webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Integral
Sin suficientes valoraciones
32 Chs

Buruan Polis

Mei masih berehat di rumah. Pihak Universiti Yoo Sui sedia maklum mengenai keadaan Mei dan juga mengenai kejadian yang menimpanya tempoh hari. Sudah seminggu Mei di rumah, dia hanya mengikuti pengajaran melalui kelas online sahaja. Bukan apa, pihak Universiti dan parents Mei masih risau sekiranya Mei kembali dalam masa terdekat keselamatannya akan terancam lagi berikutan Li Sun masih bebas. Li Sun kini menjadi buruan polis. Yang peliknya, pihak polis tidak dapat menjejaki Li Sun malahan keluarga ataupun rakan dia tidak tahu dia di mana.

Jason hadir ke kelas seperti biasa. Namun dia tidak bersemangat seperti biasa kerana Mei tiada di sisinya.

Banyak kali juga dia ditegur dalam kelas kerana hilang tumpuan. Itu dalam kelas, luar kelas..bayangkan keadaan Jason. Selalu masa lapang dia dihabiskan bersama Mei.

"Hm...." keluh Jason entah kali ke berapa hari ini. Habis sahaja kelas pagi itu, dia ke cafe untuk mengisi perut kosong. Dia tidak memesan makanan tetapi hanya membeli air coffee dan duduk di tepi tingkap sambil melayan perasaan.

'Mei masih tak ingat aku...'

'Doktor kata mungkin dengan cara aku bawa Mei kembali ke zaman kecil kami, memori dia akan pulih'

'Aku tak boleh mengalah, aku kena cuba.Tapi macam mana nak ajak dia ke sana?'

Coffee latte itu dihirup sambil memikirkan cara yang perlu dia lakukan untuk mengembalikan memori Mei.

'Ting' pesanan masuk ke dalam telefon Jason.

Jason segera membuka pesanan itu apabila melihat nama penting tertera.

*Jejak Li Sun dikenalpasti di sekitar kawasan luar bandar. Dia seperti merancang sesuatu kerana keluar masuk farmasi dan keluar dengan bungkusan ubat. Aku dah periksa and dapati dia beli . Dia dilihat bersama seorang lelaki separuh umur. Saya rasa dia akan meninggalkan kawasan itu dan kembali ke bandar semula. Sila berhati-hati - Eagle

"Tak guna! Apa yang kau rancang lagi Li Sun! Apa dendam dia dekat Mei sebenarnya ni?!" bentak Jason sambil menumbuk meja di hadapannya.

Pelajar di dalam cafe semua terkejut dan menoleh ke arahnya. Dia perasan yang mereka memerhatikan dirinya.

Jason segera bangun dan keluar dari cafe itu.

'Aku perlu buat sesuatu!'

Semasa berjalan ke kelas untuk kelasnya yang terakhir, Jason mengeluarkan telefonnya dan menghantar pesanan kepada perisik upahannya.

*Aku ada lagi satu tugasan yang perlu kau lakukan secepat mungkin. -Jason.

'Ting' pesanan masuk.

*Okay bos.Apa dia? Upah extra aku jangan lupa.- Eagle

*Pasal upah kau tak perlu risau. Selesai je kau selidik latar belakang Li Sun dan kaitan dengan Mei. - Jason.

'Ting' pesanan masuk lagi ke telefon pintar Jason.

*Okay bos, kacang je tu. -Eagle

'Great!'

Sampai sahaja ke kelas, Jason duduk di tempat duduk Mei. Memandangkan mereka pelajar tahun akhir, Jason dan kawan-kawan sekelasnya sibuk dengan kertas projek dan exam.

Habis sahaja kelas, Jason terus memandu ke rumah Mei. Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan Mei.

'Dia suka ke tak kalau aku tiba-tiba muncul eh?'

'Macam mana aku nak pulihkan memori dia?

Jason risau yang kedatangannya secara tiba-tiba akan menyebabkan Mei semakin menjauhkan diri.

Di rumah Mei.

Sambil berbaring di katilnya, Mei membelek-belek rantai di lehernya dan mengambil telefon pintarnya. Dia membuka gallery gambar dan melihat satu persatu gambarnya bersama-sama Jason. Sepanjang tempoh seminggu dia di rumah, itu lah apa yang dia lakukan.

