webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
59 Chs

Bab 24

Semua berada di meja makan. Makanan yang siap dimasak dan dipanaskan itu juga sudah terhidang di atas meja. Tunggu nak makan je.

"Haa.. siapa nak baca doa ni?" tanya Sarah.

"Johan." jawab Haizeq sambil tersengih kepada Johan. Johan menjegilkan matanya kepada Haizeq. Kami tergelak kecil.

"Hmm... Ok lah." Johan mengaku kalah. Kesian Johan. Kena jadi orang suruhan. Tapi ok lah tu. Bacakan doa. Uuuu... Limited! Untung siapa yang dapat Johan. Baik, rajin, handsome pulak tu. Ok. Panjang pulak ulasan aku ni...

Johan mengimamkan bacaan doa. Uwahhh... sungguh merdu... Untung Qistina~ Ehehehe...

Kami mengaminkan doa. Ok. Sedia untuk makan. Serang! Eh tibe...

"Woah... Asam pedas. Nasi kerabu! Siapa masak ni?" tanya Eiman.

"Qistina." (aku)

"Nayli." (Qistina)

Eiman, Haizeq dan Johan confuse.

"Ok, ok. Asam pedas Nayli buat. Nasi kerabu Qistina buat. Aku tolong diorang je." kata Sarah.

Eh Sarah ni. Rendah diri lak. Dia pun banyak jugak masak. Desis aku dalam hati.

"Tapi Nayli and Sarah yang ajar buat nasi kerabu. Nayli dengan Sarah kan orang Kelantan..." beritahu Qistina.

"Oh... Patutlah. Pelik jugak dengar bila Qistina yang buat nasi kerabu. Ye lah, Qistina bukan orang Kelantan, kan?" tanya Eiman. Qistina mengangguk.

"So... Asam pedas ni Nayli buat?" tanya Eiman.

"Yeah. Tu pun video call dengan mama. Sebab dah lupa resepi. Hehehehe..." kataku lalu ketawa kecil.

"Eh. Makan la." pelawaku.

Aku mencedok asam pedas dan diletakkan dalam pinggan Haizeq.

"Thanks, babe." ucap Haizeq, tersenyum memandangku. Aku mengenyit mata kepada Haizeq. Haizeq terpaku memandangku. Aku pula tergelak. 'Pahal hari ni aku gedik sangat ni?' tanyaku dalam hati. Haizeq memegang dadanya.

"Uish. Aku rasa aku dah mati ni." kata Haizeq, bergurau. Aku tergelak lagi. Yang lain hanya memandang ke arah kami. Tak tahu apa yang terjadi.

"Heh! Jangan nak mengada." kata aku kepada Haizeq. Padahal aku yang mengada-ngada.

Aku meletakkan asam pedas ke dalam pinggan Eiman pula.

"Thank you, Nayli." ucap Eiman.

"Welcome, Eiman." balasku sambil tersenyum manis.

Aku duduk ditempatku. Johan? Qistina dah tolong letakkan. Awhh... So sweet. Mesti korang rasa 'Eh. Asal nak kena letakkan makanan kat diorang ni lak?' kan? Saja... Lagipun, diorang kan tetamu...

"Pastikan korang tak tertinggal satu benda pun untuk nasi kerabu." Sarah beri peringatan.

"Budu, wajib. Nayli pun kena makan. Apalah. Orang Kelantan tak makan budu. Kita ni orang KL pun suka budu." kata Qistina. Aku tergelak kecil.

"Ok lah. I makan, okay?" kata aku lalu meletak budu sedikit yang sedikit ke dalam pingganku.

"Amboi. Sikit naw..." kata Sarah.

"Ala... Tak nak la banyak-banyak..." rungutku. Mereka tertawa.

"Sedap?" tanya aku kepada Haizeq, Eiman dan Johan.

"Sedap! Nayli please masak lagi, okay?" pinta Eiman.

"Sure." jawabku, tersenyum manis kepada Eiman. Eiman sambung makan.

Haizeq yang di sebelahku memandang aku macam nak gigit. Aku pandang dia dan mengangkat kening.

"Boleh tak jangan sweet-sweet dengan orang lain?" tanya Haizeq, berbisik. Eh... Why not? tanya aku dalam hati. Aku menjelirkan lidah dan mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Haizeq yang memandang aku itu tergelak kecil dan menggelengkan kepala.

