webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
82 Chs

69.

Mana mungkin la dia nak kekal diam.

Dia tak boleh.

Kalau dia pindah, family dia macam mana?

Sudah la dia tak tahu di mana keberadaan mereka. Inikan pindah keluar dari sini macam tu je?Anak jenis apa dia nanti.

Tak pasal-pasal dia akan dilabel dengan orang. Tinggalkan keluarga kerana lelaki. Anak derhaka. Anak tak mengenang budi?

"Stop thingking Xiana..."suara Mateo dekat sebelah.

Terkebil mata Xiana dari termenung bila suara tu sapa dia.

"Dah cair aiskrim kau tu...makan cepat."gesa Mateo.

Suara kanak-kanak ketawa riang dan berlari ke sana sini menghuni kawasan taman riadah itu. Ada pasangan kekasih baring di atas rumput berlapikkan cadar berborak sakan. Tak jauh dari tempat Xiana dan Mateo duduk, sebuah keluarga sedang raikan hari lahir anak-anak mereka.

Mateo pandang ke sisi bila Xiana tak menyahut. Pandang je, dia nampak aiskrim vanila yang Xiana nak beli sangat tadi sudah melurut turun cair sepanjang tangan dan sundress itu.

"Gosh...Ana...Wake up. Stop thinking.."keluh Mateo masa ambik aiskrim dari tangan Xiana lalu dikesat dengan kertas tisu sebersih-bersihnya.

Xiana tunduk pandang tangan dia yang sedang di bersihkan oleh Mateo.

"Saya nak family saya.."sebut Xiana dengan perlahan.

Tangan Mateo berhenti dari bergerak. "Family?"dia angkat mata memandamg Xiana.

Xiana pandang Mateo yang berkaca mata hitam depan mukanya.Tak dapat la dia tengok mata tu. "Ya..sebelum awak bawa saya pergi..izinkan saya jumpa mereka."

Mateo tanggalkan cermin mata untuk dapatkan imej lebih jelas Xiana. "Kau akan jumpa dia orang bila masanya tiba.."jawabnya sambil pegang tangan Xiana sebelum diletakkan atas pehanya.

"Bila masa tu akan tiba?"tanya Xiana lagi.

"Lepas kau sembuh. Kalau kau jumpa dia orang...sakit suka salahkan diri kau akan datang balik. Dan aku tak nak benda yang sama berulang."jawab Mateo dengan nada yang menenangkan.

"Kenapa awak cakap macam tu?"kening Xiana berkerut semasa dia selak anak rambutnya ke belakang telinga.

Mateo ngesot rapat ke Xiana sebelum duduk bersila menghadap Xiana yang bersimpuh menghadap ke depan.

"Family adalah tunjang hidup kau. Dalam fikiran kau...kau nernafas untuk family kau...kau jadi perfect untuk family kau..kau kerja untuk family kau..dan bila family kau tak jadi seperti apa yang kau nak, kau salahkan diri kau...itu yang ada penyakit ni.."Mateo tunding jari ke dada Xiana. Dimana jantung berada."...dalam diri kau."sebut Mateo dengan kening berkerut.

Xiana tunduk pandang ke bawah dimana jari Mateo sedang tunding.

Tunduk je Xiana, Mateo guna jari telunjuk dia untuk dongakkan kepala Xiana supaya memandang dia.

"Honey listen here....sekejap je. Tak lama. Sementara tu tolong bertahan untuk aku. Jangan give up...okay?"Mateo tilik seluruh wajah Xiana dengan renungan dalam.

"Beritahu saya...apa perasaan awak terhadap saya?Adakah ianya hanya sekadar hubungan business atau mutual?"tanya Xiana tanpa alihkan mata dia dari Mateo.

"Suka.."sebut Mateo. "Kalau kau tanya aku sama ada aku cintakan kau atau tak...aku belum ada jawapan tu. Yang pasti bukan sekadar business."

Xiana angguk kepala memahami. "Awak sure itu bukan perasaan kasihan atau simpati?"soal dia sambil lentokkan sikit kepala.

Mateo tersenyum lalu dekatkan wajah dia depan muka Xiana sebelum lagakan hujung hidung dia pada hujung hidung Xiana.

"Aku suka bila dekat dengan kau. Itu yang pasti."ucap dia setelah jauhkan wajahnya dari Xiana.

Xiana lepaskan hela nafas letih sebelum gerak menumbangkan badan dia ke belakang lalu baring telentang menghadap langit hujung minggu itu.

"Berapa lama lagi masa yang awak perlukan sebelum semua ni selesai?"soal Xiana sambil termenung pandang langit biru berawan di atasnya.

Mateo duduk mengiring di sebelah Xiana lalu topang lengan dia di tikar atas kepala Xiana lalu tunduk dekatkan wajah pada muka itu.

Wajah Xiana ditatap olehnya."Tak lama...lepas aku keluarkan artikel Desmond..aku akan terus proceed pelan seterusnya."

Tanpa memandang Mateo, Xiana bertanya lagi."Mana Desmond sekarang?Kali terakhir saya nampak dia kena heret keluar dari restoran dengan orang awak."Xiana angkat tangan ke udara dan cuba ukir bentuk awan dengan jari telunjuknya.

Mateo menjungkit bahu. Tengah menagih agaknya dalam bilik. Lelaki tu jadi ketagih lepas Kian suntik dadah dalam badan tu. "Entah...dia dah jarang masuk company. Banyaknya aku yang settlekan.."cerita Mateo sambil gentel tali reben yang terikat di perut Xiana sewaktu termenung merenung mata Xiana.

Hela nafas letih di lepaskan sebelum dia gerakkan kepala ke sisi lalu termenenung memandang butang kemeja Mateo."Awak akan bunuh orang lagi ke?"bisik Xiana sambil gentel butang tu.

Well teknikalnya dia hanya perhatikan saja. Tak terlibat sama sekali dengan aktiviti membunuh ni. Semuanya dilakukan oleh anak buahnya sendiri. Lagipum yang akan dipersalahkan nanti adalah Desmond sendiri.

Hidung Xiana dipicit lembut."Mana ada...kau ni main tuduh je.."

Sambil tepis tangan tu dari hidung, Xiana buat muka."Saya tanya je."lalu dia seluk tangan ke bawah badan Mateo lalu baring mengiring sebelum sandarkan muka ke dada itu hendak tidur.

Mateo tolak badan Xiana rapat ke dadanya dengan senyuman nipis di bibir. Sambil tepuk belakang badan mendodoikan Xiana, mata Mateo terarah pada kumpulan family yang lengkap dengan ibubapa adik dan kakak abang.

Seronoknya berada di samping keluarga tercinta. Entah bila la dia dapat merasai saat-saat itu.

Taktala Mateo mulai merasakan mahu menangis dia cepat-cepat kedipkan mata dan telan air liur sedihnya.