding.

"Jangan dekat!!"amaran isya.

Ryan mendekati isya juga.Isya menahan dada ryan,daripada menghampiri dia.

"Aku nak tolong jelah.."kata ryan lalu menjatuhkan tangan isya yang menahan dadanya.

Jantung isya dah berdegup kencang.

'Asal mamat ni..degil betul.Aku rasa dah takleh nafas,kau tahu tak!!'bisik hati isya.

Tangan ryan naik menyentuh kain batik isya.Isya menahan tangan ryan.

"Jangan.."kata isya.

"Aku suami kau lah,apa nak malu..kau bukanya tak pakai pakaian dalam"ujar ryan.

"Masalahnya....ak—"kata isya pula.

Belum sempat isya menghabis ayat,ryan sudah memotong katanya.

"Shhh..sekejap"kata ryan.

Ryan membuka ikatan lilitan kain batik,lalu melilitkan dengan betul.Dah siap.

"Dah siap"kata ryan lagi.

Isya sudah terkaku.Malu.

Ryan melihat pipi isya sudah merah macam tomato.

"Jangan malulah,aku dah pernah tengok sebelum ni.."usik ryan lalu mengedip mata.

"Eeeee!!Gatal!!Miang!!!"marah isya lalu memukul dada ryan.

Ryan ketawa.

"Sakitlah sayang.."kata ryan separuh ketawa.

Tetiba pintu bilik terbuka.

"Isya..Ayen.."kata tokma.

Mereka berdua yang berada di tepi cermin memandang tepat arah tokma.Cepat-cepat mereka menjarakkan diri.

"Ayen buat apa dalam bilik ni?"tanya tokma.

"Arr—haaa...ayen bagi barang isya tadi"bohong ryan lalu mengaru kepala yang tidak gatal.

"Tokma nak pape ke?"tanya isya.

"Orang mengurut dah sampai,jomlah"kata tokma.

"Ouh..jap tau tokma"kata isya.

"Tokma tunggu kat luar"balas tokma lalu keluar.

Isya memandang tepat pada ryan.

"Barang konon.."perli isya lalu menyilang tangan didada.

Ryan tersengeh.

"Kau tak ikut depe keluar ke?"tanya isya.

"Tak.Malas.Aku nak teman kau"balas ryan.

Isya membuat muka.

"Eleh..kalau takde aku,mesti kau pun takde"kata isya lagi.

"Mestilah sayang,tak sweetlah kalau depe keluar berpartner..suami you sorang je"kata ryan pula.

"Macam-macamlah..dah la aku nak keluar,kau duduk senyap² dalam bilik jangan keluar"pesan isya sebelum melangkah pergi ke pintu.

"Kenapa pulak?"hairan ryan.

Langkah isya terhenti.

"Aku mengurut kat luarlah,kau nak tengok aku mengurut ke haa.."jelas isya.

"Apa salahnya"kata ryan miang.

"Kalau sehari tak miang,tak sah.."bebel isya lalu keluar bilik.

Isya mendengar suara ryan ketawa dalam bilik.Sakit hati rasa.

"Eiiii!!!Menyampah betul"geram isya.

———————————

"Isya,dah kawin ke belum?"tanya makcik kalthom sambil mengurut perut isya.

Isya yang sedang baring,mengeleng kepala.

"Belum lagi makcik,kenapa?"tanya isya pula hairan.

"Ouhh..ingatkan dah kawin,sebab makcik tengok perut kamu ni ada kesan luka macam orang bersalin punya.."ujar makcik kalthom lalu tersenyum.

"Ooo..kesan parut ni ea?"kata isya lalu menunjukkan pada perutnya.

"Haah.Ni kesan daripada apa?boleh makcik tahu"balas makcik kalthom.

"Kesan excident 4 tahun lepas.."ujar isya.

Tokma yang berada disebelah kanan isya berkerut dahi.

"Excident?isya takde cerita pun kat tokma"ujar tokma.

"Sorry tokma,isya ingat ayen dah cerita kat tokma"kata isya.

"Excident sebab apa?"tanya makcik kalthom selanjutnya.

'Kenapa,kesan luka dia macam lain?tak nampak macam luka excident?Kalau luka excident,aku tahu kesanya macam mana..tapi ni lain..'bisik hati makcik kalthom.