'Aku nampak sangat happy bila dengan dia dalam gambar ni'

Kata hatinya.

'Kenapa susah sangat memori ni nk kembali eh?' kata Mei sambil mengetuk-getuk perlahan kepalanya.

'Ting' pesanan masuk.

Mei segera membuka pesanan itu apabila melihat nama Jason di notification. Entah kenapa teruja rasanya.

*Hi awak. Saya on the way ke rumah awak. Sorry tak inform awal. - Jason.

'OTW!' jerit Mei. Dia segera bangun dari katilnya dan menukar bajunya. Dia mengenakan baju sweatshirt biru laut dan jeans biru. Rambutnya yang berserabai, dikemaskan Dan dibunkan tinggi. Usai merapikan dan memastikan segala okay, Mei segera ke tingkat bawah.

"Dekat atas pa..,Dia tu.., datang je terus buka pintu bilik adik. Nasib baik adik dah siap, kalau tak?" Mei mengadu kepada papanya.

"Alah pa, salah ke?" kata Jason dengan selamba sambil mengenyitkan matanya ke arah papa Mei sebaik sahaja turun ke bawah. Dia kemudian segera duduk di sebelah mama Mei dan menahan gelak melihat reaksi Mei itu.

"Haah Mei, kalau susah sangat..apa kata kami kahwinkan je kamu berdua? Senang.." kata papanya sambil memandang Mei dengan wajah yang dibuat-buat serious.

"Pa..!Apa ni...adik tak nak.. Ish!" kata Mei sambil memegang dan melentokkan kepalanya ke bahu papanya. Mei sememangnya manja dengan keluarganya.

'Hahahahah' mama,papa Mei dan Jason tergelak melihat telatah Mei.

Mei memuncungkan mulutnya apabila mengetahui mereka berpakat mengusiknya.

Mereka berempat berborak sambil menikmati hidangan pencuci mulut yang dibuat mama Mei.

Di tempat persembunyian Li Sun.

Li Sun membuat panggilan.

"Hello Zen Xi?.Berapa lama aku perlu bersembunyi di sini?" bentak Li Sun di hujung panggilan.

"Kau sabar boleh tak?Aku dah sediakan tempat baru untuk kau.Lusa kau pindah." balas lelaki itu.

"Cepat sikit. Aku dah buat apa yang kau nak. Sekarang kau pula. Kalau tak.." arah Li Sun.

"Kalau tak apa?! Aku tak suruh kau bunuh dia sekarang! Kau yang memandai buat hal kenapa?! tempelak lelaki itu.

"Aku dah tak boleh sabar..kau tahu kenapa kan? Okay,okay...Lepas ni aku ikut cakap kau." akur Li Sun.

Lelaki yang bersubahat dengan Li Sun itu merupakan bapa saudaranya sendiri. Zen Xi adik bongsu ayah Li Sun. Jarak umur mereka tidak terlalu jauh. Mereka berdua berdendam dengan Mei hanya kerana Mei sebenarnya anak hasil dari hubungan curang ibu Li Sun. Bapa Li Sun mati semasa mengejar ibunya ketika dia meninggalkan rumah mereka.

Ketika Li Sun berumur 10 tahun.

Kejadian itu masih segar di ingatanya walaupun ketika itu dia masih muda.

"Awak nak pergi mana?" tahan papa Li Sun sambil memeluk erat ibunya seperti tidak mahu melepaskannya pergi.

"Saya tak sanggup lagi hidup dengan awak. Saya nak keluar dari rumah ni. Saya bosan! Saya penat dengan awak, dengan Li Sun!" jerit ibu Li Sun.

"Okay,okay...kalau awak penat dengan saya, sekurang-kurangnya kasihankan Li Sun..dia kecil lagi. Dia perlukan awak di sisinya." pujuk papanya lagi.

Li Sun hanya mampu menangis di luar pintu bilik ibu dan papanya.

'Ibu benci aku?'

'Aku menyusahkan ibu?'

Air mata Li Sun mengalir. Dia masih tetap memerihatikan mereka berdua bertengkar.

"Ah! Saya tak kira. Saya tetap akan pergi hari ni juga. Ceraikan saya." kata ibu Li Sun dengan suara yang serious sambil menarik luggage berisi pakaiannya keluar dari bilik.

