webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
59 Chs

Bab 33

Setelah puas mandi di swimming pool, kami ke pantai pula. Sarah, Qistina dan Johan sedang bermandi manda. Haizeq mana? Aku mencari kelibat Haizeq. Dia sedang duduk di tepi pantai. Kenapa dia tak mandi sekali? Aku ke satu kedai. Beli ice-cream! Aku kembali ke pantai.

"Nah." aku menghulurkan ice-cream kepada Haizeq. Dia memandangku, tersenyum. Dia mengambil ice-cream itu.

"Duduk lah." suruh Haizeq. Dia menepuk tempat di sebelahnya. Aku menurutinya.

"Mia..." panggil Haizeq. Aku memandangnya.

"Sorry tau. Pasal tadi." kata Haizeq.

"Ye... Kau dah mintak maaf banyak kali dah, Haizeq. Aku dah maafkan kau..." kata aku.

"Tapi aku still rasa bersalah." kata Haizeq.

"Ye aku tahu. Makanlah ice-cream tu. Nanti cair." kata aku.

"Thanks, Mia." ucap Haizeq.

"Welcome!" balasku.

"Kenapa kau tak mandi?" tanya aku.

"Nak mandi dengan kau." kata Haizeq.

"Erk. Macam pelik je bunyi ayat tu..." kata aku. Haizeq terdiam seketika. Dia ketawa.

"Hahahah... Kau fikir apa? Eeeii... Dirty minded!" kata Haizeq. Aku tersengih. Aku mengambil gambar. Sarah yang nampak aku sedang ambil gambar diorang tersenyum. Peace! Aku tergelak kecil.

"Eh. Ambik lah gambar aku jugak." kata Haizeq.

"Okay!" akurku. Aku mengambil gambar Haizeq dari tepi. Uwaa!

"Wah... Handsome nya!" pujiku.

"Hey. Jangan lah puji depan-depan." kata Haizeq. Dia tersengih. Aku tergelak.

"Selfie pulak!" kata Haizeq. Kitorang selfie.

"Buat muka buruk." suruhku. Haizeq buat muka buruk.

"Hoi. Aku kata muka buruk. Asal kau buat muka handsome?" tanya aku. Haizeq ternganga. Aku ketawa.

"Hahaha... Yang tu lawak. Yang ni cantik!" kata aku sambil tengok gambar yang kami ambil tadi.

"Nayli! Haizeq! Jom lah mandi!" jerit Sarah.

"Okay!" aku dan Haizeq pergi ke arah mereka.

Kami bermandi manda. Setelah selesai mandi, kami masuk ke dalam hotel. Kami membersihkan diri dan menunaikan solat. Aku menerima panggilan daripada Eiman. Aku keluar ke beranda lalu menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Nayli." sapa Eiman.

"Waalaikumussalam, Eiman. Mana kau? Kenapa tak sampai lagi?" tanya aku.

"Emm... Sorry, Nayli. Aku tak boleh datang. Tiba-tiba Prof suruh aku dengan kumpulan aku buat presentation pagi esok. Dia kata emergency. So, tak sempat." terang Eiman.

"Oh. Takpe lah..." jawabku. Suaraku agak kendur. Aku agak terkilan. Sebab, hari tu kitorang bincang nak pergi sama-sama. Aku nak bercuti dengan semua orang. Huks huks... Sedih lah.

"I'm really sorry, Nayli." pinta Eiman.

"Hm. Takpe." jawabku. Aku mematikan talian tanpa menunggu kata-kata daripadanya. Aku masuk ke dalam bilik. Aku baring di atas katil.

"Kenapa bad mood, Nayli?" tanya Qistina.

"Takde apa-apa lah..." jawabku.

"Mana Eiman, Nayli? Lambatnya. Tak sampai-sampai lagi ni..." tanya Sarah.

"Hm. Dia cakap dia tak jadi datang." kata aku.