"Isya tak tahu,isya cuma tahu isya excident je"kata isya.

"Tambahan pula,isya amnesia lepas excident.Isya tak ingat apa-apa yang berlaku"kata isya lagi.

"Keluarga isya,takde cerita ke?"tanya tokma.

"Tak,mama papa isya langsung tak pernah sebut apa-apa pasal tu"balas isya.

"Ouhh..jadi isya,langsung tak ingat apa-apa ke?"tanya makcik kalthom lagi.

Isya mengeleng kepala.

"Tak.Isya sedar,isya tak ingat sapa-sapa..semua orang isya tak ingat termasuk mama papa,abang-abang isya"jelas isya lagi.

Makcik kalthom menekan sedikit perut isya dibawah belah kanan.

Isya terasa gilu,sakit apabila makcik kalthom menekan perut isya.

"Auwww!!Sakit—"mengadu isya sambil berkerut muka.

"Sakit sangat ke dekat sini?"tanya makcik kalthom.

Isya mengangguk sedikit.

"Sakit.Isya selalu rasa sakit dekat situ.."ujar isya.

"Banyak bengkak dekat sini.Lepas excident tu,ada tak mengurut?"soal makcik kalthom.

"Takde mengurut,sebab isya duduk dekat london..sana susah nak cari tukang urut,lagipun faham-faham la dekat sana orang non muslim..jadi tak berapa berani nak mengurut"balas isya.

"Family memang duduk sana ke?"tanya makcik kalthom.

"Tak.Family duduk sini,isya je duduk sana"balas isya.

"Jadi,kamu excident dekat london la ni?"kata makcik kalthom.

"Ehh,tak la makcik.Isya excident dekat malaysia"kata isya.

"Ohh yeke,ingatkan excident dekat london sebab kamu kata tinggal sana"ujar makcik kalthom lalu menyapu minyak lagi dibahagian perut isya.

"Tak lah.."balas isya lalu tersenyum manis.

"Ingatan kamu yang lama-lama dah pulih ke?"tanya makcik kalthom.

"Tak makcik.Isya tak ingat langsung.."balas isya.

"Family kamu takde cerita ke kisah silam kamu?"tanya makcik kalthom lagi.

"Entah la makcik.Mama papa asyik menggelak bila isya tanya,jadi isya pun dah tak tanya la"jelas isya.

"Ooo.."balas makcik kalthom.

Selepas habis sahaja mengurut,isya masuk kedalam bilik.Dia melihat ryan yang terlentang tidur diatas katil sambil handfone disebelahnya.

Isya pergi dekat pada ryan yang sedang tidur.Isya melihat screen handfone yang masih menyala.Dia mengambil handfone ryan,dia melihat instagram ryan yang masih terbuka.

"Haishh..tuan-nya tidur,handfone menyala..ish..ish.."kata isya sambil mengeleng kepala.

Isya menutup instagram ryan,lalu menekan butang 'tengah' dan screen hadapan muncul.Dia melihat wallpaper ryan bersama seorang gadis terpapar discreen hadapan.

"Sapa perempuan ni?Kenapa muka dia nak sama macam muka aku?dia ke aira,perempuan yang tokma cerita?Tapi..kenapa perempuan dalam ni,macam tengah pregnant..ryan siap sentuh perut"gumam isya.

Isya mula timbul rasa curiga.

Dia meletakkan semula handfone itu disisi ryan.Dia pun melangkah pergi ke arah sebuah rak,lalu mengambil pursebag dan keluar dari bilik semula.

"Berapa makcik?"tanya isya.

"Takpe,tak payah bayar.Lagipun makcik rapat dengan tokma kamu tu.."menolak makcik kalthom.

Isya mengeluarkan beberapa keping duit 50 ringgit.

"Ehh,mana boleh macamtu makcik..Takpe,makcik anggap je isya sedekah"kata isya lalu meletakkan duit ditapak tangan makcik kalthom dan gengam.

"Banyak ni kamu bagi,segan pulak makcik.Terima kasih...ye"ujar makcik kalthom.

"Sama-sama"balas isya lalu senyum.

"Makcik balik dululah ye.."ujar makcik kalthom.

Isya menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Okey.Jalan baik-baik makcik"balas isya.