Li Sun menyorok di dalam almari berdekatan dengan pintu masuk.Dia dapat mendengar Dan melihat papanya merayu-rayu ibunya supaya tidak meninggalkan mereka berdua.

Hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat.

Namun itu semua tidak menghentikan ibunya dari pergi. Papa Li Sun tetap cuba memujuk ibunya.

'Dum' pintu ditutup kasar.

Li Sun segera keluar dari almari setelah ibu dan papanya keluar.

Keluar sahaja dari rumah dia melihat papanya berlari keluar dari kawasan rumahnya mengejar ibunya yang sudah pun menaiki teksi.

'Streeettt..Bum!!'

Semuanya berlaku sekelip mata.

Yang hanya dia lihat detik-detik papanya dilanggar dan terpelanting sebelum terjatuh ke jalan di hadapan rumah.

Li Sun terpaku seketika.

.... Pa, papa? bibirnya terketar-ketar memanggil papanya.

"Papa!" jerit Li Sun apabila menyedari yang dilanggar itu adalah papanya.

Dia segera berlari keluar dengan berkaki ayam terus mendapatkan papanya yang sudah pun terlantar lemah di atas jalan dengan banyak darah yang mengalir keluar.

"Pa..papa...Jangan tinggalkan Sun.." panggil Li Sun dengan suara yang terketar-ketar..air matanya tak henti keluar.

Dia menjerit-jerit meminta tolong.

Namun papanya tidak sempat di bawa ke hospital dan mati di pangkuannya.

Papanya sempat berpesan padanya;

"Sun..,anak papa. Ja..jaga diri. Papa sayang kamu..Sangat" tutur papanya dengan lemah sambil memegang pipinya.

Selepas beberapa hari kematian papanya, baru dia ketahui keadaan sebenar.

Bahawa ibunya telah melahirkan seorang lagi anak dengan lelaki lain. Ibunya ada lelaki lain. Dan papanya tahu. Sebab itu papanya kemalangan dan mati pada hari itu. Sebab papanya hendak menghalang ibunya dari pergi kepada teman lelaki dia itu.

Lama juga dia tertekan disebabkan kejadian itu. Pakciknya mengambil alih untuk menjaganya. Pakciknya itu sangat rapat dengannya dan papanya.

Sebab itu mereka berdua merancang untuk membunuh Mei. Sebab Mei adalah punca kepada kematian papanya.

Apabila kenangan itu kembali, Li Sun akan mengurungkan diri selama beberapa hari di dalam rumah.

Li Sun keluar dari rumah keesokkan hari, dia hendak membeli makanan.

Namun dalam perjalanan pulangnya, ada beberapa poster gambarnya, dan jiran di sekitarnya memandangnya dengan penuh curiga.

Li Sun segera pulang dan menelefon pakciknya dan memberitahu keadaan itu.

Pakciknya bersetuju untuk memindahkan dia ke tempat baru hari itu juga.

Li Sun mengemas barang-barangnya dan menghapuskan bukti yang keberadaannya di situ.Di tempat persembunyian Li Sun.

Dalam beberapa jam kemudian, pakciknya tiba di tempat persembunyian Li Sun.

Mereka sempat beredar dari situ dan hampir bertembung dengan polis.

Penduduk di sekitar itu telah melaporkan yang mereka pernah melihat Li Sun di sekitar kawasan itu.

Tempat persembunyian Li Sun diserbu polis akhirnya, namun tiada sebarang bukti yang ditinggalkan Li Sun melainkan keterangan penduduk mengenai keberadaan Li Sun di kawasan itu.

Ruang tamu rumah Mei.

Perbualan mereka terhenti dengan panggilan yang diterima Jason.

Panggilan dari pihak polis.

Jason menunjukkan isyarat panggilan yang diterima kepada Aunty Ma, Pa dan Mei. Mereka berdebar-debar menantikan berita yang bakal diterima.

"Hello? Encik Jason?" tanya pengawai polis itu.

"Ya saya..,Ada apa ya?" tanya Jason sambil berdiri dengan cemas.

"Saya ingin maklumkan, kami sudah serbu tempat persembunyian Li Sun,dan dapati dia dapat melepaskan diri.Harap pihak encik dapat berhati-hati." maklum pihak polis itu.

