webnovel

CURANG by LemanTempe

"AWAK MEMANG DAH GILA!!apa yang dia buat sampai awak jadi macam ni??!" kata Lisa isteri kepada Hazman yang mengetahui kegiatan suaminya itu. Semakin hari semakin parah apabila hadirnya seorang gadis yang bernama Amira

afeezeboyz · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
4 Chs

Permulaan : Temuduga

Hazman merupakan seorang suami kepada wanita yang cantik dan cukup sempurna yang bernama Lisa. Mereka hidup dalam keluarga yang bahagia dipenuhi dengan kemewahan dan dikurniakan sepasang kembar Hafizul dan Haliza yang masing-masing masih bersekolah rendah.

"RESTORAN SELERA BARAT" merupakan sebuah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Hazman dan perniagaannya itu mendapat sambutan yang luar biasa!...mana tidaknya, chicken chop dihidangkan bersama spaggeti aglio olio hanya berharga RM10.50, siapa je yang boleh brain?.. Oleh itu, restoran milik Hazman ini makin disebut-sebut warga tempatan sehingga menarik perhatian youtuber popular yang datang sendiri untuk mencuba menu yang disediakan sekaligus menjadikan RESTORAN SELERA BARAT merupakan restoran makanan western yang viral di abad 21 ini.

Selepas suksesnya perniagaan tersebut, Hazman telah membuat keputusan untuk membuka cawangan baharu di kawasan Skudai, Johor. Menjelang pembukaan cawangan baharu, Hazman telah membuka temuduga secara terbuka untuk mencari tukang masak, pembancuh air dan juga pelayan. Dengan nilai gaji dasar sebanyak RM1300 diikuti dengan bonus setiap tiga bulan, ramai lah yang hadir untuk ditemuduga secara terbuka.

Selepas seharian menemuduga lebih kurang 10 orang calon, Hazman tanpa berlengah terus mengemas barangannya dan membawa borang-borang yang diisi untuk pulang ke rumah apabila mengenangkan daging masak lemak cili padi yang dimasak oleh isterinya itu seolah-olah memanggil beliau dari tadi untuk pulang segera dan melantak sepuasnya, maklumlah itu kegemarannya.

Hujan renyai yang turun bagaikan api-api kecil memaksa Hazman untuk berlari segera ke kereta BMW dua pintunya yang diparkir dihadapan kedai. Selangkah dua Hazman keluar dari kedai, seperti bab di dalam drama pukul 7, Hazman terlanggar seorang gadis yang basah kuyub dan membawa fail plastik yang dipeluk rapi bagi memastikan isi kandungan fail tersebut tidak dimakan oleh air hujan. Hazman menegur "kenapa jalan tak pandang depan? awak ingat jalan ni sendirian berhad ke? awak sorang je lalu?" gadis tersebut membalas "maaf bang, saya dah terlambat untuk pergi interview di restoran ni, saya minta maaf sesangat" Hazman membalas "owner kedai ni dah balik dah..kenapa awak datang lambat?..dah tak pe esok dia ada buat interview lagi, datang lah awal-awal baru lah nampak disiplin dan diterima" gadis tersebut dengan kecewa membalas "saya dah agak saya akan terlewat... tadi saya ikut makcik hantar anak sedara ke sekolah agama, tak tahu pula tak sempat ke sini, tak pe lah saya datang balik esok, maaf bang pergi dulu" tanpa sebarang kata Hazman cuma mengangguk faham dan menaiki keretanya dan beredar.

Di dalam perjalanan, Hazman seperti dilamun cinta pandang pertama yang dilaluinya dizaman sekolah apabila teringat-ingat wajah gadis tersebut yang memiliki rupa yang baginya tidak lah cantik...tetapi terasa tenang melihat keayuan wanita yang berbaju kurung dan lemah lembutnya cukup membuatkan Hazman terleka sebentar sementara menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Hazman cuba mematikan bayangan gadis itu dengan berkata "harap kau datanglah esok". Lampu isyarat bertukar hijau, pedal minyak dipijak Hazman terus pulang ke rumah.

Ketika di rumah Hazman disambut dengan ciuman seorang isteri yang sangat penyayang serta anak mereka yang riuh melihat papa mereka itu balik. Hazman terus memeluk anaknya itu sebelum naik ke bilik untuk membersihkan diri.

Lisa yang sedang menyiduk nasi seperti mempunyai seribu tanda soal apabila dia melihat suaminya itu seperti mengelamun mengenangkan sesuatu sambil tersenyum dan hatinya tergerak untuk bertanya, "abg termenung apa tu...sampai nasi depan mata pun tak pandang?". Hazman yang tersentak dengan soalan itu menjawab dengan gugup "eh tak de apa....cuma teringat gelagat calon temuduga tadi" jawab Hazman yang cuba menipu isterinya. Lisa tidak memanjangkan pertanyaan dan terus melayan suaminya itu di meja makan bersama anak-anak kesayangan mereka.

Hari Kedua

"Ingat tak datang, hari ni jalan dah pandai tenguk depan dah??" kata Hazman kepada gadis yang melanggarnya semalam.

Gadis tersebut terkedu di tengah jalan.

"Duduk". kata Hazman apabila melihat riak wajah gadis tersebut yang pucat akibat terkejut melihat jejaka yang menegurnya semalam adalah bakal majikannya.

Gadis tersebut duduk dan sesi temuduga dimulakan dengan  pengenalan diri. "Nama saya Nur Amira binti Kamarulzaman, berumur 20 tahun dan tinggal dikawasan berhampiran dan menumpang di rumah makcik bila arwah ibu meninggal di Pontian." Hazman seperti terpukau memandang kelembutan percakapan Amira sehingga dia menghayati sebutir demi sebutir percakapan Amira.

"Kenapa nak kerja sini??"

"Saya nak mencari duit tambahan sebelum lanjutkan pembelajaran. Maklumlah saya anak yatim jadi kene berusaha sendiri untuk menampung kos pembelajaran saya nanti" jawab Amira.

"Boleh bekerja lebih masa?...Boleh bekerjasama? dan boleh menurut arahan dengan baik?"

Amira hanya tersenyum dan mengangguk faham.

Tanpa sebarang soalan tambahan, Hazman mengarahkan Amira untuk mula bekerja keesokan hari tepat pada pukul 12:30 tengahari.

Ketika di rumah, Hazman merupakan seorang lelaki yang menjadi idaman para isteri apabila layanan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak cukup membuktikan bahawa Hazman merupakan seorang suami dan papa yang penyayang terhadap keluarganya.

Namun semua ini kelihatan makin pudar hari demi hari selepas...

Bersambung