Selepas sahaja makcik kalthom pulang,isya masuk ke dapur untuk minum air.

"Makcik kalthom dah balik ke?"tanya tokma.

"Dah tokma.Baru je"balas isya sambil mengambil secawan gelas ais sejuk lalu minum.

"Ooo.."

"Ayen mana?"tanya tokma lagi.

"Ada dalam bilik,tengah tidur.."kata isya lalu melangkah pergi ke singki dapur dan basuh cawan.

"Haih..kerja tidur je.."ujar tokma.

"Dia bosan duduk dalam bilik lama-lama,tu yang tidur rasanya.."tambah isya.

Isya menarik kerusi lalu duduk.

"Tokma,kalau isya nak tanya sesuatu boleh?"kata isya.

"Boleh,tanya jelah"kata tokma pula.

"Boleh isya tahu,sapa aira?"tanya isya sambil tanganya diletakkan diatas meja.

Tokma terdiam seketika.

'Aku tersalah cakap ke?'monolog isya.

"Isya tersalah tanya ke?sorry.."bersalah isya.

Tokma mengeleng,lalu senyum.

"Tak..tak..isya tak salah tanya pun"kata tokma lalu bangun dari kerusi.

"Sini,ikut tokma"kata tokma lagi.

Isya pun bangun dari kerusi lalu mengikuti tokma masuk kedalam sebuah bilik.Bilik tokma kot.

Tokma mengambil frame gambar yang berada diatas meja bilik lalu duduk diatas katil.Isya turut duduk berhadapan tokma.

Tokma menghulurkan frame gambar tadi kepada isya.Isya mengambil frame gambar itu.Dia melihat gambar ryan bersama seorang gadis yang dia lihat didalam wallpaper handfone ryan tadi,dan mereka berdua memakai baju pengantin.

"Sapa dia ni?dan...kenapa muka dia nak dekat sama macam—"kata isya.

Tokma memotong ayat isya.

"Sama macam isya kan?Dialah perempuan yang tokma cerita dekat kamu haritu..dialah aira.Aira alisya,isteri ayen"sambung tokma.

Jelas riak muka isya berubah.Ya,dia terkejut.Selama harini,dia tak tahupun yang ryan dah kawin.

"Isteri?"tanya isya.

"Ye"balas tokma.

"Mana dia sekarang?kenapa isya tak pernah nampak dia dengan ryan?"tanya isya lagi.

Tokma tersenyum pahit.

"Dia dah takde isya.Aira meninggal sebab nak selamatkan ayen.."kata tokma sambil menahan sebak didada.

Isya terkedu.

'Patutlah haritu ryan mengigau sebut nama aira..mesti dia rindu sangat dekat isteri dia kan?'bisik hati isya.

"Tadi,isya ada perasan wallpaper handfone ayen ada gambar dia dengan aira.Tapi isya tengok aira macam pregnant.Anak diorang mana?"ujar isya.

Tokma mengeleng,lalu air mata tokma mengalir.Walaupun bertahun berlalu,perasaan sedih masih tersisa.

"Waktu aira kemalangan,dia tengah mengandung.Doktor kata nyawa mereka berdua tak dapat diselamatkan..sebab banyak pendarahan berlaku,pastu aira cedera teruk dekat kepala.."kata tokma lagi.

Isya mengelap air mata tokma.

"Sorry,buat tokma sedih..isya tak tahu pun pasal tu"bersalah isya.

"Takpe..Isya berhak tahu"kata tokma.

"Boleh isya tahu,teruk ke kemalangan tu sampaikan aira meninggal?"soal isya.

"Waktu tu,ayen salahfaham dengan aira,aira cuba kejar ayen..dalam masa yang sama ada kereta laju meluru arah ayen,demi nak selamatkan ayen..aira tolak ayen ketepi,dan akhirnya aira yang kena langgar pula.Kejadian tu berlaku depan mata ayen,sebab tu dia tak boleh terima takdir bila dia hilang permata hati dia"jelas tokma.

Isya terasa sedih apabila mendengar tokma menceritakanya.

Patutlah,waktu first time dia terjumpa dengan ryan di airport,ryan macam dingin semacam..rupanya ada kisah tersendiri yang terpendam selama harini.

---------------

Don't Forget To Vote And Comments..