_____________________________

Setelah selesai makan, mereka ke ruang tamu, tengok movies. Aku pula ke dapur. Nak buat apa? Nak siapkan kek tadi. Jangan korang ingat aku tak keluarkan kek tu dari oven dari tadi, okay? Gila ke? Hangit nanti. Well, tadi masa sibuk menghidang makanan tadi Sarah dah tolong keluarkan dari dalam oven dan masukkan dalam peti sejuk. Aku buat chocolate untuk topping kek itu. Aku memasukkan butter dan serbuk koko dan beberapa bahan lain ke dalam periuk kecil dan cairkan di atas dapur. Haizeq masuk dapur.

"Mia!" panggil Haizeq.

"Yow!" sahutku.

"Amboi... Kasar naw. Lelaki ke perempuan ni?" tanya Haizeq, gurau.

"Jantina." jawabku. Hahahhah... Apa lah yang aku merepek ni? Main sebut jeee.... Aku dan Haizeq tergelak.

"Tak join diorang ke?" tanya aku kepada Haizeq.

"Nak join. Tapi diorang halau aku. Sebab aku spoil." kata Haizeq. Kami tergelak kecil.

"So aku decide untuk join kau je lah." kata Haizeq lagi. Aku hanya tersenyum.

"Buat apa?" tanya Haizeq.

"Buat topping untuk kek tu." jawabku, lembut.

"Aik? Kenapa suara macam perempuan pulak ni? Tadi bukan main kasar lagi suara. Macam lelaki." kata Haizeq.

"Ish... Haizeq ni... Suka tau kenakan orang..." rungutku. Haizeq tergelak kecil. Aku menutup api dapur kemudian mengangkat periuk kecil yang aku gunakan tadi untuk membuat coklat itu.

"Eh! Tepi. Panas ni!" arahku kepada Haizeq yang mendekatiku dengan nada yang sedikit garang. Err... garang ke? Haizeq memuncungkan bibir. Aku meletak periuk itu di atas cabinet. Aku memandang Haizeq. Dia masih memuncungkan bibir.

"Mia... Jangan lah garang sangat..." kata Haizeq.

"Hmm... Ok. Sorry. Eee... cute nya buat muka macam tu!" kata aku sambil tergelak kecil. Haizeq tersengih. Suka lah tu orang puji dia.

"Nak tolong." Haizeq menawarkan dirinya sendiri untuk memberi pertolongan.

"Ok. Kau ada idea nak hias kek ni bagi cantik?" tanya aku.

"Apa kata kau guna strawberry yang aku bawak tadi tu." cadang Haizeq.

"Oh! Good idea!" ucapku lalu mengambil strawberry itu dari dalam peti sejuk. Aku mengambil papan hiris dan memotong strawberry itu. Chocolate yang dah sejuk tadi aku tuangkan di atas kek. Haizeq menolong aku menghias kek itu. Wah! Cantik! Hehehe... tak sabar nak makan.

"Yay! Dah siap!" kataku sambil menepuk-nepuk tangan macam budak kecik dapat gula-gula. Haizeq hanya tersenyum senang.

Kami mengguna separuh daripada strawberry itu untuk hias kek. Separuh lagi untuk makan. Aku mengambil sebiji dan memasukkan ke dalam mulut. Emmm... Manis! Aku memasukkan sebiji strawberry ke dalam mulut Haizeq.

"Emm... Sweet!" kata Haizeq.

"Kan..." jawabku.

"Mia. Kenapa hari ni kau happy sangat? Semalam kan kau mimpi dia tu..." kata Haizeq yang bertongkat dagu sambil memandangku.

"Emm... Macam mana kau tahu?" tanya aku.

"Sarah call aku semalam." jawab Haizeq. Aku mengangguk.

"Aku happy sebab aku nak happy and tak nak fikir pasal mimpi tu..." jawabku, perlahan. Haizeq mengangguk.

"Kau mimpi apa pulak semalam? Sama macam haritu jugak ke? Sarah cakap kau menjerit semalam. Teruk ke? Apa jadi?" tanya Haizeq bertalu-talu. Aku hanya menggeleng. Aku tak nak cerita.

