webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
82 Chs

81.

Flashback.....

Xiana pandang langkah Damon buat beberapa ketika.

Memang dia sayangkan keluarga dia. Dan dia boleh jumpa mereka bila-bila masa ketika dia mahu.

Tapi tidak Damon. Selepas apa yang berlaku, hati dia telah terikat pada Damon tanpa sedar.

Jadi apa salahnya kalau dia berjauhan dengan keluarganya buat seketika.

Lagipula dia yakin mereka takkan apa-apa memandangkan Damon telah uruskan segalanya untuk mereka.

Sekarang tiba masa dia untuk balas semula apa yamg Damon berikan kepada dia.

Dan berikan apa yang Damon tiada dalam hidup lelaki tu.

Saat tangan Damon hendak pegang pintu kereta, suara Xiana kedengaran.

"Awak tak nak ikut saya sekali?"pelawa Xiana.

Terus kaku Damon lepaz dengar. Perlahan-lahan dia toleh ke belakang memandang Xiana.

Lihat saja Damon berpaling kepadanya Xiana tersenyum. "Jom lah...jumpa family saya. Biar saya mintak izin dengan mereka dulu. Kemudian saya ikut awak.."Xiana hulur tangan ke Damon.

Dalam keadaan tak percaya Damon tanggalkan cermin mata dari muka dia.

"Apa kau cakap?"

Xiana tersipu malu. "Saya ikut awak...memandangkan awak dah tepati janji awak...sekarang biar giliran saya tepati janji saya pada awak pulak.."

Tanpa berlengah Damon terus berlari ke arah Xiana lalu menarik wanita itu ke dalam pelukannya.

Xiana ketawaasa dirinya terangkat dari tanah taktala Damon peluk dan mengangkat dia dalam masa yang sama.

Ryan yang dalam kereta dah bukak tingkap kereta sebelah pemandu. Dengan badan terjulur keluar, dia pegang telefon tu dan rakam saat-saat itu.

"Terima kasih Xiana...Terima kasih.."ucap Damon sebelum lepaskan pelukan  dan turunkan Xiana ke bawah.

Belum sempat Xiana nak cakap apa-apa, Damon menghujani kucupan pada segenap wajah Xiana berkali-kali.

"Wohoooo!Go for it bos!"sorak Ryan dekat tingkap tu sambil tumbuk udara.

Xiana ketawa dengan situasi itu.

"Jom...Ryan..ikut sekali jumpa family saya.." ajak Xiana.

"Saya?"tunjuk Ryan pada diri sendiri.

Sambil cengkam jari jemari Damon. "Ya...awak pun sebahagian dari cerita saya jugak..ari kenal dengan keluar lga problematic saya.."

"On!Beres!"laung Ryan.

Xiana kembali memandang Damon lalu jalan bersama lelaki itu mendaki bukit tersebut.

Tiba saja di puncak, Xiana di sapa dengan pemandangan di mana ibu dan ayahnya sedang mencangkul tanah. Sementara danish mencabut sayur dari tanah dan di masukkan ke dalam bakul rotan. Sementara Aliah sedang menyidai pakaian.

Sebelum Xiana bersuara, Damon ddkat sevelah bersuara.

"Aku dah jelaskan semuanya pada dia orang...so dia orang tak marahkan kepada kau lagi." maklum Damon.

Xiana dongak memandang ke tepinya lalu tersenyum senang. "Iya?Terima kasih untuk semuanya Tuan Damon Blaze."ucap dia sambil singgul tepi lengan itu.

"Sama-sama Puan to be Xiana Rose."

"Oh my god!Ibu tengok siapa datang! Arghhh!" teriak Aliah yang verlari terkedek-kedek ke arah Xiana. "Siap bawak menantu pulak tu.."

Xiana ketawa bila dengar.

"Kak Ana!"panggil Danish yang berdiri dari cangkungnya.

Xiana lambai tangan. "Hai semua..!"

~Tamat~