"Oh. Kenapa?" tanya Sarah.

"Dia kata Prof dia tukar tarikh presentation last minutes..." beritahuku.

"Oh... Patut lah awak bad mood." kata Qistina.

"Hm. Nayli. Kitorang nak pergi beli makanan dekat bawah. Awak nak makan apa?" tanya Sarah.

"Umm... Beli lah apa-apa... Maggie pun boleh..." kata aku.

"Okay..." jawab Sarah. Sarah dan Qistina hilang daripada pandangan.

Huh. Tiba-tiba aku rasa bad mood. Kenapa? Ah! Malas lah nak fikir. Baik aku tidur dulu sementara diorang beli makanan.

Aku memejamkan mata. Dalam beberapa belas minit kemudian, tiba-tiba pintu diketuk. Aku membuka mata. Siapa? Sarah dengan Qistina ke? Takkan diorang tak bawak access card kot? Aku bangun dan mencapai tuala dan menutup kepala. Aku membuka pintu. Ada dua pekerja hotel wanita, di depan pintuku.

"Er... Miss. Your friends send us over to come and pick you up." kata salah seorang daripada pekerja itu.

"My friends?" tanya aku. Mereka mengangguk.

"Oh. Can you wait for awhile?" tanya aku.

"Sure." jawab mereka. Aku masuk ke dalam bilik dan memakai tudung. Kemudian aku keluar.

"May us?" tanya mereka sambil memegang sleep eye patch. Belum sempat aku bersuara, mereka terus memakaikan aku penutup mata itu. Mereka memimpin aku. Huhuhu... Nak pergi mana ni? Ahh! Aku takut!

Mereka berhenti di suatu tempat. Mana lah aku tahu. Mata aku kan kena tutup. Mereka melepaskan aku dan berlalu pergi. Ah?! Kenapa tinggal aku dekat sini?! Aaa! Tiba-tiba ada seseorang memegang tanganku. Aku teragak-agak. Siapa pegang tangan aku? Lelaki ke perempuan ni? Tangan dia lembut je. Macam tangan perempuan. Sarah? Qistina?

"Err... Sarah?" tanya aku. Dia tidak menjawab. Aaaa kenapa dia tak jawab? Takutnya! Siapa ni? Dia membuka penutup mata itu. Wah! Aku terkejut. Dan terharu.

Aku berada di tempat dinner dekat hotel tu. Sebelah pantai. Ah aku tak tahu apa orang panggil tempat tu. Restoran? Macam tak. Kelihatan Sarah dan Qistina di sebelahku. Haizeq dan Johan di depanku. Ada seorang lelaki berjalan ke arah kami sambil membawa kek. Eiman?! What?! Macam mana dia ada dekat sini?! Bukan dia cakap dia tak jadi datang ke?! Dia tipu ke?! Aaaa... Pening kepala. Aku agak terkejut. Eiman hanya tersenyum memandangku.

"Congratulations, Nayli! (Mia-Haizeq)" ucap mereka.

"Uyoo... Thank you!" ucapku, sangat terharu.

Ada dua biji kek yang kecil di atas meja makan itu. Satu, kek red velvet yang tertulis 'Congratulations!'. Kek yang kedua, kek rainbow yang tertulis 'Yay!'. Hahah... Cute! Aku tersenyum. Wah! Menu hari ni bbq! Mereka membakar ayam, daging dan kambing. Hu... sedapnya!

"Ehem." Eiman berdehem. Aku memandangnya yang berdiri di sebelahku. Dia tersenyum memandangku. Aku menjeling dan memuncungkan bibir. Merajuk! Dia tipu aku! Huh. Hampeh. Eiman tiba-tiba rasa bersalah.

"Err... Kenapa, Nayli? Kau tak suka ke?" tanya Eiman. Aku hanya berdiam diri.

"Nayli. Please. Bagi tahu lah apa salah aku..." rayu Eiman. Hahahaha... gelakku dalam hati.