"It's okay kalau tak nak cerita. Aku paham." kata Haizeq.

"Haizeq. Kek ni nak makan terus ke nak letak dalam peti dulu?" tanya aku, tukar topik.

"Emm... Letak dalam peti dulu lah. Kita makan strawberry je dulu." kata Haizeq. Aku meletakkan kek itu dalam peti sejuk.

"Ok. Jom." ajakku sambil membawa mangkuk yang berisi strawberry dan di bawa ke ruang tamu.

Movie yang diorang tengok dah habis. Aku mengambil tempat di atas sofa di sebelah Eiman. Tu je tempat yang tinggal. Haizeq mengambil tempatnya di sebelahku.

"Ok. Nak tengok cerita apa pulak ni? Any suggestion?" tanya Sarah.

"Ada! Buka cerita The Strangers: Prey At Night." cadangku.

"Okay." jawab Sarah.

"Wah. Cerita thriller. Best ke, Nayli?" tanya Eiman.

"Best. Tengoklah." jawabku.

"Jadi eh, cerita ni?" tanya Sarah, mendapatkan kepastian.

"Ok! Kita suka cerita seram and extreme!" kata Qistina.

"Mia." panggil Haizeq.

"Yes?" sahutku.

"Seram ke cerita ni?" tanya Haizeq, berbisik.

"Tengok lah dulu. Nanti tahu la seram ke tak." jawabku, tersengih. Aku tak nak spoil. Hehehehe... Aku tahu Haizeq jadi penakut kalau tengok cerita-cerita seram.

"Alah..." rungut Haizeq.

Movie dah start. Aku ingin mengambil bantal kecil untuk dipeluk. Tapi tangan Haizeq mendahului mencapai bantal itu. Dia menekup muka dia dengan bantal itu. Aku memuncungkan bibir.

"Nak bantal tu..." kata aku.

"Tak boleh." jawab Haizeq disebalik bantal itu.

"Ala... aku nak peluk bantal jugak." rungutku. Haizeq masih memegang bantal itu dengan kemas.

"Takpe. Kau peluk aku je." kata Eiman sambil memandangku dan mengenyitkan mata. Eiman mendekatkan dirinya dengan aku. Aku tergelak.

"Ok. Takpe lah kalau takde bantal pun. Eiman ada..." kata aku. Yang lain tergelak. Haizeq mengangkat mukanya dan memandangku.

Ok. Scene seram dah start. Aku dah tengok sikit cerita ni. So, part seram tadi aku tak terkejut sangat. Haizeq menekup mukanya dengan bantal sekali lagi dan memeluk lenganku yang beralaskan dengan blouse itu. Aku terkejut lalu tergelak kecil. Aku membiarkan dia memeluk lenganku. Kalau aku tepis pun tak terjejas. Kemas sangat pegangan dia tu. Haizeq hanya mengintai di sebalik bantal itu.

Seram! Cerita tentang pembunuh bersiri dan mangsanya. Pembunuh itu bertopeng. Scary!

"Ahhh!" jeritku, Sarah, Qistina dan Haizeq. Kuat jugak. Johan dan Eiman hanya terjerit kecil. Tanpa sedar... Haa cer teka apa jadi...

Aku terpeluk tangan Eiman dan menyembamkan muka pada bahu Eiman. Dah la Eiman pakai t-shirt hitam lengan pendek. Hadoiii... Kalau beralas ok lah lagi. Ha tu lah. Duduk dekat-dekat lagi. Tengok apa jadi. Aku jugak yang kena tanggung...

Eiman turut terkejut. Aku yang tersedar perbuatan aku itu mengangkat muka. Eiman memandang aku. Huhuhuhu... Mesti dia ingat aku menggatal. Kau lah ni, Nayli! Yang kau pergi peluk dia buat apa? Buat dosa? Huh! Aku marah kepada diri sendiri. Aku melepaskan pelukan itu. Nasib baik takde orang nampak.

"Err... Sorry." ucapku, perlahan. Eiman tersenyum.

"It's okay. Aku suka..." kata Eiman, tersengih. Aku tergamam.

"Peluk lah lagi..." Eiman mengada. Aku membulatkan mata lalu memukulnya perlahan. Eiman tergelak.