" Apa?! Ha,ba..baiklah encik. Terima kasih encik. Harap pihak polis dapat menangkap dia secepat mungkin.." balas Jason dengan nada serious.

Panggilan ditamatkan tidak lama selepas itu setelah diberitahu dengan lanjut mengenai keadaan sebenar.

"Apa yang polis kata Jason? Dah ditangkap ke Si Li Sun tu?" mama Mei bertanya cemas.

Mereka bertiga memandang Jason dengan penuh tanda tanya dan cemas apabila melihat Jason seakan risau.

"Polis dah serbu tempat persembunyian Li Sun, tapi dia sempat larikan diri..Tak ada bahan bukti yang ditinggalkan.Tu pun penduduk kawasan itu yang berikan maklumat yang mereka nampak kelibat Li Sun di sekitar kawasan itu." terang Li Sun sambil berulang alik,resah.

'Suasana resah menyelubungi'

"Aunty Ma, Pa and awak terutamanya...hati-hati. Kalau awak perlu keluar sekalipun, call saya okay?" pesan Jason sambil memandang muka mereka satu persatu.

Mereka bertiga menuruti pesanan Jason sambil menganguk.

"Jangan risau, nanti saya request pengawasan polis di sekitar rumah ni." kata Jason bagi menghilangkan resah mereka.

Mereka bertiga berasa lega apabila mendengarkan apa yang dikatakan Jason.

Jason keluar sebentar ke kedai menjual barang security rumah dan membeli beberapa peralatan seperti alarm untuk dipasang di tingkap dan pintu, spray lada, pengesan lokasi dan alarm seperti keychain buat Mei.

Kembali sahaja di rumah Mei, Jason mula membuat kerjanya memasang peralatan keselamatan tambahan itu di setiap tingkap dan pintu.

Setelah memastikan segala sedia berfungsi, Jason meminta diri pulang. Dia sekali lagi mengingatkan mereka.

Mei menghantar Jason keluar dari rumahnya dengan pandangan penuh makna.

Entah kenapa dirinya dan hatinya selesa dan suka dengan setiap apa yang dilakukan Jason.

Dia sering kali berdoa mengharapkan ingatanya kembali pulih supaya hubungnnya dengan Jason seperti dulu.

"Mei, awak ambil ni..Bawa ke mana sahaja awak pergi. Detector ni awak pasang dekat benda yang awak selalu pakai. Ha, rantai ni.." kata Jason sambil menarik sedikit rantai Mei dan melekatkan detector itu.

Perbuatan Jason itu membuatkan Mei tergamam. Mereka agak rapat ketika itu. Keadaan itu membuatkan Mei berdebar laju.

Usai sahaja memasang detector itu, Jason mencubanya di telefonnya.

' Great, berfungsi dengan baik detector ni'

"Thanks Jason..sebab banyak tolong saya. Saya harap ingatan saya pulih cepat.Boleh lah Kita macam dulu kan?" kata Mei sambil memandang Jason lama.

Jason membalas pandangan Mei dan mendekati Mei dan terus memegang kepala Mei.

Dia usap kepala Mei dan tersenyum.

"Bye...take care tau. Anything, call me My Princess Mei" kata Jason sambil memandang Mei.

Mei hanya mampu menganguk.

Dia terpaku dengan perbuatan Jason.

'Kenapa aku tak mengelak?'

'Macam dah biasa?

Bisik hatinya.

Selepas Jason berlalu pergi sahaja, Mei masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Ketika itu waktu malam sudah menjelma.

Setibanya Jason di rumah dia menelefon perisik upahannya.

'Eagle memberitahunya mengenai keadaan itu dan memberitahu yang dia sedang mengekori kenderaan Li Sun dan pakciknya'

Jason berpesan lagi supaya sentiasa memerhatikan tingkah mereka berdua supaya tidak terlepas dari pandangan.

Tamat sahaja panggilan, Jason membersihkan diri dan berehat.

Hari yang meletihkan dan juga dia gembira dengan perubahan Mei.

Walaupun ingatan Mei masih tidak pulih namun layanan Mei terhadapnya semakin baik.

Dia tersenyum sendirian dan akhirnya terlena.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!Have some idea about my story? Comment it and let me know.

JH_Dreamcreators' thoughts