"Jangan buat-buat tak tahu, eh." kata aku. Eiman tersengih.

"Sorry lah, Nayli. Aku saja tipu kau tadi. Kalau tak, tak jadi surprise lah... Tapi yang lambat tu memang betul..." kata Eiman.

"Hm. Ye lah." jawabku.

"Bila kau plan semua ni?" tanya aku.

"Tadi. Sebelum sampai sini. Aku plan dengan diorang." kata Eiman. Sarah, Qistina, Haizeq dan Johan duduk di meja. Aku memandang Sarah dan Qistina.

"So... Tadi yang nak beli makanan tu betul ke tak?" tanya aku kepada Sarah dan Qistina. Mereka tersengih.

"Tak... Kitorang reka je..." kata Sarah.

"Oh... Habis tu yang korang tanya pasal Eiman pun korang berlakon?" tanya aku.

"Haah..." jawab Sarah dan Qistina. Hui... korang fool-fool kan aku? Korang ingat ni April Fool ke? April dah lepas lah!

"Mia... Jangan marah-marah... Happy-happy lah..." kata Haizeq.

"Tak marah pun... Geram je." kata aku.

"Korang beria-ria celebrate. Padahal novel aku dapat bestseller je." kata aku, terharu.

"Je? Bestseller kot... Hebat lah tu..." kata Qistina.

"By the way, thanks, korang! Sayang korang!" ucapku. Aku bagi flying kiss. Haizeq sambut. Ye... Itu semestinya... Kami tergelak. Eiman tersenyum memandangku.

"Wah. Korang! Sunset!" jerit Sarah. Wah! Subhanallah! Cantiknya!

Kami menikmati hidangan. Aku nak makan kek! Wargh! Dah macam raksasa kelaparan... Hehehe...

"Siapa punya idea ni?" tanya aku sambil menunjuk ke arah kek rainbow yang tertulis 'Yay!' itu. Eiman mengangkat tangannya.

"Me. Sebenarnya takde idea nak tulis apa. Kalau tak tulis apa-apa kosong pulak. So, aku suruh pekerja dekat kedai kek tu tulis 'Yay!' sempena holiday kita..." terang Eiman.

"Oh... creative!" pujiku. Eiman tersengih. Aku memotong kek itu.

"Wah... Nak kek jugak..." kata mereka.

"Sure. Beratur ye, anak-anak semua..." kata aku. Kami tergelak. Sarah di depan sekali diikuti dengan Qistina, Johan, kemudian Eiman dan baru lah Haizeq. Hahaha... Comel! Macam budak tadika beratur ambik makanan...

"Oh... Ni anak sulung, cantik! Anak kedua, comel! Anak ketiga, lelaki. Pandai... Anak keempat, handsome! And... Anak bongsu... Baby!" kata aku, teruja. Ahahahahah... Kami tergelak terbahak-bahak. Haizeq menyuapkan aku kek rainbow itu. Wah... Baiknya baby ni! I mean anak bongsu... Hahahah...

"Em... Sedap. Thanks." ucapku. Haizeq mengenyit mata. Oof... I'm died.

"Here. Try this red velvet cake." kata Eiman. Dia menyuapku.

"Thanks." ucapku.

"Welcome!" balas Eiman. Dia hanya tersenyum manis dari tadi. Haih... Kenapa dua orang ni sweet semacam hari ni?

Kami kembali ke hotel setelah selesai makan. Kami menunaikan solat Maghrib agak lewat. Tapi nasib baik sempat. Kami berehat. Wah... Hari yang memenatkan tapi penuh dengan kegembiraan.

Hi korang! How? Okay tak bab ni? Thanks tau baca cerita ni! And, sorry kalau ada typo. Korang comment lah apa-apa... Next chapter coming soon! Stay tuned, stay safe! Bye! Thanks again! Sayang korang ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts