webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
82 Chs

72.

KLIK!

KLIK!

KLIK!

FLASH!

KLIK!

POK! Belakang kepala tu di tampar.

"Auw!"aduh Ryan sambil pegang belakang kepala dengan kening berkerut sebelum dongak memandang ke belakang. "What the hell..sakit la!"desis dia dengan keras pada Kian yang berdiri di belakang sofa.

"Apa kau buat?!"jegil Kian dengan geram.

"Tak nampak ke?!"deram Ryan sambil jeling mata ke orang yang baring berbantal dekat sofa panjang yang dia tengah duduk tu.

Mata Kian gerak ke Xiana sebelum terarah pada kesan benjol dekat tengah-tengah dahi tu. "Letak balik pek ais tu...jangan nak pelik-pelik boleh tak..."bisik dia dengan keras pada Ryan. Tak boleh nak tinggikan suara memandangkan ada dua orang tengah terlena pada saat itu.

Mateo ada dalam bilik. Xiana dekat sofa. Dua-dua orang ni sama-sama sedang lalui waktu yang sukar sekarang ni. 

"Sekejap la...kau tak nampak ke comel je benjol di...dah macam ultraman pulak aku tengok..."sengih Ryan sebelum angkat telefon dia sekali lagi lalu selfie bersama Xiana yang tak sedarkan diri tu. Siap buat V pose lagi.

Kian menjuling mata kejengkelan. "Kau ni kan tak pernah nak serius tahu tak..benda sekarang bukan nak bergurau...Xiana nampak apa yang dia tak patut nampak..dan Tuan Mateo betul-betul marah sekarang.."desis dia.

Ryan pandang skrin telefon, melihat gambar-gambar yang dia ambik tadi dengan sengih meleret. "Bukan salah aku..dah benda nak jadi..nak macam mana kan lagi.."

Malas nak layan perangai Ryan, Kian hanya berlalu ke dapur apartment Mateo untuk minum.

Ryan letakkan telefon dekat dalam poket kot dia sebelum betulkan selimut dekat badan Xiana dan kemudiannya letakkan pek ais dekat atas dahi yang benjol itu perlahan-lahan.

Mungkin disebabkan pek ais tu, kening Xiana berkerut-kerut buat beberapa saat lantas mata bundar berbuku mata lentik itu terbuka perlahan-lahan.

Ryan hanya diam memerhati mata tu terbuka sepenuhnya tanpa berkata apa-apa. Dia letak tangan dekat sofa tu semasa tunduk memandang Xiana.

Apa yang dia rasa waktu itu kan, ibaratnya seperti baru dihempap timbunan batu bata je. Xiana paksa mata dia terbuka dalam menahan sakit yang dirasai sekitar kepala dan belakang leher dia.

"Err.."dia angkat tangan hendak memegang kepala tapi di halang.

"Biarkan..jangan di pegang."suara Ryan menyapa telinganya.

Dengan kening berkerut Xiana pandang Ryan sebelum semuanya terimbas seperti wayang dalam kepala.

Masa itu la Kian muncul dari dapur dengan mug di tangan, dia ternampak Xiana dah sedar. Bersama muka lega dan terkejut dia jalan dekati Ryan lalu berlutut dekat tepi sofa.

Xiana pandang sedih ke Ryan sebelum Kian muncul di sisi dia. "Awak dah tahu dari awal?"tanya dia dengan suara serak sedih kecilnya.

Ryan pandang Kian sekejap lalu mengangguk kepala. "Saya tahu.."

Mata Xiana gerak ke Kian sebelum air mata mengalir turun dari tepi mata. "Tapi semua tu salah..."sebut dia dengan sebak.

Kian berkerut kening susah hati taktala melihat wajah Xiana mulai kemerahan lagi setiap kali menangis."Mereka layak menerima hukuman tu.."ujar dia dengan perlahan.

Xiana menghadap siling lalu memejam mata saat menangis dengan sebak tanpa suara. Melihat orang mati di depan mata dia bukan perkara seronok untuk di ingat.

"Kenapa awak buat semua ni tanpa perasaan sama sekali..."nangis Xiana sehingga buatkan tubuh itu menggeletar sedih.

Tak terbayang dia kalau yang mati itu adalah ahli keluarganya sendiri. Apa perasaan dia waktu tu kalau nampak ahli keluarga dibunuh depan mata sendiri.

Ryan pegang tangan Xiana yang ada di atas perut itu sewaktu suara esak tanggis mulai mengisi ruang tamu itu.

"Cik...itu yang terakhir. Lepas ni tiada lagi.." pujuk Kian sambil seka air mata yang turun dari tepi mata dengan jari telunjuknya.

Kening Ryan berkerut serba salah.

"Tolong jangan bencikan Tuan Mateo...dia buat semua tu untuk tuntut ke adilan buat keluarga dia saja bukan untuk kepentingan diri sendiri semata." minta Ryan sambil tepuk tangan yang dipegang.

Sambil sedut hingus dengan susah payah, mata Xiana gerak memandang Ryan. "Bukan dengan cari ni untuk tuntut bela Ryan...bukan sepertu ni...semua ni salah..."ujarnya dengan sedih.

"Kami tahu...tapi kami hanya hapuskan orang yang tak sepatutnya terus hidup dekat muka bumi ni. Mereka yang mati itu ibarat parasit. Nampak tak berbahaya tapi membunuh."kata Kian lagi.

Ryan angguk kepala setuju.

Xiana hanya mampu menangis di situ tak terkata. Sesak dada dia hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya dia rasai waktu itu.